Pageviews

12 November 2010

Sedikit tentang kejujuran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

bercakap tentang kejujuran, jujurkah kita pada diri sendiri? atau masihkah ada kejujuran dalam diri kita.  kerap kali kita berhadapan dengan situasi di mana menggugat kejujuran secara langsung atau tidak. 

sesekali terfikir juga... banyak manakah kejujuran kita pada diri sendiri atau anak-anak, pada sahabat, pada bos, pada suami/isteri.... di mana letaknya kejujuran, apabila dusta menguasai diri, hanya kerana untuk menyelamatkan diri... tepuk dada, tanyalah iman...

~~~~~~~~~~

Jika kelak (pada hari kiamat) Allah akan menanyakan kepada orang-orang yang jujur seperti nabi Ismail, nabi Isa 'alaihimas salam [sebagaimana disebutkan dalam surat al-Ahzab ayat 7 dan 8] tentang kejujuran mereka, maka bagaimana pula dengan kita yang banyak berdusta?  (Fudhail bin 'Iyadh)

11 November 2010

CERITA KREATIF

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia juga Salam 1Dunia...

Kali ni...dah macam kena histeri la pulak... rasa macam kena sampuk dek BA pun ada jugak... ntah tak pasal2 buat catatan tentang CERITA KREATIF pulak.  Walla!!!, memang tak kreatif tapi nak juga buat CERITA KREATIF... ini semua gara-gara BA.  Eh! ini bukannya paksaan tapi dah nak buat jugak... buat le..

apa jenis CERITA yang KREATIF aku nak buat neh... seingat tadi tak nak join, alih2 dah tinggal beberapa minit jer lagi... gatal pulak tangan ni... ngeeee... apa nak buat nak tidor pun mata tak boleh pejam, nak tidur  lena pun tak buleh... otak dok ligat memikirkan nak buat CERITA KREATIF... kalau tak buat rasa macam rugi pulak.. jenoh la nak perah otak neh..

weh!!... mamat ni pulak dok tersengih siap ikat gigi bagai lagi... ala kalu dah jong*** tu jong** la jugak... nko ingat buleh jadi cam Misha Omar ko.... udah la si Mamat bekas vokalis exist tu dengan macam2 kes dibuatnya... yang nko tersengih... macam senyum kambing yang sumbang tu pehal pulak...ngaco jer la...

oooo.... baru aye tau... tunggu malam Jumaat yer... esok hari Jumaat.  Aye tau ler cik pah tu lehernya jinjang (panjang ler), tak yah lah nak panjat2 cam tu kang terkehel pulak... sapa yang susah?  sudah tentu le mereka dan keluarga mereka jugakkkkk yang susah... Aye tak tau...


eh eh... yang Si Mon** dok susah-susah angkut anak an** tu pasal pulak?... biorlah lantak la hai... sibuk nak amik tau pulak...

aduyai... rajinnya si Mon** tu nyusun anak an** .  baru lepas mandi ler tu... nak berjemur pulak... kasi kering yerk... heheee.... tak kuasa la ... nak layan benda2 nih semua....


sesekali tengok, baik jugak si Mon** tu ... rajin jer buat kojer... bukan macam cek nab sekor nih... terbuntang depan pc... sampai kaki pun dah naik atas meja pulak... berat sungguh kes ni...kalau dah ketagih internet ke ketagih blog cam tu le kot... eh eh cek nab ke apa tuh... tak berapa clear water santuary resort pulak...

hmmm.... semua gambor dah tempek kat sini... CERITA KREATIF tak jugak jadik... cam ner nih...Nak ke BA layan catatan tentang CERITA KREATIF yang tak berapa nak kreatif nih... Perasan la sorang-sorang... kononnya di Alam Fana Cinta pulak dengan Fotograf.

Cukup la dulu kot... nak tambah banyak2 kang... panjang berjela2 pulak...merapu merepek meraban kat sini...

Sekian...CERITA KREATIF...

Pintu Kebaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Buat baik biar berpada, buat jahat jangan sekali"
Kita dinasihatkan supaya buat baik tetapi berpada.
kita dinasihatkan juga supaya tidak berbuat jahat walaupun untuk sekali...

~~~~~~~~~
Jika pintu kebaikan dibukakan untuk Anda, maka bergegaslah menuju ke sana. Karena Anda tidak tahu kapan pintu itu akan ditutup.



(Khalid bin Ma'dan)

10 November 2010

Love This Feeling : Suka Perasaan Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada satu masa dan ketika kita akan rasa selesa dan suka dengan rasa itu, bukan perasan.  Kalau perasan dah jadi macam syok sendiri pulak... layan jer.  Kita suka dengan perasaan itu kerana kita rasa selesa.  Terutama pada ketika cuaca panas atau sejuk yang tidak menentu.  Tiada kata yang dapat digambarkan untuk menceritakan tentang rasa suka dengan perasaan itu...

dahhh..... layan ler perasan pulak...

Ini nak buat cerita sikit tentang contact lenses ACUVUE.  Aye memang tak pernah pakai pun contacts lenses sebab rasa-rasanya masa belum sesuai lagik... Aye cuma pernah la tengok adik2 aye pakai. 

Dalam keluarga kami, rasa2nya abang2 aye ajerr yang tak pakai cermin mata (pulak).... kalau mak tu pakai sebab dah dok menjahit so... lama2 mata pun kabur... pakailah... tanya jugak tak cuba ke pakai contact lenses  ACUVUE?... tak nak nye... susah jer dah tua la... eheh mana ada syarat pulak pakai contact lenses ni untuk orang muda jer kan?... tak pernah jumpa pulak lagi.

nih nak berbalik semula ke Contact lenses ACUVUE keluaran Johnson & Johnson Sdn Bhd.  mereka sedang mencari sukarelawan dalam program yang diberi nama Voluntary Product Recall of Selected 1 • DAY ACUVUE® TruEye™ Brand Contact Lenses in Malaysia

so.... kepada pemakai dan penggemar contact lenses.... apa kata anda ke ACUVUE untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut....

mike mesti suka punya kalau mike ada perasaan 'Love This Feeling'.... weh!!!! ada contest juga.... senang jer... tengok gambar ni....
Love This Feeling...
Lepas tu klik kat sini http://asia.acuvue.com/my/av/love-this-feeling/explainPage.aspx , untuk lebih suka lagi dengan perasaan itu...

nak tunjuk mata sendiri pun ... tak pakai lagik... heheheh ....

iklan layanan masyakat untuk nuffnang dan acuvue daripada yangbaik.blogspot.com

AYA Awards 2010 - Tahniah kepada Ayah Saiful

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Flashback,... baca September 2010 yang lepas aye telah buat catatan promosi tentang AYA Awards 2010, yang kebanyakannya isi kandungan adalah dicopy paste dari littlemamadiary.  aye tumpang sambung cerita  jer...

Sedikit tentang AYA Awards 2010:
AYA Awards 2010 telah mengumumkan penerima anugerah di Panggung Bandaraya pada 7 November 2010. 

Ikuti cerita selanjutnya di AYA Awards 2010


Dan........ berikut adalah penerima anugerahnya....
*
*
*
*
ikuti kisah pengembaraan dan penggambaran beliau di Saifulnang.net


TAHNIAH!!!

Antara gembira dan nikmat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Seandainya para raja dan para pangeran mengetahui kegembiraan dan kenikmatan yang kita rasakan (ketika menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah), niscaya mereka akan merampas apa yang kita rasakan tersebut dengan tebasan pedang.

(Ibrahim bin Adham)

09 November 2010

Terima kasih TMNet

Assalamualaikum,

akhirnya setelah hampir-hampir 4 dekad hari, malam ni... dapat juga berstreamyx kat rumah...

manakan tidak semenjak hari deepavali (Jumaat) tak dapat nak berstreamyx kat rumah... ingatkan sebab tak bayar bil multimedia, semak punya semak... eh eh tarikh nya lambat lagi, lagi pulak berapa ringgit jer... bukannya ada tunggakan... tiap2 bulan beres bebbb..

semenjak hari Jumaat tu jugaklah ... bercuti streamyx kat rumah... bosan betul... nak update blog... harapkan catatan lama jer...

mujurlah pada petang tadi.. aye ternampak kelibat pekerja TMNet kat tepi jalan... siap dengan van bagai lagi.... baru terpikir... oooo patutlah... rupa2nya ada kaitan dengan talian streamyx ku yang hilang!!!!

Tapi kenapa lambat sangat TMNet bertindak?  dah hampir 4 hari baru dapat detect talian streamyx takder...

Macam ni... nampaknya pihak TMNet perlu cari mekanisma baru dan kaedah baru untuk mengesan talian yang terputus dengan cepat dan pantas.  Jangan pulak kerana kami pengguna di kawasan 'pendalaman' di pinggirkan....

akhir kata, terima kasih bebanyak kepada pihak TMNet kerana kesedaran itu, biarpun terlewat... kerugian di kedua-dua pihak tetap ada kan?...

Sekian.

Hari Berjalan Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Dunia dan 1Malaysia juga,

Hari Berjalan (kaki) Sedunia @ The World Walking Day, adalah satu perayaan untuk meraikan satu pergerakan mudah yang kita lakukan hampir setiap masa dan setiap hari.  Berjalan kaki mampu membakar kalori, menguatkan otot, membentuk badan dan membantu membebaskan tekanan di minda.  banyak lagi faedah yang bakal diperolehi daripada perkara mudah itu hanya jika anda suka berjalan kaki. 

Ketahuilah bahawa Nestle Malaysia akan menganjurkan The World Walking Day pada 21 November 2010, mulai jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di kawasan berhampiran anda... Dimana? 

Berikut adalah tempatnya:















1.  Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa

2.  Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line

3.  Kuantan: Padang MPK 1

4.  Johor Bahru: Taman Sri Stulang

5.  Penampang: Sports Complex Stadium

6.  Kuching: Waterfront


Ingat!!! Tarikh Sama Masa Sama
Untuk gambaran dan maklumat lebih jelas sila klik kat twitter dan juga di laman web Nestle

p/s:  catatan khidmat masyarakat untuk Twitter dan Nestle dari yangbaik.blogspot.com
 
Sekian, selamat berjalan kaki... kalau aye ada peluang nak juga ke sana .... mana tak wehh masuk PERCUMA, dapat T-Shirt dan breakfast lagi... kalau Nestle yang sediakan breakfast... memang tak pernah tewas punya ...
 

Kenapa paksa-paksa neh

Assalamualaikum,

he... nak citer bab paksa memaksa memang tak rela.
tak rela di paksa dan tak suka juga memaksa orang

itu kes memang susah sebab bila dah tak suka paksa orang
makanya susah senang tanggung sendiri....

neh... bab orang yang suka paksa-paksa orang pulak
tak tengok ker, tak nampak ker apa masalah orang....

weiiiiiiiiiiiii


tak suka la....

:-P

:-D

:-p

Yang Cantik dan Yang Indah

Salam Sejahtera 1Malaysia,

catatan ni tentu dah biasa anda baca dan biasa jugak aye baca dan tengok kat mana-mana blog atau melalui email yang diterima. 

dipaparkan sekali lagi untuk tambahan koleksi catatan...


~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~

Beauty of Mathematics!!!!!!!

1 x 8 + 1= 9

12 x 8 + 2= 98

123 x 8 + 3= 987

1234 x 8 + 4= 9876

12345 x 8 + 5= 98765

123456 x 8 + 6= 987654

1234567 x 8 + 7= 9876543

12345678 x 8 + 8= 98765432

123456789 x 8 + 9= 987654321



1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

 
1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321
 
indahnya matematik....