Pageviews

03 November 2010

Biru Mata Hitamku

Salam,

akhirnya bukanlah penghujung kepada perubahan
kerana perubahan itu perlu untuk kebaikan
melakukan perubahan bukanlah kerana tidak tetap pendirian
melakukan perubahan adalah untuk kepuasan diri namun dalam masa yang sama tidak menjadikan perubahan itu sebagai satu alasan untuk menukar pendirian

tetapi andaikata pendirian itu menyusahkan diri sendiri
tidak sukar kan untuk ubahnya
manusia perlu ubah pendirian supaya tidak rigid dengan situasi semasa

tambahan pula sekarang harga minyak Petrol Ron 97 dah naik
mujurlah namun sampai bila pula Ron 95 tak naik harga
tiada jaminan kan?

semua mampu berubah
hatta harga sebiji bawang sekalipun
kerana perubahan itu ada dalam diri kita
dan kita perlu adaptasi perubahan itu dengan bijak

02 November 2010

perlu tanya ker sebelum ubah pendirian

Salam,

eh eh... nak tanya skit, kalau nak ubah template or design blog nih perlu ke tanya pendapat orang lain?

hm... aye rasa macam nak tukar pulak design nih... tapi sayang lak ngan warnanya... ini semua sebab pengaruh Red Mummy.

eh... apa pulak pendirian aye tu... bukan kerana dipengaruhi oleh Red Mummy, tetapi sebab kaler nya merah yang membuatkan rasa macam mengancam jer... lagi pulak macam sedap jer mata memandang... merah kan warna berani... dan bersemangat...

tunggu lah sehari dua lagi kot, rasa-rasa nak tukar nanti warna apa pulak yerk?....

merah - tanda berani
putih - tanda bersih
biru - tanda bersatu atau juga kuasa
kuning - warna di Raja...

macam warna bendera Malaysia pulak...

lain-lain warna akan aye pikiorkan ...

antara marah dan pandangan mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

catatan pasal marah lagi ker? bosan ker... entah la, tak tau nak buat catatan aper?
tak tentu pasal nak buat pasal marah pulak.  Agak2 nanti apa pandangan mereka?

hmmm....

layan jer la dulu apa yang ada kat sini...

jangan marah ya...

bunyi nya macam keras sikit...

~~~~~~~~~
Kemarahan pada ahli maksiat hanya terjadi ketika pandangan Anda tertuju ke arah mereka. Namun ketika anda berfikir tentang hukuman akhirat yang akan mereka terima, maka rasa kasihan akan menyergap hati Anda.  (Abu Sufyan ad-Darani)