Pageviews

29 September 2010

Nak rehat sambil buat matematik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


suatu petang, angin sepoi-sepoi bahasa
menyapu lembut pipi gebu itu
seketika...
dalam perjalanan pulang dari rumah Pak Lope di Kampung Gajah
tiba-tiba alif buat soalan matematik pulak....

1+1=

2+2=

4+4=

8+8=

16+16=

32+32=

64+64=

128+128=

256+256=

512+512=

1024+1024=

2048+2048=

.

.

.

.

.

yea.... ayah tak tau kira yer

bukanlah ayah nak drive nih...

ohhh... ayah tak mau cakap yer...

ayah pakar matematik lah....

hehehe...

28 September 2010

Saiful Nang dan AYA awards 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

di hari yang penuh makna ini ingin dikongsikan bersama semua pembaca yang mengenair artikel yang aye dapat dari littlemamadiary, kiranya macam buat khidmat masyarakat la skit kan...
"eh eh selama ni pun memang ada buat per... cuma saja nak announce macam tak pernah buat baik pulak..."
sedikit ringkasan cerita mengenai Saiful Nang atau turut dikenali dengan Ayah Saiful dikalangan kanak-kanak yang mengenali beliau.  Beliau merupakan seorang jurugambar bagi majlis perkahwinan yang terkenal juga. 
"cuma aye jer yang tak pernah kenal kerana tak pernah jumpa"
Saiful merupakan salah seorang daripada 5 finalist bagi AYA Awards 2010.  Selain dari itu bagi aye, kehidupan beliau dan sumbangan beliau boleh juga dikategorikan sebagai Hidup Untuk Memberi..

Untuk cerita selanjutnya baca kat littlemamadiary atau terus ke laman web AYA Awards 2010

Sedikit lagi cerita tentang AYA Awards 2010
Asian Youth Ambassadors (AYA) is a non-profit youth development organisation founded in Malaysia for the primary purpose of “…inspiring… young people to dream and be responsible in fulfilling those dreams for the good of all”.
maaf lah ayat ni aye copy jer dari littlemamadiary... nak translate tak sempat, lagi pulak takut lari pulak maksudnya
So cerita sebenarnya nak ajak kawan-kawan undi/vote untuk Saiful Nang.  Cara undi ada dua kaedah tak susah, pertama melalui undian SMS dan kedua secara online..

Undi SMS dan Undi secara atas talian (online)
To vote for Saiful, send “AYA Y 4″ to 36828 now or click here to vote online!
gambar awards yang akan diterima oleh Saiful Nang... jika beliau menang...

SO APA LAGI ... JOM LER KITA PAKAT UNDI...
~~~~~

Promosi Qurban di Kemboja oleh eQurban.com dan Denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Terima kasih kepada eQurban.com  dan tahniah juga kepada denaihati yang telah telah terpilih sebagai platform kepada eQurban.com untuk berkongsi rezeki dengan teman-teman blogger. eQurban.com  adalah sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan khidmat qurban lembu di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha. Keunikan eQurban berbanding syarikat lain kerana lembu yang disediakan adalah ternakan usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja. Harga untuk satu bahagian qurban juga sangat kompetitif iaitu hanya RM230 untuk sebahagian. Setiap peserta qurban akan mendapat sijil setelah qurban disempurnakan dan kepada yang berminat untuk melihat proses qurban juga boleh diuruskan.

Ladang lembu usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja

Dengan semangat Hidup Untuk Memberi, sempena musim hari raya qurban tahun ini, eQurban.com bermurah hati menganjurkan Contest Qurban di Kemboja. Kepada blogger yang berminat mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat satu entri Promosi Qurban di Kemboja kemudian tinggalkan link tersebut di ruangan komen dan share kan di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283. Mudahkan.

Apa hadiahnya?? Hadiah Qurban di Kemboja adalah 7 bahagian lembu bernilai RM230 untuk setiap bahagian disediakan kepada 7 pemenang makanya setiap pemenang akan mendapat 1 bahagian qurban. Blogger boleh buat entri di lebih satu blog tetapi hadiah hanya layak untuk seorang blogger untuk satu bahagian sahaja.

Bagaimana pemenang dikira tu?? 7 blogger yang mendapat klik LIKE tertinggi di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283 akan dikira sebagai pemenang contest Qurban di Kemboja.

Siapa yang layak untuk join?? Semua blogger Islam yang berada di atas muka bumi Allah.

Tarikh tutup : Contest Qurban di Kemboja akan ditutup secara rasmi pada 11.59pm 19/10/2010.

Pertanyaan : Boleh bertanya terus melalui ruang komen, http://twitter.com/denaihati http://facebook.com/denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini (Denaihati) untuk melihat update terbaru. Kepada yang hendak terus menempah qurban sila terus ke eQurban.com. Infaq baju terpakai juga diterima.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

~~~~~
note:  artikel disalin bulat-bulat dari blog Denaihati.
andai tak tersenarai sebagai peserta pun tidak mengapa, yang penting dan pastinya aye tolong promosikan entri dan artikel berkaitan Qurban di Kemboja...ada sesiapa yang nak join bolehlah berhubung terus dengan Denaihati.com