Pageviews

09 April 2010

Denaihati Menutup Contest Hidup Berani Untuk Gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ini setelah hampir 5 bulan contest HBUG (Hidup Berani Untuk Gagal) dilancarkan dan keputusan penuh telah pun dikeluarkan pada 18/2/2010.  Bagi aye contest ini memang penuh dengan cabaran dan keberanian (berani ker???).  Dan... untuk pertama kalinya entri aye bagi contest ini telah tersenarai dalam 28 entri terbaik, walaupun tidak tersenarai sebagai pemenang... jadi to 28 pun jadik lah...
Untuk pengetahuan kawan-kawan blogger aye, Denaihati dijangka akan mengadakan contest baru yang bakal diumumkan (dalam masa terdekat).  Kepada yang berminat jangan lupa ikuti perkembangannya dari masa ke semasa...

07 April 2010

Doa buat sahabat ... (anggaplah aku yang terlupa)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dlam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

06 April 2010

Nak berehat... kononnya kat Hotel Casuarina @ Residence Hotel @ Hotel UiTM jer...

Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Entah dah berapa kali bilang mau berehat
Hari ini untuk kali ke berapa bilang lagi
Semalam terfikir mau berehat

Mau berehat di Hotel Casuarina...
tak pernah pergi lagi... cuma lalu jer... (malu tak?)
Macam mana hiasan dalamannya... teringin juga nak tengok

Rehat di Hotel UiTM... okey gak kan
Pernah dahulu pergi ke Hotel UiTM
banyak kali juga.... 3 @ 4 kali jer
untuk kursus dan juga untuk interview
Kali terakhir kerna jemputan makan tengahari
Makan tengahari jer..

Residence Hotel @ Uniten Bangi
ini pelan nye...

Pernah pergi kat situ Julai tahun 2009
Kursus kat sana... best juga
dapat jumpa kawan baru

Rehat disitu?... Buat masa ni belum terfikir lagi
Kerana mau tumpu pada kerja yang belum selesai
Sebenarnya.... itu semua cerita lalu yang telah lepas
terkenang-kenang kerana sekarang ni.... kerja.... kerja.... kerja
bila ada masa free... kita ke sana.... dengan keluarga...


05 April 2010

Salahkan Aku ... Atau Aku Salah Faham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam buat Rasulullah S.A.W dan sahabat2 nya serta ahli keluarganya.
Pertama sekali kalinya.... Aye nak mohon maaf bebanyak kat seseorang kerana keterlanjuran aye bagi komen kat blog dia... maaf terbuka nih...

aye nak stori skit tentang entri kali ni
Entah tak tau ... itu aye skema
Macam mana cerita nya rajin sangat dok terjah blog orang ... dah tu siap bagi komen lagi... silap-silap tuan punya blog tu macam tak sudi plak...
Pagi ini... buka blog dapat mesej ... lebih kurang kalau ikut kefahaman aye yang cetek ni...macamlah pemilik blog tu tak sudi atau tak suka aye bagi komen kat blog dia...
Sebenarnya tujuan aye bagi komen tu cuma untuk berkongsi sebab entri yang dia buat tu macam ada kaitan dengan satu entri yang aye buat...

dibawah adalah petikan pesanan berkenaan. 
Tu la.... laser sangat kan... dah kena sebijik.... toing

04 April 2010

Antara memberi dan bersedekah

Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w.
Ingatan buat diri yang sering alpa dan lalai. 

"Ketika bersedekah elakkan menghitung keperluan diri untuk jangka waktu panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah"

"Bersedekahlah semasa diri masih muda, sihat dan bertenaga.  Di situ terkandung rahmah Allah yang sangat besar.  Elakkan bersedekah apabila tiba di hujung usia atau ketika sedang sakit"
 *~~~*
Semoga tidak lagi melupai setiap nadi yang berdenyut itu adalah kurniaan Allah yang Maha Agung

03 April 2010

Jurnal kata kunci dari analitik nuffnang


Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam hidup ini walau sehebat mana sekalipun pemikiran kita atau pakaian kita atau kekuatan kita... ada masa dan ketikanya kita perlu bertanya dan perlu juga minta bantuan dari orang lain.
 ~~~~~~~~~~
Maksud taqarrub:  berkaitan dengan amalan baik yang dilakukan untuk mendekatkan diri kita dengan Ilahi.
rostrum boleh laras atau design rostrum tidak terdapat rasanya di hrgroup2u
 3 amalan baik yang akan terus hidup walaupun setelah kita meninggal dunia; doa anak yang soleh, amal ibadat yang dilakukan semasa hidup dan derma atau sumbangan yang ikhlas kerana Allah
Alasan cuti untuk menguruskan hal-hal peribadi bersangkutan urusan keluarga tetapi tempoh cuti itu tidak dikira sebagai terputus hubungan dengan tugas rasmi
minuman kegemaran rasulullah adalah susu kambing
ada pendapat mengatakan orang yang gigit kuku tidak mempunyai pendirian yang teguh, Betul ke?
peta surau nur ikhwan rawang - boleh cari kat google maps
amalan 5s di pejabat untuk memudahkan kerja dan sebahagian daripada Total Quality Management
penolong pengurus asrama baru pluitm - belum tahu lagi kerana sekarang ni tugas-tugas berkenaan masih lagi dipangku oleh Penyelia Asrama Kanan
buruk kah nigina hanya kerana mencari kain cross stitch di kuala lumpur ?
pembinaan rostrum di sekolah?
apa lagi na o mei bagi alasan cuti hanya kerana mencari kaedah untuk melupakan seseorang
minuman kegemaran rasulullah sudah pasti susu kambing
alasan terbaik untuk bercuti perlu difikirkan sendiri  dan carilah alasan yang terbaik supaya tidak menjejaskan prestasi
blous na-o-mei mungkin ada kat Butik Nep
jurnal penderhakaan terhadap orang tua - anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa tidak akan dapat masuk syurga hatta cium bau syurga juga tidak dapat
kau ratna ku - itu lagu nyanian Roi
ninieaziane1009 - tidak pula dikenali, adakah itu alamat e-mail atau nama kat facebook?
yang terbaik dalam hidup ini adalah menjadi anak yang soleh dan sahabat sejati
alasan cuti lagi tidak mungkin akan menjadi teladan yang baik
apa makna ukhwah andainya persahabatan itu bukan kerana Allah dan persahabatan yang dibina tidak dipelihara dengan baik
~~~~~~
edisi entri mati akal
~~~~~~

April Giveaway by zie fauzi

entry melekat oleh teratak kasih zie fauzi bagi bulan April 2010

Assalamulaikum dan salam sejahtera,
SYARAT-SYARAT penyertaan baca kat Teratak Kasih zie fauzi
~~~~~~~~~~
Aye tahu mengenai giveaway ni dari blog mama syafi
~~~~~~~~~~~~~

02 April 2010

Antara amal & usaha dan fikiran & naluri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

"Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah didorong oleh fikiran dan naluri.  Di dalam naluri itu ada pertimbangan antara buruk dan baik, cantik atau keji"


~~~~
Catatan aye:
setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan nafsu itu hanyalah sebagai alat untuk kita menggerakkan fikiran kita bagi memilih dan membuat pilihan yang terbaik dalam hidup.
Walaupun kadang-kadang dan ada ketikanya 'mati akal' itu bukan bermakna tiada pilihan lain

Haruskah kecewa bila dikecewakan oleh orang yang mengecewakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Kecewa?
Rasa kecewa atau sedih kerana dikecewakan
Kecewa!
Untuk apa kecewa itu
Siapa kita untuk rasa kecewa?

Kecewa...
kerana tak sangka
buah cempedak jadi nangka
hahahahaha.... ketawa

kecewa kerana tak sangka orang selama ini yang dipercayai
(walaupun memang tak berapa nak percaya tapi dipaksakan juga untuk percaya,
kerana manusia bisa berubah dan tak mungkin selamanya begitu...)
sekali lagi mengecewakan

adakah kerana tak sengaja
atau kerna ada sebab lain

Biarlah... dia dengan dunianya
(Namun hati kecil ini sentiasa berharap sikapnya akan berubah
menjadi insan yang lebih baik)
Semoga hidupnya akan lebih baik dari sekarang
tanpa sebarang bencana berat yang menimpa...
biarlah kesedaran itu lahirlah dari kehendaknya sendiri
bukan kerna peristiwa lain yang tidak diingini
~~~~~
Kecewa kita tidak ke mana kerana sebesar manapun rasa kecewa itu
Pasti terubat bila kembali menghadap Ilahi

01 April 2010

Apa akan jadi dengan anugerah cemerlang .... bila cemerlang tiada lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya serta ahli keluarganya.
Mungkin juga bermula dengan entri kali ini ... atau mungkin juga sudah ada dalam entri yang lepas tetapi aye terlupa (Manusia mudah lupa).  Setiap entri perlu dimulakan dengan salam dan salawat ke atas Rasulullah s.aw.  'Peraturan' ini adalah untuk ingatan aye ... kerana aye pernah terbaca dalam satu artikel mengenai keperluan memulakan setiap penulisan dengan salawat ke atas Rasulullah (jika Aye salah... mohon diperbetulkan).  Aye faham apa yang dimaksudkan adalah setiap penulisan yang bertujuan untuk kebaikan ummah dan bukan untuk perkara yang 'lagha' (sia-sia).  Justeru itu, setiap penulisan kita (aye) hendaklah bukan atas perkara yang sia-sia... mungkin juga ada sikit... aye tak dapat nafikan kerana aye manusia biasa dan masih belajar dan akan terus belajar.

Mengapa cemerlang?

Terdetik seketika di dalam benak fikiran .... apa perlunya cemerlang
bukan bermakna tak suka atau menafikan perlunya cemerlang
Suatu ketika ketika belum mendapat anugerah cemerlang
setiap orang berlumba-lumba melakukan kerja yang terbaik
kerana ada anugerah cemerlang
tak dinafikan juga... ada insan yang memang sentiasa melakukan terbaik
kerana dia memang insan cemerlang
namun mengapa... bila insan itu mendapat anugerah cemerlang
dia seolah dicemuh atau dikritik... kononnya kerja untuk anugerah...
susahkan hidup ini?...atau memang suka menyusahkan hidup

Kita tidak selamanya leka...
biarlah insan itu dengan anugerah cemerlangnya
Kita akan dapat anugerah itu ... dengan usaha kita sendiri

Namun (menung seketika) .... bila dah dapat anugerah itu
Baru terfikir cemerlangkah aku???
Baru terfikir... susah rupanya bila dah dapat anugerah ini...
Prestasi dinilai setiap masa... seolahnya insan itu sudah cukup sempurna
sempurna kerana telah terima anugerah cemerlang

Terfikir juga.... cemerlang tetap cemerlang... laksanakan amanah tugas dengan penuh dedikasi....
~~~~