Pengikut Setia

30 April 2011

30 April 2011 | Mereka berdua-duaan lagi ke Jelutong Pulau Pinang pula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pagi hari Sabtu (30 April 2011) yang hening... jam hampir 7.00 pagi dapat panggilan telefon, saudara terdekat telah meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi... Kak Biah Kak Miah, panggilan mesra kami sekeluarga kepada gemulah... semoga dicucuri rahmat Ilahi.  Sakitnya tak lah lama sangat tapi aye dah lama tak jumpa gemulah.  Kali terakhir adalah hari raya lepas....  Setelah hampir sebulan dua minggu koma di wad ICU...

Asalnya tadi pagi2 hari ni nak ke Lekir persediaan untuk majlis esoknya...
Tempeyek dan kueh lidah buaya dah siap packing...
bekas telur kait juga telah siap
tinggal lagi nak ambil beg kertas kat rumah ma...

Kita mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan


Pagi tadi anggaran jam 9.00 pagi, mereka berdua sahaja ke Jelutong Pulau Pinang bersama Pak Long (Yeop) menaiki EXORA (Biarpun EXORA itu luas dan boleh dinaiki 7 orang, namun tak upaya kami mengikutnya kerana urusan packing di rumah belum selesai).  Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan selamat pulang juga ke rumah.  Hampir-hampir juga tak jadi pergi, tetapi untuk keluarga berkorban masa bukanlah satu kesalahan besar...

Mungkin belum sampai lagi rezeki kami nak ke Pulau Pinang. 

Maka tengahari ini, kami di rumah terpaksalah membuat perancangan dan persiapan baru untuk petang ini.  Petang ini atau mungkin juga malam, setelah mereka berdua pulang dari Pulau Pinang, kami akan ke Lekir pula... biarpun terlewat acara mesti diteruskan... mohon maaf kepada semua kerana terlewat.

Sekian...

Cerita tentang esok | 1 Mei 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari ini, pagi atau...  taklah pagi sangat ke Batu 10 Lekir rumah anak pak mertua dan mak mertua... hahahe

cerita tentang esok... bukan sahaja kerana cerita tentang hari pekerja atau hari ahad tetapi juga cerita tentang Inas Insyirah dan keluarganya yang dok sibuk2...

Persiapan untuk hari esok... nak buat apa tak tau lagi... nak hias hias ler... lagi... idea dah kering... nak tulis lagik?

saja nak menyemak kat sini.... esok lepas function tu nanti aye sambung cerita yerk... nak cepat nih...

28 April 2011

Petua nak hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petua untuk hamil?! 

Yup! betul dalam setiap perkahwinan setiap pasangan suami isteri itu pasti dambakan anak2 sebagai cahaya mata dan penyeri rumahtangga.

Namun peluang kehamilan bagi setiap isteri itu berbeza.  Kerana anak2 adalah amanah dari Allah... andai kita tak terima sekarang mungkin dalam setahun atau dua tahun lagi atau 10 tahun lagi... yang pastinya jangan mudah berputus asa, sentiasalah berdoa dan sentiasa berfikiran positif.

Sesiapa saja pasti akan menempuh tohmahan atau kata-kata yang tak sedap di dengar. .. Ingat juga bahawa rezeki dari Allah tiada siapa yang berhak menentukan... bersabar dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan.




p/s:  andai anda sudah hamil jangan singgah di sini baca entry ini pula berkaitan petua semasa kehamilan.

sekian.

Carian