Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label sabar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabar. Papar semua catatan

02 Februari 2015

Mutiara Kata #15/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersabarlah wahai hati



Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat. Tidak juga terlalu lambat, tetapi pertolongan Allah selalu datang pada saat yang paling tepat. Maka bersabarlah wahai hati...

Ada ganjaran bagi setiap kesabaran demi Allah.

Wallahu a'lam.

o (∩ ω ∩) o
posted from Bloggeroid

01 Ogos 2014

Sabar dan syukur itu sebahagian Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Iman itu ada dua bagian. 
Sebagiannya adalah sabar dan sebagian yang lain adalah syukur
Hal ini seperti disebutkan oleh Allah Subhaanahu Wata'ala dalam firman-Nya: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (QS. Ibrahim: 5)
(Sahl bin Abdillah at-Tustari)

02 Ogos 2013

Antara Sabar dan Syukur | Mencari Positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat sejahtera hingga akhir masa.  Corak frame hiasan

Seperti biasa sudah acap kali mendapat mesej yang serupa setiap awal pagi.  Bukan mesej pada gambar di atas.

Bukan hendak mempertikaikan kesihatan dan keadaan orang lain kerana kewudujan dan keberadaan diri ini juga adalah dibawah kuasaNya.  Alhamdulillah pagi ini hari ini masih lagi bernafas dan mampu meneruskan kehidupan bersama keluarga dan anak-anak serta meneruskan kerja.

Adakah kita percaya dengan alasan yang diberikan.

Alasan boleh dicipta dengan berbagai rupa dan senarainya memang banyak.  Hanya pilih mana satu yang hendak digunakan pada kali ini.

Mencari positif disebalik alasan.

Bersyukur kerana masih dikurniakan akal dan fikiran serta petunjuk.  Biarpun seribu alasan yang telah diberikan pada masa yang secara kebetulan yang berulang kali... positifkan minda dan tabahkan hati.  Terimalah seribu alasan itu dengan seadanya.

Sudah memang itu alasannya.  Apa pun yang terjadi, kebenarannya hanya Allah yang tahu.


~~~~~~~~~~~~~

Iman itu ada dua bagian. Sebagiannya adalah sabar dan sebagian yang lain adalah syukur. Hal ini seperti disebutkan oleh Allah Subhaanahu Wata'ala dalam firman-Nya: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (QS. Ibrahim: 5)
(Sahl bin Abdillah at-Tustari)


Sekian adanya.  Semoga kita menjadi orang yang penyabar dengan setiap ujian dan bersyukur dengan setiap keadaan yang ada.

...

12 Julai 2012

Hormati Hak Semua Orang

As salam,



Setiap orang dari kita mempunyai hak atau tanggungjawab.  Bila nak bercakap mengenai hak seringkali disalahtafsir sebagai kebebasan diri sendiri untuk membuat pilihan sehingga terlupa akan hak orang lain ke atas diri kita.

Maaf andai kata catatan kali ini mungkin sedikit menyentuh peribadi atau tingkahlaku pembaca secara langsung atau tidak.  Secara dasarnya isu ini pasti menyentuh semua orang sama ada secara langsung atau tidak.  Tetapi percayalah isu ini dibangkitkan bukan untuk menimbulkan kemarahan tetapi lebih kepada ingatan kepada diri @yangbaik sendiri agar sentiasa mengingati akan hak orang lain dan tidak sekadar mementingkan diri sendiri.

Banyak hak orang lain dan salah satunya dalam penggunaan harta awam contohnya SURAU.  Ketika di dalam surau sudah pasti kita akan memikirkan bahawa kita ada hak untuk bercakap tetapi dalam masa yang sama tanpa disedari orang lain juga ada hak untuk mempunyai suasana aman tanpa 'kebisingan' untuk memberikan kekusyukan dalam beribadah terutama solat.

Bukan sekadar solat sahaja, malahan dalam penggunaan kemudahan yang ada di dalam SURAU seperti penyidai, sejadah dan telekung. 

Bila mana kita menggunakan kemudahan yang ada, sudah pasti dalam masa yang sama orang lain juga hendak menggunakan kemudahan berkenaan.  Baiklah bila dah ada orang lain terlebih dahulu menggunakan kemudahan berkenaan maka sudah pasti kita perlu mengikut giliran andaikata kemudahan itu tidak mencukupi.  Tidak perlu kita menutup kemudahan yang ada hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Biar sedikit dahulu perkongsian rasa hati yang terbuku ... rasanya makin banyak ditulis rasa macam makin panas pulak.


Sekian.

11 Disember 2011

Sabar | Antara batas masa dan kekuatan semangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sabar.  Itu antara ungkapan yang sering didengari bila berhadapan dengan pelbagai ujian dan cubaan.  Namun kita atau siapa saja yang mendengar ungkapan itu seolah sudah lali.  Kerana ia merupakan ungkapan standard dan skema.  Ada yang tak suka dengan perenggan ini.... Itulah hakikat.

Bukan bererti kita tidak sabar atau tidak mahu menerima nasihat orang lain untuk bersabar.  Setiap individu ada kekuatan dan jati dirinya sendiri dalam mengharungi ujian dan cubaan hidup.  Kesabaran itu ada tahapnya dan semua orang tidak mempunyai kekuatan yang sama untuk bersabar bila berhadapan dengan ujian.  Perenggan ini pulak macam boring jer... apa nak buat.

Anugerah kepada yang sabar itu memang banyak terutama dalam kehidupan berkeluarga.  Dan dalam perhubungan antara lelaki dan wanita yang telah berumah tangga... kesabaran amatlah penting, bukan kesabaran sebelah pihak sahaja sebaliknya semua pihak yang terlibat...

Tidak sanggup lagi berceloteh lebih panjang lebar kerana khuatir dan simpati yang masih mendalam terbuku di lubuk hati. 

Hanya kesabaran dan kekuatan iman mampu menjadikan kita insan yang bahagia... bukan atas penderaan ke atas insan lain sama ada secara fizikal atau mental... boleh faham?

Fikirkan dulu

.

01 Oktober 2011

Anugerah kepada yang sabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Banyak kebaikan kepada orang sabar.  Cuma kita jarang atau tidak nampaknya dengan mata kasar ia sesuatu yang abstrak dan bergantung kepada kekuatan nilai murni dalam diri seseorang.

Untuk melihat perbandingan antara kekuatan sifat sabar dan sebaliknya, baca pesanan ini:-

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, karena sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."  (Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)
Semoga bermanfaat.

28 April 2011

Petua nak hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petua untuk hamil?! 

Yup! betul dalam setiap perkahwinan setiap pasangan suami isteri itu pasti dambakan anak2 sebagai cahaya mata dan penyeri rumahtangga.

Namun peluang kehamilan bagi setiap isteri itu berbeza.  Kerana anak2 adalah amanah dari Allah... andai kita tak terima sekarang mungkin dalam setahun atau dua tahun lagi atau 10 tahun lagi... yang pastinya jangan mudah berputus asa, sentiasalah berdoa dan sentiasa berfikiran positif.

Sesiapa saja pasti akan menempuh tohmahan atau kata-kata yang tak sedap di dengar. .. Ingat juga bahawa rezeki dari Allah tiada siapa yang berhak menentukan... bersabar dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan.




p/s:  andai anda sudah hamil jangan singgah di sini baca entry ini pula berkaitan petua semasa kehamilan.

sekian.

29 September 2010

Masih juga belum pasti

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seisi alam buana

Untuk kesekian kalinya pada hari ini
ingin dijelaskan sekali lagi
segala-galanya masih kabur
namun harapan dan impian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih tidak terhingga
semoga doa dan harapan yang baik-baik dari kalian menjadi kenyataan
cuma enggan menaruh seribu impian dan harapan
kerana segala-galanya masih dalam kesamaran
penantian itu memang menyeksakan
namun harapan yang diberikan lagi menyesakkan nafas

enggan berbicara lebih panjang
namun ingin juga menanti dengan penuh kesabaran
tentang segala kemungkinan

enggan juga meneka dalam kesamaran
kerna burung camar itu entah di mana pada ketika ini...

aku bermonolog lagi
sendirian
.

Carian