Pagi hari Sabtu (30 April 2011) yang hening... jam hampir 7.00 pagi dapat panggilan telefon, saudara terdekat telah meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi...
Asalnya tadi pagi2 hari ni nak ke Lekir persediaan untuk majlis esoknya...
Tempeyek dan kueh lidah buaya dah siap packing...
bekas telur kait juga telah siap
tinggal lagi nak ambil beg kertas kat rumah ma...
Kita mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan
Pagi tadi anggaran jam 9.00 pagi, mereka berdua sahaja ke Jelutong Pulau Pinang bersama Pak Long (Yeop) menaiki EXORA (Biarpun EXORA itu luas dan boleh dinaiki 7 orang, namun tak upaya kami mengikutnya kerana urusan packing di rumah belum selesai). Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan selamat pulang juga ke rumah. Hampir-hampir juga tak jadi pergi, tetapi untuk keluarga berkorban masa bukanlah satu kesalahan besar...
Mungkin belum sampai lagi rezeki kami nak ke Pulau Pinang.
Maka tengahari ini, kami di rumah terpaksalah membuat perancangan dan persiapan baru untuk petang ini. Petang ini atau mungkin juga malam, setelah mereka berdua pulang dari Pulau Pinang, kami akan ke Lekir pula... biarpun terlewat acara mesti diteruskan... mohon maaf kepada semua kerana terlewat.
Sekian...