Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

05 Mei 2012

13 minggu sudah berlalu

Assalamualaikum

gambar hiasan, sumber google.com


Dalam sedar dan tidak, sudah 13 minggu berlalu.  Hush!  banyak minggu lagi perlu dilalui.  Semoga hari-hari yang mendatang penuh dengan semangat dan kekuatan untuk melaksanakan tugas harian bukan sahaja di rumah tetapi di pejabat juga.

Perasan atau tidak, beberapa catatan sebelum menceritakan beberapa pengalaman berkaitan kehamilan.  Itulah ceritanya nak diceritakan di sini.  Jenuh juga lah mengumpul kekuatan mencari idea.

Buat kawan-kawan, pernah tak tengok anak-anak kecil gigit jari sendiri macam gambar di atas.  Bagi yangbaik sendiri antara percaya dengan tidak kebetulan tu memang ada.  Memang malas nak percaya sangat dengan ungkapan dulu-dulu.  Tetapi inilah hakikatnya.

Cukup dulu di sini, lain kali cerita lagi.

(*!*)

29 Januari 2012

Tips berhadapan gangguan semasa hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan:  sumber

Catatan Sensasi
Gangguan semasa hamil.  Pasti ramai yang terkejut bila Yangbaik menulis catatan begini.  Maklumlah kawan-kawan semua semuanya senantiasa menunggu berita sensasi walaupun Yangbaik bukanlah artis atau model terkenal (perasan jap).  Sebabnya berita berkaitan dengan kehamilan ni agak sensitif di kalangan kami.  Bukan nak menafikan kehamilan tetapi memang belum masanya lagi kan.  Jadi, sabarlah yer.

Gangguan emosi semasa hamil
Semasa hamil memang banyak gangguan.  Terutamanya gangguan emosi yang kadang-kadang di luar dugaan kita.  Gangguan emosi termasuklah perasaan tidak suka kepada bau-bauan seperti bau masakan, bau makanan, bau sabun mandi dan macam-macm lagi.  Ini semua sungguh memberi kesan kepada emosi.  Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menanganinya.  Hanya satu yang dapat dikhabarkan adalah SABAR.  Sabar itu sungguh baik untuk keadaan dan emosi.

Yangbaik menulis di sini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman peribadi dan bukan sebagai penasihat atau pakar rujuk kerana Yangbaik bukanlah pakar perbidanan atau sakit puan.

Kekuatan mental semasa hamil
Sebelum berhadapan dengan sebarang gangguan, biasanya kita perlu bersedia dan bijak mentafsir bagaimana bentuk gangguan yang bakal tiba.  Namun tidak semua yang kita tafsir atau kita rasa itu akan terjadi.  Kadang-kadang yang terjadi adalah gangguan dalam bentuk yang lain.  Dari situ, kita perlu mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal.  Kekuatan dari segi mental bermaksud kita tidak cepat mengalah atau cepat melatah dengan ujian atau gangguan yang tiba, sebaliknya terima kenyataan dan banyakkan beristighfar.  Dengan beristighfar dan mengingati Allah hati dan jiwa kita akan jadi tenang.

Membaca al-quran dan zikir
Penting juga untuk ibu yang hamil mempunyai pertahanan diri dan jiwa yang kuat.  Untuk itu Yangbaik biasanya semasa dalam tempoh kehamilan akan mengaji (dan biasanya akan khatam sebelum tempoh hamil berakhir).  Selain dari itu, banyakkan baca Surah Yassin, Surah Maryam, Surah Yusof, Surah at-Taubah dan Surah Luqman.  Ambillah peluang dan berusahalah untuk membaca surah-surah berkenaan pada setiap kali selepas solat.  Walaupun tidak dapat dihabis dengan sekali bacaan, berusahalah untuk habiskan setiap surah itu dalam satu hari.  Insya-Allah kita mampu.

Selain dari membaca surah-surah tertentu, cubalah berzikir dan bertasbih ketika masa-masa lapang dan juga ketika masa sibuk.

Pemakanan dan minuman semasa hamil
Pemakanan juga penting semasa tempoh kehamilan.  Sebaik mungkin berusahalah minum susu dan seeloknya susu kambing.  Sekarang ni dah banyak susu kambing segera yang terdapat di pasaran. 

Perkongsian
Yangbaik juga pernah berkongsi cerita mengenai kehamilan di blog ini.  Iaitu Petua ibu hamil bagi menghadapi anak demam kuning dan Petua nak hamil.

Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Sekian.


^-^

28 April 2011

Petua nak hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petua untuk hamil?! 

Yup! betul dalam setiap perkahwinan setiap pasangan suami isteri itu pasti dambakan anak2 sebagai cahaya mata dan penyeri rumahtangga.

Namun peluang kehamilan bagi setiap isteri itu berbeza.  Kerana anak2 adalah amanah dari Allah... andai kita tak terima sekarang mungkin dalam setahun atau dua tahun lagi atau 10 tahun lagi... yang pastinya jangan mudah berputus asa, sentiasalah berdoa dan sentiasa berfikiran positif.

Sesiapa saja pasti akan menempuh tohmahan atau kata-kata yang tak sedap di dengar. .. Ingat juga bahawa rezeki dari Allah tiada siapa yang berhak menentukan... bersabar dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan.




p/s:  andai anda sudah hamil jangan singgah di sini baca entry ini pula berkaitan petua semasa kehamilan.

sekian.

18 Januari 2011

Petua Untuk Ibu Hamil Bagi Menghadapi Anak Demam Kuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ibu-ibu dan 1Malaysia,

Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapanya ini.

Perkongsian ini dirasakan perlu kerana aye telah mengalaminya dan merasakan kesukaran yang dialami sepanjang tempoh pantang terutama pada minggu pertama kelahiran. 

Hari pertama melahirkan walaupun dalam sakit tetap rasa bahagia kerana anak yang dilahirkan sihat dan sempurna.

Hari ke-2, keluar dari wad rasa sedih (bukan nak nangis) tapi sedih sebab lepas ni semua kena buat sendiri.  Dalam tempoh 24 jam semalam, semua keperluan dilayan penuh mesra oleh Misi di Klinik Yasmin.... memang bahagia.

Hari ke-3, pagi2 mak tolong mandikan anak dan buatkan sarapan... kesian mak...petang - misi dari klinik desa datang melawat, tengok anak ... katanya ada jaundice (demam kuning)... mulalah saat sedih...kesian kat anak kena ambik darah kat tapak kaki...keputusan...9.7

Hari ke-4, suami bawa anak ke Klinik kesihatan... ambik darah lagi ... keputusan... 10.4

Hari ke-5, keputusan.. 10.5

Hari ke-6, keputusan... 10.4... oleh kerana dah turun esok tak perlu check darah... selamat 1 hari

Hari ke-8, kena check lagi... keputusan... 10.5.... heh naik pulak... tapi masih ada masa lagi...

Hari ke-10, check darah lagi.... dah turun... 9.3... dah tak perlu pergi lagi ke klinik... selamatlah anakku si jari runcing itu... (...)


Mengimbas kembali sebelum kelahiran, maksudnya semasa dalam tempoh kehamilan... bermacam-macam petua yang aye terima dan aye dah buat demi menyelamatkan anak dari terkena jaundice, antaranya:

1.  Minum Susu kambing (Hi Goat) 2 kali sehari... kadang-kadang 1 kali jer

2.  Makan Epal hijau sebiji setiap hari...di penghujung tri-semester (8 bulan keatas)... bab ini memang aye suka...Petua ni aye dapat dari seseorang yang memang boleh dipercayai... iaitu Kak Kiah... Kenal ke?..

3.  Makan Kismis... 7 biji sehari... tapi aye makan lebih kadang2 tu sampai segenggam sekali makan ... maklumlah dah berumur nih... otak pun dah kematu hati pun dah keras sikit... hehehe

4.  Makan Kurma... beli banyak-banyak semasa bulan puasa simpan2 dalam peti ais.

Selain dari makan dan minum apa yang tersebut di atas, mengaji Quran dan berdoa juga tidaklah dilupakan.

sekian dulu.... semoga mendapat manfaat bersama...

Carian