Pengikut Setia

22 Disember 2010

Azam, Harapan dan Anugerah Cinta 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap dari kita pasti mempunyai harapan atau juga azam untuk dilaksanakan pada setiap tahun.  Dah penghujung tahun 2010, agak-agaknya azam dan harapan untuk tahun 2010 dah tercapai tak?  Kalau tak banyak paling kurang pun 80% dah tercapai.  Baki lagi tu carry forward  ke tahun 2011.  Itupun kalau sesuai dan boleh dibuat carry forward.  Tak macam baki cuti, kerana tak semua baki cuti boleh dibawa ke hadapan, contohnya baki cuti tanpa rekod... mesti habiskan tahun ni juga sebelum 31/12/2010.

Jika ada harapan atau azam yang masih tidak tercapai, janganlah berputus asa, cuba lah berharap lagi.  Kerana tidak mustahil suatu ketika harapan dan azam itu pasti tercapai.  Kadang-kadang kita tak perasan pun dah tercapai dan tak teringat pulak bila kita berazam dan berharap begitu.  Jangan berhenti mengharap ... seperti lagu pulak.

21 Disember 2010

Jom jadi dermawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


sumber gambar:  google; tiada kaitan dengan isi cerita dan tajuk, hanya secara kebetulan ia mempunyai kata nama awal yang sama dengan 'derma' 




sumber gambar:  google; mungkin ada kaitan dengan isi cerita dan tajuk...

"Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia ini adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia ini adalah orang yang kikir untuk menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain".  Wahab bin Munabbih


Taxi dinobat juara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Menjawab persoalan dan pencarian tentang taxi dan angkubah...

Mencari penyelesaian bagi sebuah kekusutan dan kekalutan serta kekeliruan...

Mengapa Taxi angkubah yang dicari.... lantas ketemukan aye dengan artikel ini....

~~~~~~~~~~~~~~
Sumber:  Berita Harian Online


Kumpulan Taxi
Persiapan pada saat akhir raih wang tunai RM20,000

KUMPULAN Taxi hanya bergabung pada hari sesi uji bakat Hot FM Twisties Bingit berlangsung di Johor Bahru namun disebabkan terlampau leka berlatih sejak awal pagi untuk memantapkan skil, mereka nyaris terlewat mendaftar sebagai peserta. Begitupun sudah tersurat, kerja keras diadun bersama bakat dan kesungguhan melayakkan empat anak muda lingkungan usia 19 hingga 23 tahun itu mara peringkat akhir di Kuala Lumpur seterusnya meraih gelaran juara dan berpeluang merebut kontrak merakamkan album berserta wang tunai RM20,000. Kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya pada Sabtu lalu, adalah permulaan bagi Taxi apabila bersaksikan empat juri profesional-Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) dari Warner Music, Edrie Hashim, Genervie Kam dan Edry Abdul Halim- selain kira-kira 1,000 penonton, mereka memancing tumpukan ramai.

Vokalisnya, Muhd Ar Rashidin Tuah, 19, berkata, detik nyaris tidak dapat mendaftar sebagai peserta akan dikenang sepanjang hayat kerana jika peluang itu terlepas, bermakna Taxi tidak mungkin mampu berada di pentas Twisties Bingit dan membina tapak kerjaya seni.

“Sebelum ini kami memang mengenali antara satu sama lain, cuma ‘jamming’ di studio dengan rakan lain. Sehari sebelum uji bakat, baru kelam kabut mencari anggota dan keesokan harinya, kami terus menempah studio kerana tidak mahu datang kosong,” katanya.

Carian