Pengikut Setia

13 September 2010

Entry tanpa gambar di hari raya Aidilfitri ke-4

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

Seminggu telah berlalu blog ini dibiarkan sepi tanpa entri
Bukan kerana tiada cerita untuk dikongsi
tapi kerna tak jumpa port dan line untuk berkongsi
lalu hari ni dipinjam sekejap notebook adik dan juga line streamix
(betulke ejaannya???)

banyak cerita untuk dikongsi
andai tiada yang sudi membaca tidak mengapa
kerana entri seakan diari
untuk mengubat keresahan hati yang melanda

tanpa diduga apa yang pertama kali semuanya tak menjadi
biarpun untuk pertama kali ini sungguh mengundang rasa teruja yang teramat
namun teruja itu seakan memakan diri dan jiwa
adakah kerana ego atau kerana terasa diri sudah terlalu handal
hingga terlupa pepatah melayu lama
"malu bertanya sesat jalan"
biarpun banyak tempat untuk bertanya
namun lidah seakan kelu dan langkah kaki seakan kaku untuk ke situ...

namun keresahan dan gelodak yang melanda jiwa terubat juga ...
sempena hari yang mulia hari raya
saling bermaafan dan berkunjungan ke rumah saudara mara
biarpun sesekali perasaan itu tiba jua.... ku ubati luka dengan tawakkal...

sekian, maaf dipinta kepada sesiapa jua yang pernah terluka sama ada sengaja atau tidak...
kita mampu merancang
sesungguhnya yang baik itu adalah anugerah dari Allah
dan kekurangan itu adalah kerana kelemahan hambanya yang yang daif ini...
Tuhan ku songsong masa silamku....

08 September 2010

Dalam mood hari raya neh...

Assalamualaikum, salam Ramadan dan salam Lebaran,

Dua tiga hari ni... mood kerja pun dah makin berkurang pulak
maklumlah... raya dah dekat bibik pun dah balik kampung
aye pulak... apa lagi... coti panjang ler... sapa nak jaga anak2 neh....

Kepada semua pengunjung yang baru menjengah, selalu menjengah dan akan menjengah kat blog nih...
Aye menyusun jari sepuluh mohon maaf banyak-banyak andai kata terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang ayer berbloging...
almaklumlah kita ni kekadang dalam dok asyik berbloging tak terperasaan pulak ada ayat yang orang tak suka...

(kad raya tahun lepas... tak sempat nak buat kat raya tahun nih...untuk lebih jelas klik pada gambar yer...)

"Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka"

(Bilal bin Sa'ad)

07 September 2010

apa yang dilukis hanya dia yang faham

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

Sekadar berkongsi
lukisan yang dilukis oleh pelukis cilik
apa maksud lukisannya
hanya dia yang tahu
ummi.... tak tau...
sebab ummi bukan orang seni...
biarpun seni itu indah...

layanlah...
gambar2 berikut.....

guna latarbelakang biru... sebab dia suka warna biru...

latarbelakang hijau... sebab dia suka juga warna hijau...

sebenarnya banyak lagi yang dilukis...
setiap kertas tu di belakangnya juga ada lukisan
bila dilukis tak tau la...
yang pasti sekejap jer...
habis kertas dan buku nota ummi...

dan nak tau siapa pelukisnya?
~
~
~
~
~

ini dia.... pakar conteng dinding jugak... dan yang nampak mata tu.... hehehe.... kuat menyakat dan mengusik...habissss..

Carian