Pengikut Setia

27 Januari 2016

Wordless Wednesday #62016 | Kelemahan dan Kelebihan Manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #62016 |  Kelemahan dan Kelebihan Manusia


 Kelemahan dan Kelebihan Manusia


Terima kasih kerana singgah.

26 Januari 2016

Menjadi ibu lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menjadi ibu lebih baik


Bukanlah kerana kita tidak baik tetapi kerana kita hendak menjadi lebih baik.  Biarpun sukar sangat hendak berubah menjadi lebih baik tetapi bila kita ungkapkannya maka kebaikan itu akan datang sendiri.


Menjadi ibu lebih baik

Boleh jadi iltizam seorang ibu:

  1. Saya ingin menjadi ibu yang lebih baik dari semalam.
  2. Saya yakin saya mampu menjadi ibu yang lebih penyabar, lebih tabah, lebih cekal, lebih prihatin, lebih lemah lembut, lebih penyayang, lebih berkasih saya dan lebih bijaksana.
  3. Saya hendak menjadi hamba Allah yang lebih taat.
Semoga permohonan kita mendapat pertolongan dari Allah.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri Menjadi ibu lebih baik.

Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 26 Januari 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 26 Januari 2016


Dua minggu lepas YangBaik keluarkan entri mengenai Alexa Traffic Rank blog yang pertama bagi tahun 2016.  Kali ini ini entri kedua pula mengenai Alexa Traffic Rank di blog YangBaik.  Pada mulanya YangBaik berhasrat nak keluarkan entri mengenai Alexa Traffic Rank pada setiap minggu, tetapi terlupa pula nak buat entri minggu lepas.  


Alexa Traffic Rank 26 Januari 2016

Global Rank:  21,799,076
Link in:  211

Maklumat terdahulu di SINI


Pada minggu ini nampak ada kenaikan dalam Rank.  YangBaik perlu tingkatkan usaha untuk kekalkan mood update blog supaya rank blog bertambah baik.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat dan membaca entri  Alexa Traffic Rank Blog YangBaik 26 Januari 2016




JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!


Sekali lagi join segmen.  Kali ini segmen tambah kawan blogger.  Melalui segmen penganjur akan terus SINGGAH, FOLLOW & BLOGWALKING ke blog yang menyertai segmen ini.  


JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!



Segmen ini tamat pada 31-01-2016

5 Blogger terpilih akan dimasukkan dalam senarai MOST VVIP BLOGGER untuk Bulan Januari 2016 nanti sepanjang 1 bulan (Feb 2016).

Apa ditunggu lagi.  Jom klik banner di atas untuk melihat syarat penyertaan.

Sokong rakan blogger.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri JOM Tambah Kawan Blogger !!!


25 Januari 2016

Apabila mak banyak fikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila mak banyak fikir

Dah berapa hari baru dapat update blog. Inipun kira dah cukup "advance", selalunya pada hari cuti mana sempat update blog. Bukanlah nak kata hari ini mak tak sibuk atau tiada kerja. Tetapi kerana mak ambil kesempatan sambil-sambil lipat kain yang dibasuh semalam :-P



Tiba-tiba mak terlupa tadi nak buat apa, jadi bila mak nampak handphone atas meja teringat pula nak update blog.

Sekian, mak nak sambung lipat kain sambil memikirkan semula apa yang hendak dibuat tadi...

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

22 Januari 2016

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Agak lama juga YangBaik tidak join segmen anjuran Cikgu Ayu.  

Dah kehilangan kata-kata pulak.

Tengoklah apa yang ada.

Segmen Blogwalking Ayu Insyirah
Segmen Blogwalking Ayu Insyirah

Segmen Blogwalking bersama AyuInsyirah berlansung mulai 22 Januari hingga 12 Februari 2016.

Jom kita pakat ramai-ramai berikan sokongan kepada Ayu Insyirah.

Klik banner di atas untuk turut serta.

Terima kasih.

Segmen Blogwalking + Bloglist #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




(klik banner kalau nak join)

Antara segmen yang paling mudah untuk disertai.

Segmen ini dijangka tamat 31 Januari 2016.


Terima kasih kerana sudi memberi sokongan dan meluangkan masa membaca entri ini.




Cerita Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cerita Petang Jumaat



Petang-petang begini menghadap komputer lama-lama mahu juga komputer yang taip sendiri.  Paling tidak tengok komputer tembus sampai dinding belakang.  Oleh kerana masa rehat tengahari tadi yang agak panjang, masa makan pun panjang.  Boleh sembang panjang-panjang tetapi mata tidak mampu dilelapkan kerana memikirkan kain dalam bakul yang belum dilipat.  Banyak juga yang bermain difikiran.

Bukan tidak mahu sambung kerja semula tetapi mata ini terasa seakan semakin layu dan ayu saja.   Tersengguk-sengguk sendirian depan komputer.  Zaman sekarang semua maklumat kerja tersimpan rapi di dalam komputer.

Sebelum YangBaik berbicara lebih panjang dan menambah lagi rasa mengantuk, dikongsikan di sini beberapa bait bicara sebagai peringatan buat diri.

Doa


Tasbih dan Zikir
Tasbih dan Zikir

Semoga bermanfaat buat semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini, Cerita Petang Jumaat






Kuasa kita terhad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kuasa kita terhad


Agak sukar sebenarnya untuk kita mengatakan orang lain telah membuat aniaya kepada kita.  Bila difikirkan semula apakah jenis penganiayaan yang telah kita terima.  Kerana bila difikirkan semula penganiayaan yang diterima oleh sahabat Nabi S.A.W iaitu Bilal bin Rabah, pastinya tidak sama dengan apa yang dikatakan kita dianiaya.

Bila kita syak orang telah buat aniaya kepada kita terus saja kita membalasnya mengikut kefahaman dan kudrat yang kita ada.  Kadang apa yang kita balas itu nampak seperti tidak masuk akal dan tidak setimpal.  Tetapi apa kita peduli asalkan kita rasa puas hati dan dendam kita terbalas.

Gambar hiasan.  Sumber Facebook

Pada pandangan saya yang kurang arif ini, walaupun kadang-kadang geram juga dengan apa yang berlaku kepada kita.  Selalu juga memikirkan ada orang hendak menganiaya kita.  Adalah tidak bijak sebenarnya untuk kita membalas semula apa yang dikatakan penganiayaan terhadap kita.  Kerana kita sebenarnya tidaklah mampu berlaku adil walaupun kepada diri sendiri inikan pula hendak menilai penganiayaan orang ke atas diri kita.

Cara yang terbaik adalah memaafkan penganiaya jika kita rasakan dianiaya.  Pastinya ada sebab tertentu yang menyebabkan penganiayaan itu berlaku.

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.  (Umar Al Khatab)

Serahkan saja penganiayaan itu kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga mendapat menfaat dan peringatan buat diri sendiri agar tidak terus menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kuasa kita terhad.

21 Januari 2016

Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita mengetahui kelebihan minum air Kacip Fatimah. YangBaik sebenarnya terpengaruh juga dengan situasi semasa. Maklumlah sekarang ni dah buat lebih dari 2 kerja, kesihatan dan tenaga perlu dijaga. Bagi kita yang telah berusia, tenaga untuk bekerja sudah tidak segagah dulu. Sesekali diserang juga rasa letih dan lenguh sana sini.

Teringat juga ketika zaman muda dulu, bila minum air kacip fatimah tidak kiralah kopi 3 in 1 atau dalam tin, waktu malam terasa cergas dan mampu menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang-kadang ditambah pula dengan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah. Walaupun berjaga malam dan tidur lewat, boleh saja bangun awal pagi dan terasa segar.

Kacip Fatimah OK
Kacip Fatimah OK 

Sekarang, mungkin disebabkan faktor usia minum air kacip fatimah ini sekadar untuk kesegaran semasa saja. Atau untuk menghilangkan dahaga ketika di pejabat. Bila balik rumah dan buat kerja rumah ... tetaplah juga badan terasa letih.

Cuma sekarang ni harganya dan naik selari dengan GST kot. Kalau tahun lepas RM5 boleh lagi dapat dua tin, sekarang dah tak lepas kena tambah lagi.

Walau apapun kelebihan minum air kacip fatimah tidaklah diragui kerana sedikit sebanyak dapat memberikan tenaga untuk kerja seharian.

Sekianlah dulu pengalaman YangBaik bersama Kacip Fatimah Orang Kampung.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung.


Carian