Pengikut Setia

27 Julai 2011

sabar dan menang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

tatkala kesabaran mula menipis...


Kemenangan yang dimaksud dalam hadits ini mencakup kemenangan dalam dua bentuk jihad, yaitu jihad melawan musuh yang nyata (orang-orang kafir) dan jihad melawan musuh yang tersembunyi (setan dan hawa nafsu). Barangsiapa bersabar dalam menghadapi kedua musuh tersebut, maka ia akan mendapat pertolongan dan kemenangan atas musuh-musuhnya. Barangsiapa tidak sabar menghadapinya dan banyak mengeluh, niscaya ia akan kalah dan menjadi tawanan musuhnya atau menjadi korbannya.
(Ibnul Mubarak ketika mengomentari sabda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: Sesungguhnya kemenangan itu turun bersama kesabaran.)

Kosongkan pemikiran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sedang sibuk-sibuk kepala pening... merungut-rungut pulak depan anak.  Lalu anakanda Alif yang bijak lah sangat.... mencadangkan apa kata kosongkan minda dan otak.... hah??? macam mana nak kosongkan otak... Alif kata jangan fikir apa-apa rehat.... nanti relaxlah... hilang sakit kepala...




hmmm.... cakap senangkan kan?... boleh buat ker..

26 Julai 2011

negatif campur negatif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Alkisah tersebutlah sebuah kisah setelah menghadiri kursus positive thinking dan juga seminar hidup luar biasa.  Maka berceritalah seorang ini kepada seorang itu tentang pengalamannya menghadiri kedua-dua program idaman hatinya.  Program yang telah lama diidamkan. 

Sesuatu sesi sharing session itu sepatutnya memberikan impak positif kepada seorang yang hadir itu kerana dapat berkongsi pengalamannya dengan seorang lagi yang tidak dapat hadir.

Namun sebaliknya ia seperti dipulang paku buah keras, kerana seorang yang hadir itu ditempelak ... walaupun pada mata kasar (macam kanta gitew...) ia tidak sepatutnya berlaku begitu.  Pertikaman lidah dan pertikaian yang tidak sedap didengar.  Kerana seorang yang pernah hadir kursus positif thinking itu sudah mula berfikiran positif dan sudah mula mencorakkan hidup dan gaya kerja yang luar biasa.  Sedangkan seorang lagi walaupun tidak pernah hadir kedua-dua program itu pada dasarnya kelihatan seperti orang yang positif mindednya dan gaya hidup juga memang luar biasa.

Setiap persoalan itu rupanya tidak semestinya dapat diterima oleh keduanya walaupun dibicarakan dalam suasana yang santai, lantas seorang lagi mengalah kerana malas bertekak dengan seorang lagi.  Lalu apa yang dibicarakan tadi seperti kaku dan tiada kesudahan. Berhenti disitu tanpa sebarang persetujuan.

Moral di sebalik cerita... terimalah kekurangan diri dan berterus teranglah jika tidak mahu melakukan sesuatu dan tidak perlu dipanjangkan cerita dan tidak perlu dipersoalkan apa jua rancangan yang telah dibuat oleh orang lain.  Sedar dengan keupayaan diri dan berusaha melakukan yang terbaik. 

p/s:  Puasa dah dekat hanya beberapa hari saja lagi, sentiasalah berbaik sangka dan elakkan perpecahan.

Sekian adanya

Dia dan dirinya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


masih lagi hanyut... dibuai perasaan


Tidaklah berburuk sangka terhadap hawa nafsunya sendiri kecuali orang yang mengenalinya. Barangsiapa yang berbaik sangka terhadap hawa nafsunya maka dia adalah orang yang paling jahil (bodoh) tentang dirinya sendiri.
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)

25 Julai 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?





Ada berani???... Ingat tak ingat jer buat entry nih...

Sesaja melompatkan diri masuk ke segmen maut punya... yup... bersempena sebelum masuk bulan Ramadhan, elok juga kan buat segmen nih, kalau ada sesapa nak kritik ala-ala kutukan gitu... bila dah posa nanti kena dok diam-diam sambil buat entry yang baik-baik atau pun touch-up blog kat mana patut seperti yang dah kena kritik kan...

Tapi kan... kalau yer pun nak kritik, bagilah kritikan yang membina dan ikhlas, jangan sampai lebab pulak kena kritik.

he elehhh, perasan la pulak.... entah sapa lah yang sudi kritik blog yang tak berapa nak popular,... kenal orang pun tidak... ada sesapa nak kritik... meh...Selepas kritik, sertakan url entri penyertaan korang ni di ruangan blog ini ... boleh lah berbalas kunjungan dan kembalikan kritik blog ! Adil la kan ?

Citer banyak takde .. tak moh... klik di SINI

Di sebalik tau buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sementara mendapat idea untuk menulis yang panjang lebar... layan dulu mutiara kata ini...


Taubat (yang benar) menghimpun empat perkara : (1) istighfar dengan lisan, (2) meninggalkan perbuatan maksiat, (3) bertekad dalam hati untuk tidak kembali berbuat dosa dan (4) meninggalkan teman-teman yang jahat. (Muhammad bin Ka'ab)

Semoga bermanfaat

24 Julai 2011

SAYA ADALAH BLOGGER GIRL TERMALU

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,




Jom join bloglist Shy ni..simple je.........

Terperasan jap... ala-ala girl la sangat... hehehe
Sambil rehat-rehat dan tenangkan diri cari idea nak buat entry... dah ada dah tapi nak kena draf dulu...
sebelum tu ... jom klik SINI 

Antara pintu dan tingkap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Secebis renungan di hari minggu..

Apabila hadiah (harta suap) telah masuk melalui sebuah pintu, maka sifat amanah akan keluar melalui jendela. (Seorang ahli hikmah)

semoga bermanfaat

23 Julai 2011

Nilai yang sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(gambar hiasan:  hidangan nasi lemak syarat wajib setiap kali mesyuarat atau perjumpaan)

Nilai yang sama.  Gambar di atas bukanlah gambaran bagi pemandangan di Nilai 3 Negeri Sembilan atau mana-mana nilai yang lain.  Ini adalah kerana Nilai 3 di Negeri Sembilan selalunya digambarkan dengan kain pasang yang cantik dan murah serta bermacam ragam lagi.  Aye nak cerita banyak tentang Nilai 3 bukanlah pandai sangat sebabnya tak pernah sampai lagi ke sana.  Kalau setakat Seremban atau Port Dickson pernahlah sampai, tapi itu dah lama dulu hampir-hampir 5 tahun atau lebih.

Tapi, apa kaitan pula Nilai 3 dengan dengan nilai yang sama, tajuk catatan nih?

Jawapannya: TIADA KAITAN LANGSUNG.  tak kiralah secara ulangan atau siaran tergendala.  huhuhuu... merapu kan.

Sebenarnya, tadi baru lepas belek-belek kain pasang yang lama tak terusik.  Ingat nak potong buat baju anak-anak tapi mood tak mai lagi. Takut pulak nanti rosak kain.  So, simpan semula dalam beg plastik dan masuk bakul.  Rasa-rasanya nak beli ajer kot... nak hantar kedai atai tailor mungkin dah tak terima.  Cari lah dulu kat mana-mana. 

Nak cari gambar-gambar kain yang bergantungan kat deretan kedai.  Esok pi jalan-jalan kat pasaraya Sakan ke tak pun pi Arked Man kat Teluk Intan, tangkap gambar kain yang bergantungan... cantik jugak... boleh buat koleksi.

Simpan gambar untuk diri sendiri  jer...

*.*

Nak cari apa lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Nak cari apa lagi?  Ingat tadi nak buat Wordless Saturday... ada ker? Mana ada, kalau ada setiap hari pun jadi wordless... apa citer...

cer citer cer citer... kome cari apa nak baut dengan 'benda' yang kome cari tu...

yang banyaknya ... suka cari alasan..
.
.
.
.
.
~
di sebalik yang baik .... terselindung seribu makna


macam-macam

*.*

Carian