Pengikut Setia

26 Julai 2011

negatif campur negatif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Alkisah tersebutlah sebuah kisah setelah menghadiri kursus positive thinking dan juga seminar hidup luar biasa.  Maka berceritalah seorang ini kepada seorang itu tentang pengalamannya menghadiri kedua-dua program idaman hatinya.  Program yang telah lama diidamkan. 

Sesuatu sesi sharing session itu sepatutnya memberikan impak positif kepada seorang yang hadir itu kerana dapat berkongsi pengalamannya dengan seorang lagi yang tidak dapat hadir.

Namun sebaliknya ia seperti dipulang paku buah keras, kerana seorang yang hadir itu ditempelak ... walaupun pada mata kasar (macam kanta gitew...) ia tidak sepatutnya berlaku begitu.  Pertikaman lidah dan pertikaian yang tidak sedap didengar.  Kerana seorang yang pernah hadir kursus positif thinking itu sudah mula berfikiran positif dan sudah mula mencorakkan hidup dan gaya kerja yang luar biasa.  Sedangkan seorang lagi walaupun tidak pernah hadir kedua-dua program itu pada dasarnya kelihatan seperti orang yang positif mindednya dan gaya hidup juga memang luar biasa.

Setiap persoalan itu rupanya tidak semestinya dapat diterima oleh keduanya walaupun dibicarakan dalam suasana yang santai, lantas seorang lagi mengalah kerana malas bertekak dengan seorang lagi.  Lalu apa yang dibicarakan tadi seperti kaku dan tiada kesudahan. Berhenti disitu tanpa sebarang persetujuan.

Moral di sebalik cerita... terimalah kekurangan diri dan berterus teranglah jika tidak mahu melakukan sesuatu dan tidak perlu dipanjangkan cerita dan tidak perlu dipersoalkan apa jua rancangan yang telah dibuat oleh orang lain.  Sedar dengan keupayaan diri dan berusaha melakukan yang terbaik. 

p/s:  Puasa dah dekat hanya beberapa hari saja lagi, sentiasalah berbaik sangka dan elakkan perpecahan.

Sekian adanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian