Pengikut Setia

11 Februari 2011

Baik bicara itu yang bagaimana?

Assalamualaikum dan selamat 1Malaysia,

Selamat pulang warga Malaysia (Pelajar atau pekerja) dari Mesir (Kaherah).  Setelah menjejakkan kaki di tanah Malaysia ini tentu lepas segala rasa gundah gulana yang berkecamuk dalam dada.  Semoga anda semua sihat dan selamat.


Kembali kepada tajuk... baik bicara itu bagaimana ya?

Aye dan anda semua tentu bersetuju baik bicara itu adalah bercakap dengan sopan dan tidak menyakitkan hati orang selain dengan nada suara yang sedap didengar. 

~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan.(Ibnu Mubarak)

~~~~~~~~~~~~~~~

10 Februari 2011

Berapa anda dapat

Selamat sejahtera buat 1Malaysia,


Berapa anda dapat dengan nuffnang, boleh dapat ke RM100 sebulan?   Belum tentu kan?
Memang kalau diikutkan perasaan... tapi kenapa pulak nak ikut perasaan... tunjuk perasaan pun tak perlu.  Kerana tujuan kita buat blog adakah semata-mata kerana nuffnang... jangan buat kerja gilerrrr.... Biarpun ada blogger boleh dapat hingga ribuan ringgit sebulan... itu rezeki dia dan memang itu mata pencarian dia kot...




Bagi kita blogger yang tak berapa nak hidup lagi nih... berblogging seperti biasa jer... walaupun ada masa dan ketika terasa macam jelak kan... bila log in kat nuffnang... tengok tengok macam tak der perubahan dan tak ada peningkatan pun ... apa yang penting sekarang adalah kita bila berblogging biarlah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada orang yang membaca...

layan jer...

09 Februari 2011

Sakura Chinese Tea Set dari al kesah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Sakura Chinese Tea Set - Hadiah Kedua (tidak termasuk cookies kat belakang tu ... ).  Boleh juga dikatakan sebagai rezeki baby baru (Inas Insyirah)


Alhamdulillah!  Rezeki bulan Februari 2011 juga...dapat hadiah kedua bagi GA sulong sempena perayaan CNY oleh blogger al kesah.  Al kisahnya penyertaan berkenaan tidaklah dibuat di sini tetapi di blog yang suka suka.


Terima kasih kepada aida (penganjur) yang telah menganjurkan GA ini dan juga kepada chempaqa lavender cottage kerana aye dapat tahu GA ni dari beliau  Mungkinkah ini satu permulaan untuk membuat hobi baru....pengumpul pinggan mangkuk antik...


Kemenangan ini turut dikongsi bersama dengan 4 lagi peserta lain yang bernasib baik.  Peserta bertuah berkenaan adalah:
dan...


Meminjam kata kata penganjurnya "Tuah ayam nampak dikaki..tuah kita tak siapa yang menduga kan"

Sekian....

08 Februari 2011

Ada apa dengan dusta | Bukan kerana benci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Mengapa berdusta?  Dusta, Tipu, Bohong maksud yang sama kan?  Meh tengok apa maksudnya kat kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.... carilah kat http://www.dbp.gov.my/ ... (klik jer)


Apa yang kita dengar belum tentu betul kan? So kenapa nak cerita kat orang lain.  Sedangkan apa yang kita nampak pun belum tentu maksudnya sama dengan apa yang kita faham... jadi kalau berani pi jumpa orang tu sendiri tanya apa sebenarnya yang terjadi... tapi untuk apa pulak yang dok sebok2 nak tanya kan... dah lah masalah sendiri pun tak tertanggung nak pi tanggung masalah orang lain pulak...

Ada orang suka bercakap, walaupun maklumat yang dia dapat tak tepat atau tak lengkap... tapi sebab pandai bercakap nampak (dengar) macam betul jer... lengkap dengan tokok tambah nye...

Ada orang suka menipu... untuk (kononnya) nak menyelamatkan diri sendiri dan menutup kesalahan diri sendiri.  Tak tau pulak kerana penipuannya itu mampu merosakkan perhubungan orang lain.  Memang tak patut betul ini orang.... hush.... memang marah nei..


 
~~~~~~~~~~~~
Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.  (HR Muslim)

EGO tercalar retak lalu pecah membawa hati yang luka

Selamat sejahtera 1Malaysia,

Ego tercalar kerana kesilapan lama, lalu dibaiki ego itu agar tidak terlalu tinggi melangit
redalah sudah gundah gulana di hati yang semakin membukam memakan diri
membeku kaku melesukan diri

Kini...
Ego itu... biarpun masih ada parutnya
parut itu memberi beribu erti

dikhabarkan lagi ego itu tercalar lagi
hingga pecah berderai menyembah bumi
bagaimana nak akui kealpaan diri
kerna keizinan itu atas dasar simpati
namun simpati itu tidak bererti
bila kepercayaan itu terlerai dan berderai bak cermin yang hancur terhempas ke batu

Telah lama disimpan rasa itu
namun simpati dek desakan
Ego itu dilepaskan pergi
dengan pernuh kepercayaan dan keyakinan

Setelah apa yang terjadi
cukuplah kepercayaan itu
tak sanggup rasanya
dibiarkan ego itu dilukai lagi

Biarlah apa yang dikatakan
kerana resah dijiwa dan tenat di lubuk hati
tiada siapa yang mengerti

bukan kerna tangkai jering atau haji bakhil
tapi kerna sayangnya pada ego bukan alang kepalang
sukarnya mendapatkan ego itu....
biarpun harganya tak seberapa
namun itulah harta yang ada.

inilah ego yang dimaksudkan....catatan di atas sukarkah dimengertikan... biarlah ia menjadi rahsia peribadi pemiliknya yang sering terluka kerana terlalu banyak jarum yang patah di dalam peti hati...  simpati di dalamnya... biarlah ia menjadi lipatan sejarah dan benamkan saja ke dasar paling dalam di lubuk sanaaaaaaaaaaaaa

...

07 Februari 2011

Bukan nenek berjaga malam

Salam sejahtera 1Malaysia,


Nenek nenek si bongkok tiga
siang mengantuk malam berjaga
mencari cucu di mana ada
nenek ku kahwin ngan anak raja

Cucu cucu tak dapat lari
nenek tua banyak sakti
sekarang nenek nak cari ganti
siapa yang dapat dia yang jadi

... haaaa... ingat lirik lagu kat atas? Kalau tak ingat meh aye nak jelaskan

Ini adalah bakal nenek itu... sekarang gelarannya neng... itu kata pembantu aye...
nama penuhnya Inas Insyirah, lahir pada 4 Januari 2011.


ini adalah jejari 'nenek itu', yang sebelum ini aye katakan bahawa aye juga memiliki jejari runcing yang comel kan... ada ingat sekarang? kalau tak ingat pi belek lagi entry yang lepas lepas...


dan.... ini adalah rupa 'nenek' itu atau pun neng .... pada waktu malam, matanya bulat... ehhh tersepet skit sebab terkena cahaya lensa N95.... bulat matanya dari jam 10.30 malam hingga jam 3.00 atau 4 pagi... silap2 sampai jam 6.00 pagi....


ha.... ketika catatan in dilakar.... 'nenek' sedang nyenyak tidur.... lepas mandi petang nanti.... sambung tidurrrrr...zzzzzzzzzzzzz.... pas tu minum susus..... tidur semula.... tunggu nak berjaga... nak cari ganti pulak.... huhuhuuu

Milk A Deal : Pay RM10 for RM30 cash vouchers at Acmamall.com

Selamat 1 Malaysia,

Pay RM10 for RM30 cash vouchers at Acmamall.com

Acmamall.com is an online shopping mall with a regional presence offering beauty products, books, and various apparel. Delivery is also FREE for flowers, books and beauty products within Malaysia and Singapore.

06 Februari 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Selamat Sejahtera 1Malaysia,




Sekali lagi , Ben Ashaari telah membuat pengakuan mengenai satu kerja giler... beliau nak gegar 1,000 blog kali ini ... Amacam ? Ada berani ?? 1,000 blog dalam tempoh... hurm.. 3 hari bermula .... Sekarang !


Sangat mudah .. caranya , buat satu entri ...

1.LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG - siap

2.TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini ! - siap

3.Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ?? - siap juga (2 kali taip tau)

4.Tinggalkan url anda diruangan entri ini (GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI) - siap (kira siap lah... lepas buat catatan ni aye tinggalkan url okeh)

TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??

Siap juga akhirnya...buleh masuk dalam senarai dah lah kot... kalau ada tugasan lain lagi rasanya tak terbuat sebabnye aye bukannye rajin sangat... cuma suka baca dan suka menulis ... dan penyertaan ini juga sebagai tanda sokongan kepada BEN...yang rajin buat 'kerja giler", sampai aye pun dah terikut-ikut jugak...

sekian..

04 Februari 2011

Jangan tertipu

Selamat Sejahtera buat 1 Malaysia,


*
*
*
*
*
~~~~~~~~~~~~
Janganlah Anda tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan Anda atau tidak.  (Hasan Al Bashri)

~~~~~~~~~~~~

erk.... apa kaitan gambar dengan catatan kat atas tu...????

sekian...

02 Februari 2011

Bila malam menjelma

Salam, (kadang-kadang keliru dengan ucapan ini kerna ada yang menyatakan ia tidak bagus... malas nak panjangkan cerita... asalkan tidak meninggalkan dosa atau masih boleh guna... gunalah yer)



Saban hari bekerja, ada ketikanya kerja sampai malam

bila kerja siang, petang pulang rumah... istirehat bersama keluarga...

bila malam pula, menunggu anak2 tidur sambil menonton berita di TV3 atau TV1 atau juga TV9...

sambil sambil tu jika anak tak tidur lagi.... meh masak mee pulak... kita jamu makan ramai ramai sambil rebut rebut mangkuk dan sudu... lalu tertumpah... adushhh..... berderai lah pulak air mata si kecil...tak per.... meh pujuk2 diamlah ... jom sambung makan apa lagi yang ada....anak-anak akan lekas tidurnya jika keletihan di siangnya kerana penat berlari petang tadi...

tiba-tiba....
-
-
-
-
-
-
-
-
-

berapa banyak - daaaaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tiba-tiba telefon berdering... kadang-kadang sms saja dan ada ketikanya deringan untuk berbual... ringtone ape?... lagu .... kelapa bali...nyanyian amuk... apa tajuk nyer?... hhehee

siapa yang telefon?
kawan lama....ajak minum dan sembang-sembang... soal bisnesssss atau soal orang lelaki lahhhh apa lagi....

lalu ditinggalkan anak-anak dan anak mak mertua nih... kat rumah terkedu...

tidurlah anak-anak tadi bersama anak mak mertua (pak mertua dah lama meninggal)....

jika anak dah tidur dulu... tak susah nak keluar

jika anak tak tidur lagi... macam macam soal jawab... macam rancangan bual bicara pulak...

selamat malam dan selamat tahun baru kepada warga Cina dan semoga dengan kedatangan tahun arnab ini bertambah lemah lembut lagi dalam soal bicara dan perbuatan...

apa yang merepek nih....

dah

Carian