Assalamualaikum dan salam Tahun Baru Masihi 2011,
Sayonara 2010, ahlan wa sahlan 2011
Semoga tahun 2011 membawa lebih banyak kebaikan dari tahun 2010
Bukan kerana tahun 2010 tiada kebaikan tetapi dalam meneruskan kehidupan
pastinya kita mengharapkan yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang
Bukan kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi untuk berubah ke arah yang lebih baik
Ada apa dengan azam andainya ia tidak pernah tertunai
bukan kerana tidak pernah berazam
tetapi kerana azam kadang-kadang bisa membuatkan kita terikat
bukan tidak mahu kepada komitmen
tetapi lebih senang hidup ini dengan sendirinya menjadi lebih baik
dengan perancangan yang lebih teliti
Aye bukanlah pujangga
atau juga ahli falsafah
tetapi aye hanyalah blogger yang jarinya tidak runcing
kerana blog aye tidak sepopular blog lain
bukan merintih sayu atau merajuk
tetapi itu hakikat yang harus diterima
dalam pada itu, blog ini akan terus berlangsung dan terus dikemaskini mengikut rasa pemiliknya
biar apapun tajuknya
biar apapun temanya
biar apapun isu semasa
biar apapun isu terkini
sesekali mood untuk buat catatan tidak kira masa
tidak semestinya mesti mengikut arus tema, arus perdana atau isu semasa
biar terlewat sedikit dari isu terkini...
aye bahagia dengan apa yang aye catatkan di sini.
Sekian...