Pengikut Setia

27 Disember 2010

Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia Blog,

(catatan sehingga 27/12/2010, untuk catatan terkini sila teruskan ke bawah, terima kasih)


Di saat-saat akhir di hari-hari terakhir bagi tahun 2010 dan menjelang masuknya tahun 2011, blog sharinginfoz ingin mengadakan contest siapa nak buku "Buat Duit Dengan Blog". 

2 pemenang akan dipilih dan hadiahnya adalah buku seperti di gambar sebelah, satu setiap seorang.


Syarat-syaratnya adalah sangat mudah dan untuk lebih memahami sila rujuk di entry bertajuk [Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"]



Mengapa aye nak buku di atas?
Sudah tentu untuk menambah pengetahuan tentang dunia bloging dan secara tidak langsung boleh menambah pendapatan.  Sementelahan dalam dunia teknologi maklumat sekarang, jika sekadar pengetahuan tentang buat blog sahaja tidak memadai, kerana zaman sekarang apa saja yang berada di hujung jari ada duit. Hah keluar duit dari hujung jari?... Tu lah... kena baca buku ni.

Melalui buku hasil karya Yazid Yahaya dan diterbitkan oleh PTS saya berupaya mengetahui lebih banyak teknik menghasilkan blog bukan sahaja sebagai sumber untuk menambah kenalan di alam maya atau mengenali kumpulan-kumpulan blog atau perisian tertentu tetapi juga bagaimana untuk menjadikan log sebagai sumber utama wang.  Sudah tentu di dalam buku ini terdapat strategi tertentu buat duit melalui blog yang turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.


Memang banyak manfaat dan faedahnya.

26 Disember 2010

Jangan tinggalkan dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Peringatan untuk diri yang sering alpa...berdoalah untuk kebaikan diri dan masyarakat sejagat, jangan berdoa hanya ketika susah sahaja.


Janganlah kalian meninggalkan doa! Dan jangan sampai perbuatan dosa yang kalian lakukan, menghalangi kalian untuk berdoa kepada Allah, karena sesungguhnya Allah telah mengabulkan permohonan Iblis, padahal ia adalah makhluk yang paling buruk. 
(Lihat surat al-Hijr ayat 36 dan 37) (Sufyan bin 'Uyainah)



25 Disember 2010

Jom tengok rumah di Puncak Iskandar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

al kisah petang-petang ni, tak der ape nak sibuk sangat kat rumah kami sekeluarga (3 orang  jer) tengok rumah contoh di Puncak Iskandar. 

apa kata kita mulakan dengan ruang makan dan dapur, ruang ni menghadap ke kolam renang (di luar) dan ruang tamu di depan serta ke belakang ada 3 lagi bilik tidur
Sebahagian kolam renang yang boleh dilihat dari ruang makan keluarga.  Ada gambar kolam renang penuh kat situ juga tapi ... modelnya pulak tak bersedia untuk di 'interframe'.


Pemandangan yang lebih jelas dari counter bar di dapur menghadap sebahagian ruang tamu juga...

ruang tamu

tak sempat pula nak snap dalam bilik tidur, layan jer dulu gambar landscape di luar rumah tetapi masih dalam kawasan pagar
keluar tengok banglo sebelah... Banglo Areca Tropika

tengok dari luar jer bang? ...pintu dah kunci sebab masa lawatan dah tamat, tu lah lambat lagi.  Tak per esok datang awal sebelum jam 5.00 petang. Ok!

pandangan sisi kanan dari depan, luasnya agak boleh le muat 3 buah kereta termasuk exora.  kalau buat barbeque kat situ pun okeh, kawasannya memang luas bangat... hehehe
Masa untuk pulang... alif kata rumah kat belakang dia tu rumah hitam dan dia memang suka... nama sebenar rumah tu terlupa pulak... nanti tengok brochure baru dapat letak nama kat sini.  Oleh kerana tak dapat masuk banglo "oren" maka tak dapatlah nak snap gambar dalam banglo tu....


Kediaman eksklusif di Puncak Iskandar dengan kolam renang dalam kediaman (option)
MRCB Land Transforming Communities.
Sekian lah catatan ringkas mengenai rumah idaman di Puncak Seri Iskandar

Nasi lemak halba & susu kambing bermadu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Terlewat sikit buat entri ni, cerita tentang sarapan pagi tadi... nasi lemak halba bersama sambal tumis dan ikan kering cincang serta sayur campur dan minum bersama susu kambing bermadu.  Itu cerita tentang menu aye pagi tadi, famili lain menu yang sama juga cuma minum dengan teh dari Sabah (pemberian makcik Ann, jiran di Sungai Galah).  Nak tambah lagi... makan juga dengan karipap pusing segera keluaran Tok Ma dibeli dari Kedai Mesra Petronas Bandar Universiti.

Tetapi rasanya tak juga terlewat untuk keluarkan entri nih, sebab menu yang sama diulang sehingga makan tengahari, masak banyak ...

gambar susu kambing tak sempat nak upload kat sini.

Cerita bab nasi lemak ni, aye dapat idea lepas jumpa Mat Gebu semalam, terima kasih kerana bagi idea untuk menu hari ni... tapi resepi aye tak sama dengan resepi nasi lemak halba dari Mat Gebu...ada ubah suai sikit... apa?  biarlah rahsia, kalau diceritakan kat sini nanti termasuk pulak dalam kategori plagiat resepi orang... apa2 resepi dari Mat Gebu memang banyak membantu.  Kalau agak2 tak tau nak masak apa tengahari ni atau petang ni... jumpalah Mat Gebu. klik pada link nasi lemak halba kat atas...

Sekian.

Suara yang keras dari ibu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Malaysia dan 1Dunia,


Sebagai seorang anak, sejak dari kecil lagi kita diajar agar berlemah lembut ketika bercakap dengan ibu dan bapa atau juga dengan orang yang lebih tua dari kita.  Bukan itu sahaja bersopan dan berlemah lembut adalah budaya kita sebagai orang Melayu dan terutamanya orang Islam.

Andai pernah berkasar atau meninggi suara dengan ibu cepat-cepatlah minta maaf, supaya tak lama rasa tersinggung di hati ibu...

~~~~~~

~~hayati bait-bait berikut, semoga mendapat manfaat:-~~

"Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki".

~~~~~

24 Disember 2010

Ada lagi 27 hari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Diam tak diam tinggal lagi 27 hari menjelang 20 Januari 2011.
Ada apa dengan 20 Januari 2011?
Itulah tarikh EDD ikut perkiraan atas kertas atau dalam buku pink...
Kalau tarikh EDD ikut perkiraan aye mungkin juga 7 hari lagi...

38 minggu saja sudah cukup... kurang tak pernah...

tunggu jer lah cerita seterusnya

Cari alasan - rehat minda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Biar apa pun alasan cuti yang diberikan,
jangan sesekali gunakan ia untuk melihat keburukan orang lain
jadikan segala peristiwa suka dan duka serta kejadian sepanjang 2010 sebagai tips kuatkan semangat
bagi meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup yang belum selesai
bagi tahun 2011 serta tahun-tahun yang akan datang.

Apa kata untuk menghilangkan stress dan tekanan kerja
sepanjang tahun 2010 ini kita rehatkan diri sambil berjalan-jalan di Singapore
atau mana-mana tempat yang difikirkan selesa...

selamat.....

Cerita apa tengahari Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi tadi dah buat catatan ringkas...
Oleh kerana dah tengahari ni, kena lah tukar topik pulak yer

Tengahari ni nak cerita bab masakan pulak... tapi kurang sesuai sebab aye tak masak tengahari ni.
Kalau dulu masa ofis depan rumah, bila hari Jumaat, tengahari jer mesti balik masak.  Tunggu abang K balik solat Jumaat baru makan bersama, rehat sekejap pi kerja...

Tapi sekarang ni... rumah dah jauh sikit dari ofis, lagi pulak tengahari memang tak balik rumah... makanya makan kat cafe jer ngan kawan2 ofis kekadang makan sorang2... balik petang baru masak untuk makan malam ngan famili....

Eh... nak tambah lagi, kalau masa bujang dulu2, tengahari Jumaat ni pi jalan kat shopping mall pun okeh jugak... kekadang sekadar window shopping jer, jamu mata... balik rumah mengigau mengidam pulak...

dah lah... cerita tengahari nih, nanti nak buat cerita untuk petang dan malam pulak....


.

Pentas dunia di hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Catatan ringkas di pagi Jumaat penghulu segala hari.  Semoga mendapat manfaat bersama.

Barang siapa mengetahui bahwa dunia ini adalah negeri tempat berlomba untuk meraih dan mengumpulkan amal shalih, dan ia pun mengetahui bahwa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka makin tinggi pula kedudukannya di surga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikitpun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik.  Ibnu 'Aqil

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hanya kerana segmen pengikutnya mencecah 6600

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Terbaca (bukan la... memang dah baca) catatan Bro Ben mengenai keadaan blognya apabila tanpa segmen.  Memang hairan juga kerana blog Ben Ashaari yang pernah aye kenali dulu timbulnya bukanlah semata-mata segmen, banyak juga tip-tip berbloging yang diutarakan. 

Bagi blogger yangbaik macam aye (perasan? tidaklah memang nama blog begitu) walaupun terlebih dahulu wujud dari Ben Ashaari, sesekali dan beberapa kali juga ada rasa segan dan silu sebab bukan sahaja nak mencecah 6000 pengikut, seribu pun jauh lagi.

Kalau nak dapatkan tip yang ringkas dan mudah tentang 1dunia blogging, janganlah segan-segan singgah kat blog Ben Ashaari.  Kalau aye nak review tip yang pernah Ben buat.... hei... tak kuasalah, sebab bukannya kepakaran aye dalam bab2 cam gini... lagi pun apa yang aye akan dapat kalau aye review ... percuma pulak tu... nak tunggu Ben buat segmen review pulak... itupun belum tentu jugak aye sempat.  Manakan tidak kalau dah ribu riban pengikutnya. Tu tak termasuk lagi senarai menunggu dalam bloglist...

Apa yang pasti aye sendiri pun tak terikut kerajinan Bro Ben mengemaskini catatan dalam blognya... selang sejam atau 2 jam... dah bertukar.... pernah juga meniru (itu jer yang tau), tapi tak lama sebab aye bukanlah pandai sangat bab mengarang, kalau bab2 merapu merapi... boleh juga, itu pun tak juga hebat... sekadar makan nasi goreng yang dipanaskan jer... (eh ada kaitan ker).  hentam sajalah...

sekian. dah larut malam nih....mata pun dah mengantuk, tunggu mr abang K (tak der misai macam datuk k) tak balik2... kalau dapat keluar jumpa kawan2, tak ingat jalan balik rumah la pulak...

adush...

Carian