Di saat-saat akhir di hari-hari terakhir bagi tahun 2010 dan menjelang masuknya tahun 2011, blog sharinginfoz ingin mengadakan contest siapa nak buku "Buat Duit Dengan Blog".
2 pemenang akan dipilih dan hadiahnya adalah buku seperti di gambar sebelah, satu setiap seorang.
Syarat-syaratnya adalah sangat mudah dan untuk lebih memahami sila rujuk di entry bertajuk [Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"]
Mengapa aye nak buku di atas?
Sudah tentu untuk menambah pengetahuan tentang dunia bloging dan secara tidak langsung boleh menambah pendapatan. Sementelahan dalam dunia teknologi maklumat sekarang, jika sekadar pengetahuan tentang buat blog sahaja tidak memadai, kerana zaman sekarang apa saja yang berada di hujung jari ada duit. Hah keluar duit dari hujung jari?... Tu lah... kena baca buku ni.
Melalui buku hasil karya Yazid Yahaya dan diterbitkan oleh PTS saya berupaya mengetahui lebih banyak teknik menghasilkan blog bukan sahaja sebagai sumber untuk menambah kenalan di alam maya atau mengenali kumpulan-kumpulan blog atau perisian tertentu tetapi juga bagaimana untuk menjadikan log sebagai sumber utama wang. Sudah tentu di dalam buku ini terdapat strategi tertentu buat duit melalui blog yang turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.
Memang banyak manfaat dan faedahnya.