Pengikut Setia

10 November 2010

AYA Awards 2010 - Tahniah kepada Ayah Saiful

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Flashback,... baca September 2010 yang lepas aye telah buat catatan promosi tentang AYA Awards 2010, yang kebanyakannya isi kandungan adalah dicopy paste dari littlemamadiary.  aye tumpang sambung cerita  jer...

Sedikit tentang AYA Awards 2010:
AYA Awards 2010 telah mengumumkan penerima anugerah di Panggung Bandaraya pada 7 November 2010. 

Ikuti cerita selanjutnya di AYA Awards 2010


Dan........ berikut adalah penerima anugerahnya....
*
*
*
*
ikuti kisah pengembaraan dan penggambaran beliau di Saifulnang.net


TAHNIAH!!!

Antara gembira dan nikmat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Seandainya para raja dan para pangeran mengetahui kegembiraan dan kenikmatan yang kita rasakan (ketika menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah), niscaya mereka akan merampas apa yang kita rasakan tersebut dengan tebasan pedang.

(Ibrahim bin Adham)

09 November 2010

Terima kasih TMNet

Assalamualaikum,

akhirnya setelah hampir-hampir 4 dekad hari, malam ni... dapat juga berstreamyx kat rumah...

manakan tidak semenjak hari deepavali (Jumaat) tak dapat nak berstreamyx kat rumah... ingatkan sebab tak bayar bil multimedia, semak punya semak... eh eh tarikh nya lambat lagi, lagi pulak berapa ringgit jer... bukannya ada tunggakan... tiap2 bulan beres bebbb..

semenjak hari Jumaat tu jugaklah ... bercuti streamyx kat rumah... bosan betul... nak update blog... harapkan catatan lama jer...

mujurlah pada petang tadi.. aye ternampak kelibat pekerja TMNet kat tepi jalan... siap dengan van bagai lagi.... baru terpikir... oooo patutlah... rupa2nya ada kaitan dengan talian streamyx ku yang hilang!!!!

Tapi kenapa lambat sangat TMNet bertindak?  dah hampir 4 hari baru dapat detect talian streamyx takder...

Macam ni... nampaknya pihak TMNet perlu cari mekanisma baru dan kaedah baru untuk mengesan talian yang terputus dengan cepat dan pantas.  Jangan pulak kerana kami pengguna di kawasan 'pendalaman' di pinggirkan....

akhir kata, terima kasih bebanyak kepada pihak TMNet kerana kesedaran itu, biarpun terlewat... kerugian di kedua-dua pihak tetap ada kan?...

Sekian.

Hari Berjalan Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Dunia dan 1Malaysia juga,

Hari Berjalan (kaki) Sedunia @ The World Walking Day, adalah satu perayaan untuk meraikan satu pergerakan mudah yang kita lakukan hampir setiap masa dan setiap hari.  Berjalan kaki mampu membakar kalori, menguatkan otot, membentuk badan dan membantu membebaskan tekanan di minda.  banyak lagi faedah yang bakal diperolehi daripada perkara mudah itu hanya jika anda suka berjalan kaki. 

Ketahuilah bahawa Nestle Malaysia akan menganjurkan The World Walking Day pada 21 November 2010, mulai jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di kawasan berhampiran anda... Dimana? 

Berikut adalah tempatnya:















1.  Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa

2.  Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line

3.  Kuantan: Padang MPK 1

4.  Johor Bahru: Taman Sri Stulang

5.  Penampang: Sports Complex Stadium

6.  Kuching: Waterfront


Ingat!!! Tarikh Sama Masa Sama
Untuk gambaran dan maklumat lebih jelas sila klik kat twitter dan juga di laman web Nestle

p/s:  catatan khidmat masyarakat untuk Twitter dan Nestle dari yangbaik.blogspot.com
 
Sekian, selamat berjalan kaki... kalau aye ada peluang nak juga ke sana .... mana tak wehh masuk PERCUMA, dapat T-Shirt dan breakfast lagi... kalau Nestle yang sediakan breakfast... memang tak pernah tewas punya ...
 

Kenapa paksa-paksa neh

Assalamualaikum,

he... nak citer bab paksa memaksa memang tak rela.
tak rela di paksa dan tak suka juga memaksa orang

itu kes memang susah sebab bila dah tak suka paksa orang
makanya susah senang tanggung sendiri....

neh... bab orang yang suka paksa-paksa orang pulak
tak tengok ker, tak nampak ker apa masalah orang....

weiiiiiiiiiiiii


tak suka la....

:-P

:-D

:-p

Yang Cantik dan Yang Indah

Salam Sejahtera 1Malaysia,

catatan ni tentu dah biasa anda baca dan biasa jugak aye baca dan tengok kat mana-mana blog atau melalui email yang diterima. 

dipaparkan sekali lagi untuk tambahan koleksi catatan...


~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~

Beauty of Mathematics!!!!!!!

1 x 8 + 1= 9

12 x 8 + 2= 98

123 x 8 + 3= 987

1234 x 8 + 4= 9876

12345 x 8 + 5= 98765

123456 x 8 + 6= 987654

1234567 x 8 + 7= 9876543

12345678 x 8 + 8= 98765432

123456789 x 8 + 9= 987654321



1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

 
1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321
 
indahnya matematik....

Merungut untuk hilangkan stress

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kehidupan kita seharian, ada saja yang tak memuaskan hati dan kehendak kita.  Macam-macam permintaan yang perlu kita turuti dan dalam masa yang sama macam-macam arahan juga perlu kita ikuti berserta bermacam-macam peraturan.

Dan, ada ketika kita perlu luahkan rasa tidak puas hati... dengan cara yang berhemah.  Bukan memandu sahaja yang berhemah, meluahkan perasaaan juga perlu berhemah.  Mengapa berhemah?  Untuk lebih nampak sopan dan beradab dan dalam masa yang sama tidak membebankan orang lain yang mendengarnya.

Merungut tidak salah, kerana ia untuk melepaskan apa yang terpendam di hati seperti rasa tidak puas hati.  Namun selepas dilepaskan segala rungutan tu... sambung lah semua buat kerja sambil memikirkan apa yang dirungutkan tadi... adakah ianya perlu diterima atau tidak..

Sehingga kini dulu rungutan di pagi hari... jangan tension yer baca rungutan nih... kita sama-sama belajar...
untuk melepaskan rasa yang terpendam supaya dapat diteruskan kehidupan untuk hari ini dengan lebih rasa ceria dan gumbira....

Sekian...

08 November 2010

orang yang paling sibuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

siapa yang paling sibuk????

Nabi Muhammad S.A.W seorang Rasul dan Nabi masih ada masa untuk bersama keluarga

teringat satu petikan... tapi tak ingat baca kat mana dan siapa penulisnya...
"Orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak masa lapangnya"

nampaknya kita yang tak sibuk ni... memang tak der masa lapang

atau dengan kata lain... orang yang banyak masa lapang tu orang yang paling sibuk lah ...

layan...

p/s:  tunggu mr. NUFFNANG tambah BE (Buffered earning), BE lama dah jadi ME (metered earning) pulak... tapi tak juga ditambah2... nak buat iklan apa lagi yer?

Ola Monday!!!

Salam Sejahtera,

Hari Isnin.... sering diperkatakan sebagai Isnin yang Biru... Mengapa yerk?... Sebab hari Isnin adalah "Monday Blues"... hehehehe. 

Main-main jer... dah tiga cuti.... nih... broadband pun ikut cuti sama... sambut pesta cahaya yang tak berapa nak bercahaya... manakan tidak... pagi2 hujan, bila malam menjelang penuhlah dengan kelkatu malam mencari cahaya, makanya sebahagian lampu pun terpaksalah di'korban'kan... terutama kat ruang tamu... on ajelah lampu kat porch tu... kasi can kat exora berpesta cahaya ngan kelkatu...

sekian sahaja kisah 'monday blues' aye....

apa pulak kisah isnin biru kalian.....ada rasa2 nak share, silakan...

07 November 2010

Lalai lagi dengan kemudahan yang ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lalai lagi!  Kita sering lalai dan alpa dengan tugas dan tanggungjawab terhadap sesuatu perkara apabila kita tertalu tekun dengan sesuatu perkara yang lain.  Mengapa?  Kerana... mungkin juga kita ambil mudah dengan kemudahan yang telah diberikan atau dengan kebebasan yang telah ada. 

Apa yang perlu dilakukan?  Sentiasa beringat dan berwaspada dengan kemudahan yang diberikan dan beringatlah juga kesannya apabila kita tidak lagi ada kemudahan itu.  Bersediakah kita untuk hadapinya?  Kuatkah kita untuk berhadapan dengan situasi baru yang memang cukup baru ...

Sesekali teringat dan baru tersedar bahawa kemudahan dan kesenangan yang kita ada itu mungkin memang tidak lama dan tidak selamanya ia menjadi suatu kemudahan dan kesenangan kepada kita.  Mengapa?  Kerana sekiranya kita tidak bersyukur dengan apa yang ada... apabila kemudahan itu ditarik balik... saat itu akan terasa betapa berat dan susahnya... dan saat itu tidak berguna lagi sebarang sesalan, apa yang penting kerjasama dan berguna pada itu adalah kekuatan untuk menghadapi kehilangan itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~
Salah satu bentuk kelalaianmu terhadap dirimu sendiri adalah Anda berpaling dari Allah, yaitu saat Anda melihat sesuatu yang dimurkai oleh-Nya, lalu Anda berlalu begitu saja tanpa melakukan amar ma'ruf nahi munkar karena takut kepada orang yang tidak bisa memberikan manfaat maupun mudharat bagi Anda. (Abu Abdurrahman al-'Umari az-Zahid)

Carian