Pengikut Setia

05 November 2010

GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN

Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan bersua lagi,
Tiba2 rasa macam kena histeria pulak, terpukau dek kecantikan rantai kunci riben warna pink. Lansung terus nak join contest pulak... dah agak lama jugak tak join contest atau GA ...

GA diberi nama GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN dianjurkan oleh no-no-eumi.

Aye tau GA ni dari mama ada blog.

Untuk join GA ni sila ke ke blog no-no-eumi 

Sekian adanya... terima kasih, selamat mencuba!!!!! (ayat skema pulak...) 

Apa cerita malam tadi?

Salam,

ulang tajuk catatan:  Apa cerita malam tadi? dan tambahan lagi... cerita tentang keputusan Pilihanraya di Bukit Sapi dan Galas.  Dua-dua kawasan berkenaan telah diungguli oleh BN.  Tahniah kepada BN

cerita kedua tentang Money Boy dalam siri 999 di TV3, tak habis pun tengok nye... dari jalan cerita permulaan dah dapat agak... memang dasar... tak nak sambung lagi...

cerita ketiga:... tentang hari ini... Cuti Umum Sempena Hari Deepavali...

Stop Dulu... jumpa lagi

:-)

saya suka juga

04 November 2010

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah


Assalamualaikum dan salam sejahtara,

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah.  Dalam sedar dengan tidak... bukan kerana minda di bawah sedar dan tiada kaitan dengannya.  Telah beberapa kali beberapa pencarian berkenaan nik zaris nelydia senrose singgah di blog YB,

Siapa dia...antara ringkasan yang YB dapat, hasil dari pencarian dengan Cik Google, didapati bahawa nik zaris nelydia senrose adalah seorang artis baru yang memegang watak sebagai Anisa dalam drama Ahmad Durrah di TV3 dalam Slot Zehra.



Suka dengan watak Anisa?... nampaknya 'Anisa' adalah seorang gadis ayu yang sopan dan sedap mata memandang.... dan mungkin agak berbeza dengan 'Anisa' yang berada di luar.  Apa-apa pun itu hanya lakonan di pentas dunia.

Dan cari punya cari lagi .... oih... betul2 punya cari nih... yer lah nak tahu jugak siapa dia yang jadi bahan carian di internet... tak macam YB... tidak popular pun ... perasan!!!!

Dari pengamatan YBe, nik zaris nelydia senrose rupanya pernah jugak berlakon dalam drama SPA Q dan mungkin juga beberapa drama lain yang YB tak perasan dan tak ingat tajuk...

Dan (lagi) last but not least... jumpa lah gambar nye... tak sanggup YB nak tengok nyer... minta maaf lah tak sanggup jugak nak tempek gambar tu kat sini, sebab bukanlah YB ni suka sangat bab bab kontroversi yang melibatkan peribadi individu.   Apa yang penting di sini, bagi YB ... semua itu adalah dasar hak peribadi individu dan kisah lampau yang mungkin tak ingin diingat lagi oleh pemilik nama berkenaan.   Sama macam kes Tiz Zakiyah yang cantik manis dan beberapa artis yang telah dan akan mencipta nama... harapan semoga bukanlah semua artis pernah mengalami situasi 'gelap' dan seksa sebegitu sebelum mencipta nama...


p/s:  belum berkesempatan lagi melihat slot Ahmad Durrah, walaupun dah beberapa episod... kesian kan... tak der lah... tak penting sangat tu... kalau ada masa nanti nak curi2 tengok gak...


Terima kasih baca entri ini, Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durah?

hari ni okey ker?

Assalamualaikum,

apa mood anda hari ni?

sekadar ... okey jer?

atau pun... oke!!!!

walau apa pun situasinya... semoga anda dan saya (aye lah..) okey sentiasa dan akan bertambah baik lagi...

esok kan cuti... hari Deepavali... dapat cuti panjang.... 3 hari...

kalau balik kampung atau berjalan-jalan (makan angin) berhati-hati di jalan raya...

itu jer..

Nasihat secara rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

memberi nasihat kepada orang bukanlah sesuatu yang susah, yang menjadi susah adalah apabila nasihat itu tidak masuk akal dan orang yang dinasihat itu tidak dapat menerima nasihat.

mengapa perlu memberi nasihat kepada orang lain andainya diri sendiri tidak ternasihatkan

memberi nasihat kepada orang juga perlu kepada masa dan tempat yang sesuai bukan boleh diberi pada sebarang masa atau tempat.  kerana semua orang itu ada maruah dan harga diri, biarpun dia perlu diberi nasihat namun dia ada air muka dan maruah.... HARUS INGAT ITU...

~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya.

(Imam asy-Syafi'i)

03 November 2010

nak cari glamor

Salam,





orang buat blog awak pun nak jugak

orang buat duit dengan blog awak pun nak jugak

orang buat stori the mori yang best-best melatop... awak ntah ke mana

kononnya nak glamor dan kaya dengan blog

tapi tak jugak, manakan tidak

buat stori nak dengan tidak jer

nak usaha lebih skit tak nak...

asyik nak menempek entry orang jer

pass tu gaduh le tak der orang nak bagi komen

nuffnang pun tak berapa nak singgah bagi BE (Buffered Earning)

yang ada pun ciput jer... yang lebihnya... tunggu la berkurun lagi baru nak tambah...


opppsss........... peace... ada yang terasa atau aye yang syiok sendiri...

Nuffnang Premiere Screening – The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

Salam,

Just for information and for sharing also for making this blog always updated... lol

Nothing much, just read the sypnosis of The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader, which was taken from nuffnang directly... peace!!!

Return to the magic and wonder of C.S. Lewis’ beloved world – via the fantastic Narnian ship, the Dawn Treader. In this new installment of the blockbuster “The Chronicles of Narnia” motion picture franchise, Edmund and Lucy Pevensie, along with their cousin Eustace and their royal friend King Caspian, find themselves swallowed into a painting and on to the Dawn Treader. As they embark on an incredible adventure of destiny and discovery, they confront obstacles beyond imagination.

picture credit to http://www.gsc-eonbankcard.com/
Thanks

Biru Mata Hitamku

Salam,

akhirnya bukanlah penghujung kepada perubahan
kerana perubahan itu perlu untuk kebaikan
melakukan perubahan bukanlah kerana tidak tetap pendirian
melakukan perubahan adalah untuk kepuasan diri namun dalam masa yang sama tidak menjadikan perubahan itu sebagai satu alasan untuk menukar pendirian

tetapi andaikata pendirian itu menyusahkan diri sendiri
tidak sukar kan untuk ubahnya
manusia perlu ubah pendirian supaya tidak rigid dengan situasi semasa

tambahan pula sekarang harga minyak Petrol Ron 97 dah naik
mujurlah namun sampai bila pula Ron 95 tak naik harga
tiada jaminan kan?

semua mampu berubah
hatta harga sebiji bawang sekalipun
kerana perubahan itu ada dalam diri kita
dan kita perlu adaptasi perubahan itu dengan bijak

02 November 2010

perlu tanya ker sebelum ubah pendirian

Salam,

eh eh... nak tanya skit, kalau nak ubah template or design blog nih perlu ke tanya pendapat orang lain?

hm... aye rasa macam nak tukar pulak design nih... tapi sayang lak ngan warnanya... ini semua sebab pengaruh Red Mummy.

eh... apa pulak pendirian aye tu... bukan kerana dipengaruhi oleh Red Mummy, tetapi sebab kaler nya merah yang membuatkan rasa macam mengancam jer... lagi pulak macam sedap jer mata memandang... merah kan warna berani... dan bersemangat...

tunggu lah sehari dua lagi kot, rasa-rasa nak tukar nanti warna apa pulak yerk?....

merah - tanda berani
putih - tanda bersih
biru - tanda bersatu atau juga kuasa
kuning - warna di Raja...

macam warna bendera Malaysia pulak...

lain-lain warna akan aye pikiorkan ...

antara marah dan pandangan mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

catatan pasal marah lagi ker? bosan ker... entah la, tak tau nak buat catatan aper?
tak tentu pasal nak buat pasal marah pulak.  Agak2 nanti apa pandangan mereka?

hmmm....

layan jer la dulu apa yang ada kat sini...

jangan marah ya...

bunyi nya macam keras sikit...

~~~~~~~~~
Kemarahan pada ahli maksiat hanya terjadi ketika pandangan Anda tertuju ke arah mereka. Namun ketika anda berfikir tentang hukuman akhirat yang akan mereka terima, maka rasa kasihan akan menyergap hati Anda.  (Abu Sufyan ad-Darani)

Carian