Pengikut Setia

18 Oktober 2010

pilihan antara dua ... itukah takdirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(sekadar gambar hiasan)
Kita biasa diberi pilihan
mampukah kita buat pilihan
dan memilih yang terbaik
tatkala kita tidak diberi pilihan
kita turut diminta untuk membuat pilihan
....
andai tiada pilihan
apa pula yang hendak dipilih
hanya apabila tiada pilihan
mampukah kita melaksanakan pilihan yang diberi
atas alasan tiada pilihan lain
atau hanya berserah kepada takdir atas pilihan yang ada
lantas menyalahkan takdir kerana kita tidak diberi pilihan

JANGAN!!! sesekali menyalahkan takdir
kerana apa saja yang diberi itulah pilhan yang ada
namun disetiap pilihan itu tersembunyi hikmah yang patut kita hargai...

merapu lagi yerk....dahlah
walau apapun terima kasih kerana sudi baca sampai ke sini dan jika sudi datanglah lagi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua raka'at yang dilaksanakan sesuai dengan tuntunan (sunnah) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lebih baik daripada tujuh puluh raka'at yang dilaksanakan tidak sesuai dengan sunnah.



(Hassan bin 'Athiyyah)

15 Oktober 2010

Naskah cinta... rindu buat Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelik sikit tajuk entri kali ini.  Mana tak peliknya sekarang nih bloggers dok sibuk cerita pasal Proton Inspira, kalau tak pun pasal pewangi Hugo Boss yang dimenangi dari contest revamp blog Redmummy.com, tahniah kepada Ariffshah kerana berjaya merebut hati redmummy.com... dan latest pasal bajet 2011. Agak-agaknya apa lah Dato' Najib nak bagi kejutan kat semua rakyat Malaysia yer?  bab pengenalan nih lari tajuk sekejap...

Berbalik kepada tajuk 'Naskah Cinta' adalah judul buku atau koleksi buku sumbangan CITU UiTM Shah Alam kepada peserta Program Ihya' Ramadhan 1431H (2010).  Di dalamnya mengandungi Surah Yaasin & Tahlil dan Al Ma'thurat.  Lambat sangat buat cerita ni kerana 'Naskah Cinta' (berserta sijil penyertaan) ini baru sahaja diterima memandangkan semasa penyampaian cenderahati berkenaan di UiTM Shah Alam aye tak dapat pergi sementelahan cuti panjang seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya (bibik ku lari, tak balik sini dah.... huhhuhu... carik bibik lain plak... sighhhh). Dah balik lepas raya, baru minggu lepas (semasa jamuan Hari Raya) baru teringat.

Antara petikan yang terdapat pada kulit naskah berkenaan amat cantik untuk dihayati bersama.  So layan lah yer... gambarnye nanti aye upload, tak sempat lah...

Petikan 1:
Nabi Muhammad saw berdoa:  Wahai Tuhanku, aku pohon daripadaMu kasihMu, dan kasih mereka yang kasihkanMu, dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikanku kepada kasihMu.  Wahai TuhanKu, jadikan kasihMu lebih dicintaiku daripadaku, daripada keluargaku dan daripada air yang dingin.  (Riwayat Al-Tirmizi)

Petikan 2:
Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, supaya mereka mempunyai akal (untuk) memikirkan atau telinga untuk mendengar.  Sesungguhnya bukanlah matanya yang buta, tetapi buta hati yang ada didadanya. (Al-Haj: 46)

Sekian untuk kali ini.
*p/s:  gambar tak sempat nak post...

memang berbaloi pilih Celcom Blue

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memang berbaloi pilih celcom blue
nak buat iklan jap...

Ada tak kurang dari 10 pilihan dalam Celcom Blue:

1.  Teman 20 - Lebih ramai teman untuk dihubungi dengan kadar terhebat
2.  Hanya 15 sen / minit panggilan suara / video ke Teman 20
3.  Hanya 1 sen sms / 15 sen MMS ke Teman 20
4.  Tempoh kredit - sehingga 2 tahun
5.  Muat turut & kandungan ekslusif PERCUMA
6.  Bonus banyak guna - Tambah nilai, SMS atau muat turun PERCUMA
7.  Bonus hari jadi - Tambah nilai RM10 PERCUMA pada hari jadi
8.  Bonus setia - Tambah nilai RM10 PERCUMA setiap 6 bulan (aye baru dapat mesej tadi, nak pi tambah top up neh... )
9.  Kredit Advance - Panggilan & SMS dahulu walau kehabisan kredit
10.  Produk paling berbaloi daripada CELCOM

apa lagi ... jom pilih CELCOM BLUE...
aye dah dapat hadiah2 kat atas tu, terutama no. 6 & no. 7 memang suka sangat...

TERIMA KASIH CELCOM...

*p/s:  entri khidmat masyarakat untuk CELCOM daripada yangbaik.blogspot.com

Bid'ah dalam ugama

Salam sejahtera,

Sekadar ingatan untuk diri yang sering alpa

Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.



(Hassan bin Athiyyah)

14 Oktober 2010

Salafus Shalih dan kita...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kita sering berbicara
bicara tentang kisah hidup
bicara tentang kisah cinta yang tidak kesampaian
bicara tentang hasrat yang juga tidak kesampaian
bicara tentang rindu (ha...?? / hehehe....)

jarang sangat kita berbicara tentang kejayaan hidup
jarang juga kita bicara tentang kisah hidup para aulia dan rasul atau nabi-nabi
jarang juga kita bicara tentang kisah cinta Rasul pada umatnya yang melebihi cintanya pada dirinya sendiri

mungkin kita boleh ubah cara kita berbicara
kerana tiada istilah lewat untuk berubah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mereka (kaum salafushshalih) berbicara untuk kejayaan Islam, keselamatan jiwa dan ridha Allah Yang Maha Pengasih. Sedangkan kita berbicara untuk kejayaan diri sendiri, mencari dunia dan penerimaan makhluk



(Hamdun bin Ahmad)

Pujian dan celaan - isu yang sama tapi berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri nak cepat, bateri lappy dah nak abihsss
tajuk ni macam dah keluar dulu
cuma kali ni dalam versi yang berbeza...

layan........

Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.

(Ibnul Qayyim)

13 Oktober 2010

orang ketawa, kenapa awak susah hati: Antara konvensyen, protokol dan peraturan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Konvensyen adalah persetujuan yang dicapai bersama dan terima pakai oleh majoriti
Protokol adalah adab atau akhlak atau tingkahlaku baik yang diamalkan oleh majoriti
Peraturan pula ciptaan manusia untuk berhadapan dengan sesuatu situasi dan keadaan
(bagi ketiga-tiga perkara di atas, andainya maksudnya tidak benar atau lari tolong betulkan... terima kasih)

Situasi dalam suatu majlis,
ada 2 orang ketawa depan orang ramai yang memerhati (dalam sedar dan diketahui),
berbisik-bisik depan orang ramai (sok sek sok, sambil mata menjeling)
Apa agaknya yang mereka ketawakan?
Apa pula yang mereka bisikkan?

Situasi pemerhati (dalam keliru dan gelisah)
Susah hati ke?
Biarlah mereka nak ketawa, nak berbisik ke
Buat apa susah-susah nak pikir
mereka ketawa kerana mereka gelihati
mereka ketawa kerana mereka tak sopan (tiada adab)
...ketawa depan orang ramai tanpa sebab yang 'wajib'
... kerana mereka tidak tahu adab (protokol) dalam majlis

Tak pelu gusar, ambil iktibar... jagalah perilaku dan tingkahlaku kita mengikut konvensyen, protokol dan peraturan. Kerana itulah arah perjalanan hidup kita.

(sumber gambar:  Mr. Google)


11 Oktober 2010

Nokia N8 dah tiba di Malaysia?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nokia N8
 tadi jenjalan (blog walking) terjumpa promo tentang Nokia N8
fulamak.... dah keluar dah... tapi harganya tak pula tercatat...
gadget yang canggih dan memang perlu diperolehi...
aye tak lah expert sangat tentang handphone, tapi buleh la guna cuma kena ambil masa skit untuk study
kebetulan google jap tadi terjumpa pulak laman web nih, gsmarena (klik)... ada keterangan tentang N8 juga... spesifikasi, review dan macam2 lagi...





Nokia N97 Mini
walau apapun tiap kali keluar model baru Nokia mesti tak miss ikuti perkembangannya, sayangnya latest model Nokia N97 tak dapatlah aye miliki lagi kerana harganya .... kopak wallet hubby...

Nokia N95
N95 sekarang yang aye miliki adalah hadiah dari hubby kerana melahirkan anak pertama... terlewat skit pun tak per... janji dapat...
ingat kalau Nokia N8 ni buleh lah dapat untuk hadiah anak ketiga pulak yer...














Di sini aye sertakan juga tarikh dan tempat workshop berkenaan N8, tarikh dan tempat mungkin berubah terpulang kepada penganjur la kan... cuma tengok pada tarikhnya di Ipoh, tak dapat pergi kot... memang busy sangat masa tuh...
  • Kuala Lumpur 23rd October 2010 Armada Hotel
  • Penang 30th October 2010 The Gurney Hotel
  • Ipoh 31st October 2010 Tower Regency Hotel
  • Johor Bahru 6th November 2010 Grand Paragon Hotel
  • Kuala Terengganu 13th November 2010 Hotel Grand Continental
  • Kuala Lumpur 20th November 2010 Times Square Hotel

tempat terhad kepada 50 orang pertama (first come first serve).
cakap banyakpun tak guna... layan (klik) kat kempen Nokia N8, semua maklumat lanjut ada kat situ..

10 Oktober 2010

TAK UPAYA NAK CAKAP PASAL DENGKI: TAK HABIS-HABIS DENGKI KE KETEGAQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sementara tengah ada idea
curi masa sekejap nak buat entry
dah dapat gelaran, entah rasmi ke tidak... blogger tegar plak... timasih... hehehe
tegarkah aye ni
ada masanya tegar juga
ada masanya lentok... kering idea

nak buat cerita pasal dengki pulak
kenapa mesti dengki
tak ke mana kita dengan dengki
bukan boleh kaya pun
nak senang pun tak boleh juga
kerana dengki jugaklah kita boleh binasa
kerana kita adalah kita
kalau kita berdengki dengan sesiapapun kita tak boleh senang, susah hati lagi adala...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.



(Aun bin Abdullah)

10:10 minit, pada 10.10.2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pada ketika ini... 10.10 minit pada tarikh 10.10.2010.....
catatan masa yang paling bersejarah
10.10.10, dikatakan akan tiba 100 tahun lagi....

Carian