Pengikut Setia

19 Mei 2010

Rumah dan Masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 "Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredhaan Ilahi"

Ada Apa Dengan Malam Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga kebaikan untuk kita semua dan kesejahteraan hingga akhir masa.

Sekadar berkongsi cerita seorang sahabat mengenai kisah malam pertama...maaf juga kerana sumber rujukannya tidak dapat dipaparkan di sini.... bukan kerana tidak mahu tetapi memang tiada. 




Sekadar bahan bacaan untuk peringatan diri sendiri yang sering alpa.
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan dengan lemah lembut tanpa kekasaran
Seluruh badan terbuka....ditutup sehelai 'sutera' halus lagi lembut

Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari setiap laluan dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Kain yang hanya dipakai oleh orang tertentu sahaja
orang istimewa...

Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. .itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya..... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mem pertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan...
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan mem peroleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

p/s:  jika anda pernah membacanya... tak rugi jika baca sekali lagi... terdapat sebahagian prosa ditukar...
.

18 Mei 2010

Apa Makna Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sahabat sejati
Tegur aku jika aku mulai sombong…

Tegur aku jika aku mulai angkuh…
Tegur aku jika aku mulai salah…
Kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu…
Hari ini, esok dan selamanya……

Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...
Saat tangan terluka, mata menangis....
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...

~~~~~

Pemenang Minyak Wangi Mama Syafi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rasa penuh syukur dan penuh teruja... bulan Mei bulan hadiah, kerana setelah tersenarai sebagai pemenang dalam "April Giveaway By Zie Fauzi", seterusnya tersenarai juga sebagai calon Kategori Emas dalam blog Ben Ashaari, seterusnya direview oleh mathsensei.... terkini tersenarai sebagai penerima minyak wangi dari mama syafi... terima kasih kepada semua di atas kemurahan dan limpahan perhatian yang diberikan.

Bagi contest/giveaway minyak wangi dari mama syafi, penyertaannya tak susah just follow blog berkenaan dan bagi jer komen dan maklum nak minyak wangi...senang sangat.  Terima kasih sekali lagi kepada mama syafi...

p/s:  Dapat hadiah sempena hari lahir dan ulang tahun perkahwinan.
~~~~

17 Mei 2010

Edisi TERJAH!! Blog Yang baik!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Berjumpa lagi di hari yang sama untuk entri yang kedua.

Pada beberapa hari yang lepas, aye join satu blog review yang dianjurkan oleh mathsensei.. pelikkan namanya... tapi empunya blog bahasakan dirinya sebagai aried.... apa-apa aje lah..

Ada apa dengan blog aried atau mathsensei...??
Tu yang nak cerita tu... hari ini... blog aye dah masuk dalam segmen terjah blog... kat sini Edisi TERJAH!! Blog Yang baik!! (klik jer kat link)...macam penerangan yang dibuat, rasa segan pun ada juga... sebab aye taklah buat review tentang blognya ...

Sungguh aye terharu dengan review yang dibuatnya... memang banyak juga ilmu yang aye perolehi... walaupun aye dah bermula berbloging sejak tahun 2008 tapi ilmunya tak seberapa masih banyak yang perlu belajar ...

Ucapan terima kasih dan selamat berkarya kepada mathsensei aried.  Semoga terus sukses.

Sekian dulu untuk cerita ini... hehehehe edisi malas tapi nak juga layan.... terima kasih

Salam buat semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera hingga akhir masa, semoga anda semua dan saya juga sentiasa sihat untuk meneruskan perjuangan pada hari ini dan hari-hari yang akan datang.  Semoga kita semua dikurniakan Allah ketabahan dan kekuatan iman yang sejati.

Maaf kepada semua kerana hari ini tiada entri terbaru dan cerita terbaru yang dapat dikarangkan di sini hanya doa buat kalian... semoga terus suksess...

InsyaAllah di lain masa dan peluana akan aye dapatkan tajuk dan cerita yang menarik untuk dkongsikan bersama.



Oleh kerana dah masuk dalam senarai kategori Emas Ben Ashaari, rasa teruja pulak nak buat entri yang lebih bernas dan berkhasiat untuk bacaan semua orang...untuk itu juga izinkan aye berehat seketika dan jumpa lagi di entri akan datang.

Sekian, terima kasih... (huh... ayat skema macam karang surat rasmi plak.

14 Mei 2010

Ada apa dengan Kategori Emas Ben Ashaari

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Setelah sekian lama menunggu dan menanti saat yang sesuai, sekarang baru terbuka pintu hati untuk menyertai segmen tajaan Ben Ashaari.

Untuk pengetahuan Mr. Ben, sebelum ni memang tak masuk dalam mana-mana kategori pun dalam Blog Ben Ashaari. Dengan kata lain TIADA. So kali ni aye amat berhasrat sangat untuk masuk dalam kategori Emas. Ewah-ewah, … hehehehe… apa-apa aje lah yang ada dalam pemikiran.

Berbalik kepada tugasan hari ini… hahh...ada tugasan!... Ingat percuma jer ke nak masuk blog Ben Ashaari… kena buat kerja sikit beb.. Kerjanya… Ni ha… kena buat cerita pasal iklan ni… rizi-bizi.com. Apa-apa ajelah En Ben … Asalkan blog aye tersenarai …tapi yang pastinya pasti bergemerlapan.

Pengenalan
rizi-bizi.com, satu lagi nama yang berkaitan dunia bisnes online. Dengan tagline ‘Online Biz 4 Success’ rizi-bizi diterajui oleh cik Ina, Cik Fiza dan Cik Riz, beralamat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Terdapat berbagai rangkaian produk yang dipasarkan. Terdapat lebih daripada 30 produk yang pasarkan oleh oleh rizi-bizi.com.  Malahan pelbagai produk boleh diperolehi dengan mudah.

Kategori Produk
Antara produk yang menghiasi dada rizi-bizi.com adalah berkaitan Minyak Wangi: One Drop Perfumes, Produk Aura : Aura Seri, Produk Kosmetik/Kecantikan Kulit: LumiGlow dan Ronasutra, Pakaian/Kain/Tudung: Songket Thai dan Pashmina, Pelansing Badan: RX-Lite, Minuman/Makanan Kesihatan: Aloe Vera, Produk Khas Untuk Lelaki: REALONGER, Produk Khas Untuk Wanita: FC Bio Sanitary dan Produk IT: BulkSMS. Sebenarnya banyak lagi senarai produk di bawah kategori-kategori berkenaan, memang tak terkira.




Produk yang hebat
Daripada senarai kategori produk yang hebat di atas, produk yang paling bagus adalah seperti yang terlihat pada gambar sebelah ni....(tak larat nak taip... soriiii)
















Bagaimana untuk mendapatkan produk berkenaan?
Berikut adalah senarai wakil yang boleh dihubungi… Hatta ke Indonesia dan Singapura juga ada

• Cik Ina: 017-518 0018 Seluruh Malaysia
• Cik Fiza: 013-235 6101 Seluruh Malaysia
• Mr.Epul: 019-616 7231 Dispatch – Bangi/Serdang/Putrajaya/Puchong/Kajang/Cheras
• Mr.Jae: 019-325 4471 Shah Alam/Klang
• Mr. Reazman: 013-310 6693 Shah Alam/Klang
• Mr. Hassan: 019-611 1330 Damansara/Sg. Buloh
• Kak Ani - After Office: 017-385 6063 KL/Pandan Indah
• Mr. Habib- After Office:  013-210 3611 KL/Kg. Baru
• Mr.Amy: 019-512 8209 Ipoh/Kampar/T.Intan/Sri Iskandar/Batu Gajah
• Mr.Bazil: 012-406 3189 Ipoh/Kampar/T.Intan/Sri Iskandar/Batu Gajah
• Mr. Zam: 012-581 7584 Penang - Ayer Hitam
• Bantuan Khas: +6012-208 0004 (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore, Thailand)

Kesimpulan
Satu lagi kaedah dan peluang perniagaan secara maya. Kerana selain daripada peluang membeli pengunjung juga berpeluang menjadi stokis atau pembekal dengan syarat-syarat tertentu.

Apa lagi… jelajah lah ke rizi-bizi.com ‘Online Biz 4 Success’ . Perniagaan dihujung jari anda. 

Sekian.
~~~~

Berani kerana Benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga keberadaan kita di hari yang penuh keberkatan ini membawa jutaan manfaat kepada kehidupan kita dan alam seluruhnya.
Berani kerana benar
anda berani kerana anda benar
adakah anda benar-benar berani
atau hanya kerana anda sangka anda benar
betulkah anda benar
atau hanya sangkaan anda saja

Berani biar bertempat
walau kita benar
kebenaran itu hanya di pihak kita
belum tentu ianya benar dipihak orang lain

Sangkaan kebenaran kita tak semestinya tepat
sebelum memberanikan diri siasat
apa disebaliknya....ambillah masa anda...

Ada orang berani berkata
kerana dia memang pandai berkata
hingga orang lain semuanya salah
walhal apa yang dikata itu tak sama pun dengan apa yang dia buat
Bak kata pepatah "Cakap Tak Serupa Bikin"

~~~~
~~~~~
Sekian

13 Mei 2010

Tujuan utama


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh pembaca budiman.
Sabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang akhirat ini tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam hatinya.  Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dgn hina (iaitu dlm keadaan dirinya mulia).  Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kekafirannya antara kedua matanya.  Allah cerai-beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dlm keadaan hina)"
riwayat al-Tirmizi dinilai hasan oleh al-Albani

Alasan Cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Nak bercuti? Belum lagi... banyak lagi urusan yang belum selesai.

Jadi apa alasan cuti yang nak diberikan
alasan untuk cuti bukan cara yang terbaik untuk lari dari kerja... kerana kerja-kerja itu harus disiapkan terlebih dahulu.

Ada orang bercuti kerana mencari hati kama (hati yang bersih dan suci)
Boleh jumpa ke?

Entah la... tajuk cerita alasan cuti
Tapi ada orang mencari alasan cuti rehat khas
Wahai sekelian ...
Di dalam kerja Kerajaan atau Swasta (tak taulah)
Tiada istilah cuti rehat khas
Kalau ada pun cuti rehat jer
Itu pun tidaklah sampai memutuskan kerja dengan pejabat
silap2 kalau ada urusan kecemasan kena datang juga
Batal lah cuti tu

cerita sex service kemaluan pada hari lahir?
tak sanggup...
MAAF!
DIINGATKAN SEKALI LAGI.... DALAM BLOG INI TIADA KESAH SEX... FAHAM!

perodua kembara... suatu masa dulu pernah menjadi kereta idaman
dan akan terus kekal dalam ingatan
kerana sentiasa ada di depan mata..

Ada cerita pontianak post edisi 7 mei 2010
Tarikh selepas tarikh lahir aye
Ada post pontianak ke kat blog nih...
Seingat aye .... takder

sebaik baik nasihat adalah nasihat seorang ayah kepada anaknya
~~~~~~~~~~~
Demikianlah ceritera sebuah pencarian yang dijumpa dalam analitik Nuffnang.
Sekian.
~~~~~~~~~~

Carian