Jika hari ini terasa berat
Macam-macam ragam kehidupan. Setiap hari ada saja ragam dan rentaknya. Semua itu harus kita lalui dalam meneruskan kehidupan.
Jika hari ini terasa berat,
berdoalah dan yakinlah
esok akan lebih baik.
** In shaa Allah akan ada hari esok yang lebih baik. Yang penting kita yakin dan percaya bahawa kebaikan itu sentiasa ada dan kita harus berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku akan ada kebaikan disebaliknya.
Keajaiban
datang pada sesiapa
yang memohon perlindungan Allah SWT
*Berserah dengan sebulat hati bahawa perlindungan Allah sentiasa ada untuk kita.
Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Jika hari ini terasa berat.