Pengikut Setia

15 Jun 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree





Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





14 Jun 2013

Belajar terima kenyataan hidup luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




1.  Dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja atau di rumah kita pastinya mahukan yang terbaik untuk insan sekeliling kita termasuk juga untuk diri kita sendiri.

2.  Dalam memastikan semua orang mendapat yang terbaik, kita sendiri tidak lari dari hakikat bahawa setiap yang terbaik itu ada kalanya mudah untuk dilaksanakan.

3.  Dalam keadaan tertentu dengan mudah juga kita mencapai kejayaan  dan dalam keadaan itu sudah pasti kita rasa sungguh gembira dengan pencapaian kita.  Sehingga itu terdetik dalam hati bahawa diri ini mahu berehat seketika dari ruang kejayaan.  Mungkin kerana letih atau kerana hendak memberi peluang kepada orang lain pula untuk mencipta kejayaan.

4.  Dalam keadaan yang lain pula bila sesekali kita diuji dengan tohmahan dan kata nista, kita rasa bersalah sangat walaupun bukan salah kita.  Tohmahan itu sekadar menguji sejauh mana beraninya kita berhadapan dengan dunia luar sana yang penuh pancaroba dan pahit getir.

5.  Tanpa kita sedari sebenarnya dalam tempoh tertentu dan juga kerana tohmanan itu kita menjadi malas hendak mencipta kejayaan baru hanya kerana satu titik hitam yang tertumpah di dasar hati kita.  Apa titik hitam itu?  Negatif (-ve)

6.  Berpandangan negatif dengan pandangan orang lain.  Ya, memang perit untuk memberi gambaran positif (+ve) kiranya -ve itu lebih banyak bertamu dan berkeliaran dalam semak hati.

7.  Sesekali belajar terima kenyataan bahawa kita juga manusia biasa yang sedang berusaha untuk menjadi manusia yang luar biasa dengan cara kita sendiri.  Menjadi manusia luar biasa tidak susah tetapi yang susah adalah pemikiran -ve

8.  Tidak semua orang (mungkin perasaan kita sendiri) suka mendengar kejayaan kita atau semangat luar biasa yang ada pada kita.

9.  Belajar terima kenyataan dari awal bahawa setiap jalan kejayaan yang dilalui tidak semestinya mesti diharungi dengan kepayahan atau keperitan.

10.  Hargai semangat luar biasa yang ada pada diri sendiri... semoga kejayaan dan kecemerlangan adalah milik kita tanpa sedikit nilai -ve di sudut dasar hati.



Seminar Keluarga Sakinah | Semakin Hari Semakin Sayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan kerjasama Pusat Perundingan Nur Sakinah, Akademi Pengajian  Islam Kontemporari (ACIS) akan menganjurkan Seminar Keluarga Sakinah "Semakin Hari Semakin Sayang" pada 25 Jun 2013, mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, UiTM (Perak), Seri Iskandar.  Yuran Penyertaan hanyalah berjumlah RM50.00 seorang.



Ahli Panel:
1.  Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin
2.  Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat
3.  Ustazah Zawiyah Hassan

Maklumat lanjut:
sila klik pada gambar untuk pembesaran dan lebih jelas

Keluarga Bahagia
"Integriti Organisasi Sejahtera"

Selamat berseminar






Carian