Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sekali lagi tiba-tiba nak berkongsi cerita.
Cerita tentang sikap dan tingkahlaku anak.
Juga cerita tentang penerimaan anak-anak mengenai perkara yang biasa terjadi dan biasa dibuat.
Al-kisahnya anak-anak tak kira usia semuanya suka komik.
Komik bukan sahaja untuk dibaca tetapi juga untuk dilihat.
Kerana komik ada tarikannya yang tersendiri.
Komik bukan sahaja ada cerita tetapi juga gambar dan warna tidak ketinggalan juga iklan.
Anak yang pandai membaca akan membaca, tidak kiralah hingga habis atau separuh jalan cerita.
Bila ditanya kenapa baca tak habis
Anak jawab "biasalah!"
Memang umi tak suka dengar.
Jangan dibiasakan yang biasa.
Baca sampai habis baru boleh faham jalan ceritanya.
Biasakan membaca sehingga habis barulah tak sia-sia buku itu dibeli.
Sketsa lain pula.
Kelihatan komik itu seperti terkoyak.
Ada helaian yang hilang.
Bila ditanya ke mana perginya helaian yang terpisah itu?
Jawapan "biasalah!"
Memang tak suka dengan jawapan itu.
Jangan dibiasakan koyak buku walaupun komik.
Kerana setiap helaian itu ada nilainya.
Ditanya lagi siapa yang koyak.
Jawapan sama "biasalah!"
Adik yang kecil juga punya kerja.
Jangan dibiasakan letak buku dan komik merata-rata kerana adik tidak mengerti nilainya.
Maka... adik yang tidak mahir membaca juga perlu diajar "jangan biasakan" koyak buku ataupun komik.
Sekian. Sudah tiba masanya "Jangan dibiasakan" perkara yang yang biasa sekiranya perkara itu tidak elok.
Terima kasih.
posted from Bloggeroid