Pageviews

Memaparkan catatan dengan label hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hikmah. Papar semua catatan

29 Ogos 2017

Yakinlah ada yang menanti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Yakinlah ada yang menanti


Kita memangnya tidak pernah sendirian
Biarpun ketika berada di kamar kecil
Kita bisa saja bersendirian secara jasadnya tetapi tidak secara batinnya
Kerana kita ada Tuhan yang sentiasa mengawasi setiap gerak laku kita


Yakinlah
Yakinlah


Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran (yang kau jalani) yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa pedihnya rasa sakit. (Ali bin Abu Thalib)


Semoga kita sentiasa bersabar dalam setiap detik nafas yang dilalui.

Yakinlah ada yang menanti

szi 😌

25 Ogos 2017

Kelebihan baca surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kelebihan baca surah Al-Kahfi


Surah Al-Kahfi bukan sahaja dibaca pada hari Jumaat tetapi pada setiap hari.  Mukjizatnya banyak dan tidak terhuraikan.  Hanya yang ahli sahaja berhak berhujah mengenai mukjizat surah ini.



"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat".  (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



szi 😊


24 Ogos 2017

Muhasabah Diri | Berhati-hati dengan urusan dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Muhasabah Diri | Berhati-hati dengan urusan dunia


Peringatan buat diri
Biarpun berkali-kali diingatkan
Namun kealpaan seringkali menguasai
Semoga terhapus segala kealpaan

Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana...
HALALNYA DI HISAB
HARAMNYA DI ADZAB



Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak peduli lagi apakah harta yang diperolehinya HAHAL atau HARAM.  (HR Bukhari & Muslim)

sumber:  @quotephotovideo

Terima kasih atas perhatian untuk entri ini Muhasabah Diri | Berhati-hati dengan urusan dunia

szi 😔😔😔

28 Julai 2017

KETABAHAN ITU MEMBERI KEKUATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


🍃 KETABAHAN ITU MEMBERI KEKUATAN 🍃  


🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KEHIDUPAN.

🍃BERTAUBAT lah segera jangan lambatkan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KURNIAAN.

🍃PUJI lah syukur kepada Ar-Rahman.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KETURUNAN.

🍃Ingatlah itu AMANAH Tuhan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri PASANGAN.

🍃Segala KEKURANGAN kita cukupkan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus di beri KESEMPATAN.

🍃Rebutlah GANJARAN yang ALLAH sediakan.

🍃BERSYUKUR lah masih terus diberi KESABARAN.

🍃KETABAHAN itu lah memberi KEKUATAN.


Save Palestine Pray for Al-Aqsha  @quotephotovideo
Save Palestine Pray for Al-Aqsha 
@quotephotovideo


🍃Sesungguhnya kami bersyukur pada MU Ya Allah atas segala rezeki yang Engkau berikan.

🍃Mudah-mudahan kami akan terus hidup dalam kesederhanaan.

🍃Mudah-mudahan juga hidup kami akan diberkati Tuhan.

🍃Inshaa Allah. Allahumma Aamiin Ya Rahman.



Terima kasih kerana membaca entri ini, KETABAHAN ITU MEMBERI KEKUATAN

szi 💖

24 Julai 2017

Adab dan sunnah Nabi s.a.w

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Adab dan sunnah Nabi s.a.w #204


Sebetulnya saya di sini sekadarnya ingin berkongsi apa yang saya perolehi.  Apa-apa saja yang saya fikirkan ianya baik untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini.  Kalaupun anda yang membaca petikan ini pernah membacanya di mana-mana... anggaplah ia sebagai peringatan semula kerana kita ini pernah lupa.

Sejujurnya kita ini sering kali alpa dan sering terlupa.




Anas bin Malik r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda Allah berfirman,

"Wahai anak Adam, sesungguhnya selama mana engkau terus berdoa kepadaKu dan menaruh harapan terhadap (pengampunan) Ku maka Aku akan mengampunimu walau betapa banyak dosa kamu dan Aku tidak akan hiraukan. Mengampunimu bukanlah satu perkara yang berat bagiKu walau banyak mana sekalipun dosamu. Wahai anak Adam, walau dosamu mencecah ke langit sekalipun namun masih engkau memohon keampunan daripadaKu maka tetap Aku akan ampuni kamu dan Aku tidak akan hiraukan." 
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Sumber petikan ini dari telegram @islamitu_indah

Maafkan saya sekiranya petikan ini mengganggu ruang masa anda kerana ianya berulang-ulang dan bukannya datang dari hasil penulisan saya sendiri.



Terima kasih kerana sudi membaca entri ini Adab dan sunnah Nabi s.a.w. 

szi 😔

17 Julai 2017

Waktu dan Jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Waktu dan Jiwa


Alhamdulillah, syukur diberikan kesempatan untuk melakarkan sedikit lagi ingatan buat diri sendiri. Bersyukur juga kerana masih ada peluang untuk menitipkan sesuatu di kanvas ini.  Semoga sedikit masa yang dicuri ini dapat memberikan sedikit pulangan untuk bekal hidup sepanjang hayat di sana kelak.

Waktu dan Jiwa


"Waktu ibarat pedang, jika engkau tidak menebasnya maka ialah yang akan menebasmu. Dan jiwamu jika tidak kau sibukkan di dalam kebenaran maka ia akan menyibukkanmu dalam kebatilan"  (Imam Syafi'i)

Kita mungkin seringkali terbabas dengan ruang masa yang kita ada.  Ambil masa sempurnakan agihan masa... supaya terus berada di landasan waktu yang diredhai Allah.


szi.😌

18 Oktober 2016

Manusia yang sebenar-benar bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Manusia yang sebenar-benar bijak



Manusia bijak


Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,

"Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati.
Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai."

Wallahu a'lam.


Terima kasih baca enti ini, Manusia yang sebenar-sebenar bijak

09 Oktober 2016

Pastikan dia adalah kamu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pastikan dia adalah kamu




Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. 
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. 
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu.
(Syeikh Abu Al-A'la al-Maududi)


Terima kasih baca entri ini, Pastikan dia adalah kamu
^-^

27 September 2016

Hidup ini terlalu singkat

Hidup ini terlalu singkat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hidup ini terlalu singkat.  Masa yang berlalu juga semakin deras.  Sedangkan kita semakin sarat dengan urusan dunaiwi.  Sedangkan bekal akhirat belum penuh terisi.  Bekal yang kanan atau yang kiri.





"Hidup kita terlalu singkat, it's a very short while of time. 50-60 tahun dulu kita tidak wujud pun dalam dunia ini, dan 50-60 tahun akan datang kita juga sudah tiada di dunia ini, Kehidupan di dunia ini hanyalah mimpi, dan kita akan tersedar bila malaikat maut merentap nyawa dari kerongkong. "(USTAZ IQBAL ZAIN AL JAUHARI)


Terima kasih baca entri ini, Hidup ini terlalu singkat.

21 September 2016

Bila kita tidak punya apa-apa

Bila kita tidak punya apa-apa 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kita tidak punya apa-apa bila kita sendiri rasakan begitu.






Bila kita tak punya apa-apa.

Tiada harta, tiada sanjungan manusia atau apa jua perhiasan dunia.

Itu bukan bermakna kita tiada apa-apa.

Cukuplah bila punyai Allah yang Maha Kaya.

Itu sudah buat kita rasa tenang dan bahagia.



Terima kasih baca entri ini, Kita tidak punya apa-apa

19 September 2016

Sekiranya kita rasa berat

Sekiranya kita rasa berat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekiranya kita rasa berat bukan sahaja kerana badan kita yang berat tetapi kerana hati kita yang rasa berat.  Betul tak?  Berat kerana malas dan berat kerana ikut hati.  Bukan nak kata orang lain, penulis sendiri juga sering mengalami perasaan ini.... berat hati.  

Kita perlu berubah untuk tidak lagi berat dalam melakukan kebaikan terutama kebaikan yang akan menjaga kita ketika dalam kesusahan dan kerisauan.


Sekiranya kita rasa berat

Sekiranya kita rasa berat


Sekiranya kita rasa berat untuk membaca Al Quran, maka ringankan dirimu membaca surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali sehari, nanti Insha Allah dipermudahkan dirimu membaca Al Quran. 
(Ustaz Mustaffa Kamal)


Terima kasih baca entri ini, Sekiranya kita rasa berat

12 September 2016

Gunakan dengan jalan betul

Gunakan dengan jalan betul


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gunakan dengan jalan betul supaya kelak kita tidak rugi. Rugi dahulu pendapatan rugi kemudian tiada gunanya.




"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu." (An-Nisā':29)


Salam Aidil Adha, selamat menjalani ibadah korban.


Terima kasih baca entri ini, Gunakan dengan jalan betul.
posted from Bloggeroid

11 September 2016

Muhasabah diri

Muhasabah diri


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Muhasabah diri, semoga kita punya keinginan kita untuk terus berbuat baik dan disusuli dengan istiqamah.




"Apabila sudah tiada keinginan untuk berbuat kebaikan. Cukuplah itu, sebagai musibah dan bala, yang menimpa, kepada dirimu." Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad.



Terima kasih baca entri ini, Muhasabah diri
posted from Bloggeroid

09 September 2016

Antara sehelai daun dan angin kencang

Antara sehelai daun dan angin kencang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara sehelai daun dan angin kencang, kita tidak tahu apa-apa yang tersirat disebaliknya termasuklah orang yang menulis ini.  Ada kalanya sehelai daun itu mampu gugur sendiri dari rantingnya walaupun sekadar angin sepoi-sepoi bahasa.  Pun begitu, ada juga sehelai daun mampu bertahan biarpun ditiup angin kencang yang hadirnya bertalu-talu.

Namun, setiap yang gugur akan ada penggantinya...





Tidaklah gugur sehelai daun itu jika disebabkan angin yang kencang, begitu juga dengan ukhwah. Ada masanya kita bersengketa, namun bukanlah ia satu hal untuk persengketaan terus berlaku kerana seperti pokok, akan tumbuh juga daun yang baharu menghijau. Jadi, berdamailah antara dua dan membentuk ukhwah yang lebih indah dan bermakna daripada yang dahulu.

Berdamailah...

– Orang Tua Kazakhstan


Terima kasih baca entri ini, Antara sehelai daun dan angin kencang.
posted from Bloggeroid

07 September 2016

Zalim pada diri sendiri

Zalim pada diri sendiri



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Zalim pada diri sendiri

Malu bila orang pandang kita alim.

Tapi hakikatnya, kita masih zalim.

Zalim pada diri sendiri dan buat dosa tak henti 😔




#Kita perlu lakukan sesuatu supaya tidak zalim kepada diri kita sendiri.


Terima kasih baca entri ini, Zalim pada diri sendiri.
posted from Bloggeroid

03 September 2016

Makna Kemerdekaan Sebenar

Makna Kemerdekaan Sebenar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Makna kemerdekaan sebenar untuk kita selami dan hayati.  

Makna Kemerdekaan Sebenar
Makna Kemerdekaan Sebenar


Kemerdekaan sebenar ialah bebasnya hati daripada penjajahan hawa nafsu dan syaitan yang memperalatkan dunia agar manusia tidak menjadi hamba Allah dan khalifah yang menegakkan hukum Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara!

Penjajah sudah lama meninggalkan kita, tetapi kerana hati dan fikiran masih terjajah oleh hawa nafsu dan syaitan, maka cara hidup penjajah terus berakar umbi dalam sistem hidup kita.

(Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)


Terima kasih baca entri ini, Makna Kemerdekaan sebenar.

02 September 2016

Pilihan antara derita atau sutera

Pilihan antara derita atau sutera


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pilihan antara derita atau sutera

Sungguh, aku lebih suka menderita penyakit kulit daripada memakai pakaian dari sutera.
(Ibnu Muhairiz)





Terima kasih baca entri ini, Pilihan antara derita atau sutera.

01 September 2016

Biarlah Iman Berbicara

Biarlah Iman Berbicara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarlah Iman Berbicara adalah ringkasan daripada tajuk penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Biarlah Iman Yang Terus Berbicara. Petikan entri berkenaan disalin semula oleh YB, mudah-mudahan mendapat tempat di hari kita dan dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian.  Wallahu a'lam.


Biarlah Iman Berbicara
Biarlah Iman Berbicara

🌹Adakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu. Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur. Di mana dan ke mana hendak dibawa hati? Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi.

🌹Hanya kita.. hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri. Hati bertanya, mengapa sekuat ini Allah menduga ku? Mengapa seganas ini ombak yang diutus untuk menghempas pantai jiwa ku?

🌹Ingatlah, walau sekuat manapun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman. Kita ini hamba Allah. Dan ujian itu sesungguh ‘utusan’Nya. Ia adalah satu panggilan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepadaNya.

❤️Ust Pahrol Mohamad Juoi - BIARLAH IMAN YANG TERUS BERBICARA❤️


Terima kasih baca entri ini, Biarlah Iman Berbicara


30 Ogos 2016

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang bukan untuk membandingkan kekurangan kita tetapi untuk menilai sejauh mana kebaikan berbanding kebaikan yang dilakukan orang lain. Jangan sampai kita salah faham atau salah anggap dengan melihat kelebihan orang lain dari segi perkara mazmuzah; perkara yang tidak baik.


Lihat kekurangan diri


Tengok sentiasa kekurangan diri dan kelebihan yang ada pada orang. Maka baru kita akan melihat kalau diri kita itu  memasuki pintu tawaduk. Orang itu dikatakan tawaduk, apabila dia melihat dirinya tidak ada nilai, melihat dirinya lebih hina dan lebih rendah daripada orang lain.  
(Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid)



Terima kasih baca entri ini, Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang 

29 Ogos 2016

Syurga tidak terima orang sombong

Syurga tidak terima orang sombong



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syurga tidak terima orang sombong. Dan orang sombong pun tak kenal apa itu syurga. 

Ciri orang sombong ialah 'malas' memberi salam. Dia lebih suka menjawab salam berbanding memberi. Orang yang sayang Rasulullah, dia akan bersikap seperti Rasulullah. Rasulullah adalah seorang manusia yang 'paling cepat' beri salam kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau muda, kaya atau miskin.

Hasil carian imej untuk salam

Sampaikan sahabat Rasulullah jika nak jumpa Rasulullah ada yang bersembunyi di sebalik pepohon atau kayu atau apa-apa saja tempat persembunyian sebab apa ? 
Sebab nak jadi orang pertama yang beri salam. 
Tapi sebaik saja sahabat munculkan diri, Rasullulah terus lafaz Assalamualaikum Ya Sahabat. 
Belum sampai satu saat, baru sahabat nak buka mulut bagi salam tapi Nabi dah bagi dulu. 
Malu sahabat-sahabat Nabi bila bertemu dengan baginda sampai ada yang sanggup bersembunyi sebab nak jadi orang pertama bagi salam.


#copypaste


Terima kasih baca entri ini, Syurga tidak terima orang sombong