Antara sehelai daun dan angin kencang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Antara sehelai daun dan angin kencang, kita tidak tahu apa-apa yang tersirat disebaliknya termasuklah orang yang menulis ini. Ada kalanya sehelai daun itu mampu gugur sendiri dari rantingnya walaupun sekadar angin sepoi-sepoi bahasa. Pun begitu, ada juga sehelai daun mampu bertahan biarpun ditiup angin kencang yang hadirnya bertalu-talu.
Namun, setiap yang gugur akan ada penggantinya...
Tidaklah gugur sehelai daun itu jika disebabkan angin yang kencang, begitu juga dengan ukhwah. Ada masanya kita bersengketa, namun bukanlah ia satu hal untuk persengketaan terus berlaku kerana seperti pokok, akan tumbuh juga daun yang baharu menghijau. Jadi, berdamailah antara dua dan membentuk ukhwah yang lebih indah dan bermakna daripada yang dahulu.
ㅤ
Berdamailah...
ㅤ
– Orang Tua Kazakhstan
Terima kasih baca entri ini, Antara sehelai daun dan angin kencang.
posted from Bloggeroid
First time dengar ni. Antara sehelai daun dan angin kencang
BalasPadam