Pageviews

Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

23 Disember 2013

Dia suka belon dan bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dia memang suka belon dan bola.  Entah sudah berapa biji belon sudah berjaya dipecahkan.  Termasuk juga bola plastik.

Pernah satu hari beli dua biji bola plastik .. versi kanak-kanak la.  Ayah yang beria-ia sangat nak beli, kalau ikut umi memang tak layan dah.  Entah mengapa ayah kata dia cair bila anaknya merayu minta dibelikan mainan.  Ayah?!!!  Umi memang dah tak kuasa nak layan.

Tak ingat pula berapa hari belon kuning dan belon pink itu bertahan.  Adakah patut dicucuknya belon-belon tu dengan pensil... katanya nak tengok isi kat dalam.

Budak-budak... nak kata pelik memang dah begitu sifatnya kan...

Ayah pun dah tak terkata apa... mula-mula macam marah... tetapi dengar khabarnya si anak 'bodek' ayah sekali lagi nak beli belon ..... terpulang lah kat ayah...

Hari Sabtu lepas kami menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara ayahnya di Sitiawan.

Kalau ikutkan gelagat anak-anak memang umi dah tak segan... sebabnya memang anak-anak macam tu...  cuma umi mengharapkan jangan lah sampai jatuh atau rosak apa-apa barang yang berharga.


Tengoklah turutan gambar-gambar di bawah ni.... Umi suruh naik ke atas pentas nak tangkap gambar. Tetapi mereka berdua memang tak pandai posing... sudahnya umi dapat tangkap gambar 'candid' saja. :)



Mula-mula naik mata dah tenang kat benda alah tu.... geram sungguh rasanya... dah suruh ketengah sikit asyik... takmau..



Tengok... eiiii dicuit juga benda alah tu... nasib tak koyak atau pecah...



Dah kena jerit ... woi.. bukanlah kuat sangat... jerit manja gitu... barulah nak ke tengah sikit.

Lepas ni dan tak tau sampai bila... pasti akan diminta juga mana-mana belon yang dok bergayut depan kedai mainan.  Yang tak tahannya jeritannya ... memanglah... kalau tak berpaling semua orang memang bukan dia.

Kerenah anak-anak masa kecil... boleh lagi tahan kan... bila dah besar sikit...mudah-mudahan tidaklah sampai menyakitkan hati umi dan ayah.... boleh kan???


suka duka pentas dunia



01 Disember 2013

Dah faham konsep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Abid sekarang ni sudah memahami beberapa konsep asas. Antaranya seperti tertera pada gambar di atas.

Bekas tu pemberian MIL semalam. Asalnya berisi gula-gula MIL dapat dari kenduri di kampung. Gula-gula sudahpun diselamat abang dan kakaknya. Tinggal bekas kosong.

Umi saja masukkan kiub kecil dalam bekas tu... datang abid bawa penutup dan ditutupnya. Dah pandai lah ...

Adakah kepandaiannya ada kaitan dengan demamnya 2-3 hari lepas? Umi sendiri tak tahu... yang pastinya orang tua-tua akan mengaitkan demam atau ragam anak kecil ada kaitan dengan sesuatu penambahbaikan seperti nak dapat baju baru, nak berjalan, nak tumbuh gigi, nak bercakap atau paling kuat sangat mitosnya adalah nak dapat adik... ohhhh tidak!!!!

Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

28 November 2013

Durian untuk sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa agak lewat sikit.  Peristiwa pagi tadi baru nak cerita tengahari ini.  

Apa kesah... kan ini blog caca marba... :P

Petang semalam ayah (encik suami .. tak boleh panggil abang depan anak-anak nanti mereka pun ikut sama ehhh) bawa balik durian.  Katanya beli dari kawan kat pejabat 4 biji RM24.00.  Mahal ke tidak dah tak berapa nak faham sekarang ni sebab banyak sangat versi harga durian.

Durian ini bukanlah durian versi musang king atau D24 tetapi durian dari kampung.

ada rupa kucing tidur??

bila fokus dekat sikit... ada lah rupa sikit kan?


Si 'Gebus' ini lah yang pagi-pagi lagi celik mata nampak bauh durian kat luar... terus suruh umi buka durian... nak makan.  Tak payah susah-susah bagi alasan 'pagi-pagi tak boleh makan durian'  tak laku punya... memang tak makan pujuk.  Tunggulah nanti suruh ayah kopek.


Ayah memang sporting habis... sebab ayah sendiri pun memang nak makan kan???
Si 'gebus' ni bersemangat nak makan bukan kepalang lagi... dah buka... baru makan seulas pun tak habis dah tak nak... hai anak anak...

si kakak pun tumpang 'setangan' makan durian jugak.. boleh habis ker...kakak makan habis punya.

Bukan jer anak-anak, umi dan ayah pun tumpang sama makan durian pagi-pagi... buat sarapan.

Agak-agak petang ni sempat tak nak buat kuah durian... tak pun aiskrim durian.  Tunggu dan lihat sajalah bila umi balik kerja nanti tengok apa jadi?


suka duka pentas dunia


27 November 2013

Cerita bergambar kisah anak bongsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


















sebahagian dari ragam budak kena demam campak...


suka duka pentas dunia

11 November 2013

Gelagat ketika Idola Kecil 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam sedar dengan tidak Idola Kecil November 2013 dah masuk musim ke enam.

Sesekali pernah juga dengar luahan anak2 nak masuk Idola Kecil tapi buat tak tahu jer. Malas nak bagi perhatian sangat. Cukuplah sekadar tengok jer... tak payahlah masuk jadi peserta.




Inilah antara gelagat mereka. Entah.... semoga tidak berpanjangan aksi macam tu...


*p/s ini adalah entry terlewat yang disimpan dalan draf... baru hari ni teringat nak publish... =]

Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

06 November 2013

Mencari semalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Operasi mencari pokok yang pemalu di hujung padang.


















Akhirnya semalu yang pemalu ditemui.



suka duka pentas dunia



08 Oktober 2013

Selamat hari ulang tahun ke-7 | Muhammad Alif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Muhammad Alif
Allah selamatkan kamu

Panjang umurnya
Panjang umurnya
Panjang umurnya serta mulia

Biasakan dengan rentetan lagu di atas?  
Itulah antara petikan lagu ditujukan khusus buat Muhammad Alif bin Ahmad Kamal.

Terlambat sikit buat entry untuk Alif hari ini...


Hari ini kan Hari ulang tahun kelahiran Alif yang ke-7.  Baru tujuh tahun umurnya.


Muhammad Alif.  Permintaanya untuk ulang tahun kali ini tidak banyak hanya satu iaitu Nasi Ayam "Chicken Rice Shop".

Boleh lah...nanti kita celebrate kat sana yer... ala dekat depan rumah jew

Mood umi hari ini tak berapa nak menjadi...
Buat entri pun macam hidup segan mati tak mahu..
huhuhuu... memang tak mahu matikan lagi blog nie... 
masih banyak benda yang nak dibuat.

^-^

suka duka pentas dunia


06 Oktober 2013

Disebalik ungkapan Asane Asada Asakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Melalui blog ini aye ini katakan bahawa perkataan Asane Asada dan Asakan bukanlah perkataan dari Jepun, Korea atau yang seangkatan dengannya. Tetapi seandainya ada ianya adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.


ini adalah pengasah pensil dan pensil yang telah diasah.

Idea menulis entri ini bertajukkan Asane Asada Asakan adalah kerana objek di atas, iaitu pengasah dan  pensil.


Inas Insyirah dan pensil yang telah diasah.

Apa pula kaitan antara pengasah pensil dengan gambar Inas di atas dan dibawah berikutnya?




Kaitannya adalah Inas meminta umi mengasah pensilnya dan antara ungkapan pertama yang disebutnya adalah "Umi! Asane".  Yang sebenarnya bermaksud "Umi, asah ni" (pensil yang sudah tumpul).



Bila dah siap umi asah pensil tu.  Inas kata "Umi asada pensil ni?".  Bila umi tak jawab Inas tanya lagi "Umi asakan pensil nie?" Bila umi jawab sudah, baru Inas happy.  Maksudnya "Umi asah dah pensil ni?".  Lagi satu "Umi asahkan pensil ni ker?"

Walaupun sekadar anak kecil, ungkapan yang disebutnya sekirany tidak betul silalah betulkan jangan biarkan dia bertutur dengan kata yang pelat atau kita mengikut dia menjadi pelat.

Sekianlah aktiviti bahasa bersama anak-anak untuk hujung minggu ini.

suka duka pentas dunia


Empat dalam satu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Anak-anak cahaya mata penyeri jiwa penyejuk kalbu

Dah tiada apa nak dikesahkan maka inilah gambar empat dalam satu untuk hari ini.

Tidak mudah sebenarnya nak dapatkan mereka duduk diam untuk bergambar.  Seorang diam, dua lagi buat aksi, bila tiga orang diam seorang lagi bergerak.  Pilih punya pilih.... hanya ini gambar yang terbaik untuk hari ini... 

Sila abaikan corak dan lakaran di dinding belakang mereka.  Itu semua adalah hasil karya yang sentiasa bertambah selagi mereka belum puas menghadap dinding.  

Hanya yang besar memahami dinding tak cantik dah comot.  Baru mereka tahu.  Okey siapa yang mulakan dulu?  

Corak di dinding itu bakal dihapuskan sejurus yang kecil sekali mula memahami erti cantiknya dinding yang dicat cantik tanpa lakaran tiada tajuk.

Okeylah sekian dulu untuk hari ini.



Rumahku syurgaku.  suka duka pentas dunia


04 Oktober 2013

Kepentingan menuntut ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Wahai anak-anakku! Tuntutlah ilmu! Sesungguhnya, walaupun kini kalian masih kecil, kelak kalian akan menjadi orang-orang besar. Adakah yang lebih buruk daripada seorang yang sudah tua renta lagi bodoh?
('Urwah bin az-Zubair)

Bila manik dijadikan masakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Idea bila nak menulis bukan kira siang atau malam.  Tak kira juga subjek yang hendak diceritakan.

Oleh kerana kerja-kerja menjahit manik terganggu maka gangguan itu menjadi subjek dalam cerita. Hmmm... macam tak berapa sesuai pulak nak buat intro. Tapi tak per lah nanti idea hilang melayang.

Al kisah lah kan, hujung minggu lepas aye telah belajar menjahit manik.  Tak malu nak cerita memang baru belajar.  Bila dah belajar dengan guru barulah ada semangat dan idea nak jahit manik sendiri tak de lah nanti nak beli atau tempah kat luar.  Zaman ekonomi yang tak berapa nak stabil kena pandai cari peluang dan ruang untuk berjimat cermat.  Walaupun tak perlu beli baju bermanik untuk berjimat tapi kalau dah teringin apa salahnya mencuba kan?

Okey okey... dah melalut pulak yer.  Terus kepada jalan cerita.

Oleh kerana masa untuk menjahit manik agak terhad maka masa yang ada hanyalah waktu malam sebelum tidur dengan harapan setelah anak-anak semua dah tidur bolehlah umi mulakan operasi.  Tunggu punya tunggu .... yang tiga orang dah tidur tinggal lagi sorang ni liat betul... itulah Inas Insyirah si 'jejari runcing yang dah montok' .... apa nak buat tangan ni dah gatal nak menjahit manik... tinggal lagi satu sudut tak siap.  di gagahkan semangat operasi menjahit manik pun dimulakan dengan harapan gangguan adalah minima.

Permulaan operasi agak lancar juga... kerana Inas tak berapa nak kisah sangat... tetapi tak berapa lama kemudian belum pun sempat habis rangka bunga... dah mula.

Main masak-masak pula dengan manik tu... mula-mula satu bekas saja tak ganggu bekas lain.  Kemudian merebak pula ke bekas satu lagi... nak masak maknik katanya... 'Masak lah anak oi'... tak lama kemudian... bertambah lagi 'periuk' nak masak... sabar lagi.

Akhirnya... nah kau jadi bahan dalam blog kali ini. Bangun ambil telefon (kawan baik hehehe) buat-buat nak telefon ayah... kalau tahu nak tangkap gambar... dia tak suka.  Dapatlah rakam beberapa keping gambar... sehingga dia perasan... stop dulu.

Ini pula cerita bergambar.  Tau... korang bukannya baca sangat cerita merapu kat atas tu...


sesi pertama... goyang-goyang!!


sesi kedua... tambah lagi bahan... baru boleh masak sedap2



tambah lagi... bahan lain pula.



sesi ketiga... kacau-kacau biar sebati



hanya ini yang sempat umi siapkan.  bila bekas manik umi dah disambar jadi bekas 'ketiaw'.... huhuhu


ini adalah corak jahitan manik yang sempat disiapkan terlebih dahulu...memang mencabar.



dan... inilah hasilnya campuran manik yang dijadikan bahan masakan...
Nampak gayanya umi kena sisih lah pulak manik-manik nie... oh tidak!!!!!
macam cerita musang berjanggut pulak.



Anak-anak kan.... kalau dilarang lagi dibuat, bila disuruh bertambah laju pulak nak buat. So, larangan biar berhemah...

Selamat lah kau anak.

Sekian adanya... nak sisih manik ni pulak...  :P


02 Oktober 2013

Jauhi sifat malas dan mengeluh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pesanan untuk anak-anak dan ingatan buat diri sendiri.


pilihan yang terbaik ada di tangan masing-masing.  Gambar hiasan

Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, karena sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu.
(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

26 September 2013

Apabila Abid demam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Abid dan keluarga!


Sekarang memang musim penyakit ke?

Entah tak tahu lah.  Abid tu asyik demam, kejap kejap selsema dan sekarang tambah pula dengan batuk-batuk.

Tak bawa ke klinik?

Dah bawa malam tadi.  Doktor kata demam biasa jer.  Doktor bagi ubat batuk, selsema dan demam.

Kesian Abid.  Banyaknya nak makan ubat.  Sekarang ni dah pandai... menjerit-jerit tak nak makan ubat... Jangan bimbang... umi usahakan juga supaya Abid dapat makan ubat :D

Okey... boleh tak cakap macam ni kat anak?

Kalau tak nak makan ubat ... jangan demam!

Parah betul la...


25 September 2013

Hari Rabu Tanpa Kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Baguskan ada istilah 'Hari Rabu Tanpa Kata'.  Boleh bagi peluang kepada blogger yang malas nak tulis atau tiada idea sangat-sangat tetapi nak juga buat entry... buatlah entry yang ringkas tanpa banyak kata atau langsung tiada kata-kata hanya gambar sahaja.

Beginilah hasilnya bila setiap hari Rabu. :D

Mainan untuk Abid?
Apa saja asalkan duduk diam
Boleh umi bersiap dengan aman :P



Inas nak tidur
Kakak dodoikan yer
Nak kakak dodoi ke nak kakak pok?
Cepat-cepat pejam mata :P



Boleh la kan... kisah ringkas di hari Rabu.


Terima kasih.


18 September 2013

Satu pagi di Taman Tasik UTP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Oleh kerana hari ini hari Rabu, maka aye YangBaik berhasrat untuk tidak berkata (menulis) banyak sebaliknya dipamerkan di sini gambar-gambar sekitar sesi riadah di Taman Tasik Universiti Teknologi Petronas.

Biasan!



Jalan mana harus di pilih?



Langkah yang terhenti seharusnya dimulakan segera.



Indahnya suasana pagi



Imej misteri


Kanak-kanak dan taman permainan tidak dapat dipisahkan



Mengapa cepat sangat nak balik?  Saya nak main lagi laaaa



Bunga Raya bunga kebangsaan Malaysia bersama dua dara pingitan.


Sekian adanya celoteh ringkas.  Semoga gambar-gambar di atas mampu memberi makna kepada kehidupan.

Terima kasih.



16 September 2013

Tutti Frutti kini berhampiran rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah blogger wanita bajet mak-mak ni selalu lah juga jadi tukang promosi percuma bagi sebarang aktiviti dan keluaran terbaru di kawasan sekitarnya.

Betulkan?

Tutti Frutti sekarang baru saja menjejakkan tapaknya di Bandar Seri Iskandar.  Tak pula ingat dengan tepat tarikh perasmian pembukaan.  Kerana pada hari perasmiannya... sangatlah sibuk tak sempat singgah.  Yang terperasan hanyalah khemah di depan deretan bangunan kedai... dengar khabarnya Tutti Frutti dah buka di Seri Iskandar.

Jom Terjah!

Di ofis kawan-kawan dah mula bercerita.  Macam-macam antara benar atau tidak percaya atau tidak cuba sendiri.

Di rumah pula anak-anak asyik menggoda.  Apa tidaknya kawan-kawan sekolah dah mula mercerita.... tambahan pula beberapa hari sudah terjumpa mangkuk kertas Tutti Frutti depan rumah... agaknya malam tadi mereka yang 'take-away' ni makan dalam kereta masa perjalanan balik rumah,,,tak nampak tong sampah lalu tercampak dengan pagar rumah... Sabar jer lah.

Biarlah mereka dengan kerenah mereka...

Apalagi dengan kesempatan yang ada tak kiralah balik ofis lambat ker.... demi memenuhi impian dan hasrat anak-anak, maka berkorban masa jugalah.

Nak cerita tentang masa memang semua orang diberi masa yang cukup.  Nak bercerita mengenai wang ringgit... memang tak semua orang mempunyai kuasa beli yang sama.  Sementara masih ada masa dan duit yang cukup belilah seadanya... Semoga anak-anak berpuas hati dan tidak lagi menderita kerana tidak dapat makan tutti frutti.. menderitalah sangat!!!


Nikmati Tutti Frutti di rumah... lebih aman tak yah nak jaga sangat tertib.  Cedok jer masuk mangkuk, pilih tempat duduk yang selesa... nak bersila ker nak bertimpuh atau duduk atas kerusi boleh saja... Santai jer


Semoga anak-anak akan bergembira dan berbahagia dengan 'hadiah' ini.

Eh... memang tiada gambar anak-anak makan tutti frutti, sebab di rumah kan... biarlah mereka dengan kebebasan mereka... tak mahu ganggu. :D

Tutti Frutti Frozen Yogurt kini berhampiran rumah dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Terima kasih.