Pageviews

01 Ogos 2011

Sunnah Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam Ramadan al mubarak, Semoga beroleh keberkatan dan kebahagiaan

Berkongsi artikel berkaitan sunnah ketika berpuasa.  Setelah seharian menjalani ibadah wajib, maka ketika berbuka tambahlah dengan perkara sunnah agar dapat gandaan pahala sepanjang Ramadhan ini.

Antara perkara sunnah ketika hendak berbuka puasa iaitu:

1. Banyakkan berdoa, dalilnya :
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah, hadith hasan)
Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat.

2. Doa Nabi SAW ketika berdoa, dalilnya :
رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَقْبِضُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَيَقْطَعُ مَا زَادَ عَلَى الْكَفِّ وَقَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ :
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Marwan bin Salim Al-Muqaffa' (seorang Tabiin) pernah berkata: Saya melihat Ibn Umar (Sahabat Nabi) menggenggam janggutnya dan memotong janggut yang melebihi telapak tangan (sunnah menyimpan janggut adalah secekak). Kemudian beliau berkata: Dahulu Rasulullah SAW apabila berbuka puasa baginda mengucapkan: DZAHABAZH ZHAMAA`U WABTALLATIL 'URUUQU WA TSABATIL AJRU IN SYAA-ALLAAH “Telah hilang dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah”. (Riwayat Abu Daud, hadith hasan)

3. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
أَفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمْ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمْ الْمَلَائِكَةُ

“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, hadith sahih)


Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berbuka puasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.
Baraka Allahu fiekum...
~~~~~~~~~~
Jazakallahhu khair buat Ustaz Wan Kamal Nadzif W Jamil, CITU, UiTM Perak
**********

Ramadan yang bakal tiba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hanya beberapa hari lagi, Ramadhan bakal menjelma.  Sehingga kini apakah persiapan yang sudah dilakukan bagi menyambut keberkatan bulan nan mulia itu?

Sebagai ingatan buat diri...

Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:



Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bukan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.

[Hadith riwayat al-Nasaai]


Baca catatan seterusnya di SINI.

Semoga bermanfaat.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. 

1 Ramadan 1432 | 1 Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.  Semoga dikurniakan kerahmatan dan kesejahteraan di sepanjang bulan Ramadhan ini.  Semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita.  Semoga Ramadhan ini memberi penuh makna dalam kehidupan kita.  Semoga Ramadhan ini dapat kita lalui dengan sempurna.

#Cerita bersahur ahli keluarga pula:
Jam 4.00 pagi, semua ahli keluarga bangun, mula dari Inas Insyirah yang berusia 7 bulan sehingga lah Alif yang berusia 5 tahun.  Cukup jam 6.00 pagi, tidur semula.... Ujian pertama di bulan Ramadhan 1432...


Sekian, salam Ramadhan.