As salam
Tiba-tiba la pulak teringin nak makan kueh cara. Tak ingat tengok iklan apa kah yang menyebab keinginan itu datang membuak-buak. Dah lama sangat tak buat kueh cara. Setiap kali buka kabinet dapur terlihat acuan kueh cara tak pula terasa nak buat. Teringat juga bulan puasa lepas beli kueh cara manis untuk berbuka ... tapi rasanya kurang memuaskan. Mulalah rasa baik buat sendiri jer kalau tak sedap pun memang air tangan sendiri tetapi bila beli... rasanya tak sedap dan kurang memuaskan memang tak puas hati. Malam tadi minta tolong encik suami belikan tepung gandum. Encik suami memang tak berapa suka nak susahkan orang rumahnya tambah bila dah sarat macam ni. Katanya 'kesian' kena buat kerja rumah dah lah kat ofispun banyak kerja. Tak per lah bang... kerja tetap kerja tetapi bab makan bila dah nak buat kena buat ler... nanti meleleh plak air liur.
Panjang lebar pula ceritanya. Berbalik kepada cerita kueh cara berlauk... bangun pagi ingat nak buat lauk sardin jer tapi dah daging rusa balance bulan puasa hari tu ada sikit lagi... buat lauk daging rusa pulak lah... lain sikit kan. Jom kita layan resepinya.
Bahan untuk kueh:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan
3 mangkuk air
secubit garam (secukup rasa sebenarnya)
serbuk kunyit
cara buat: yangbaik bukan derhaka yer tetapi saja nak cuba. Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender (hadiah kahwin. hehehe) dan blend sampai sebati... senang kan? lepas blend masukkan dalam besen atau jug kecil untuk mudah tuang ke dalam acuan.
setelah lauk siap. panaskan acuan sapu minyak sebaiknya guna daun pandan yang diikat. setelah acuan benar-benar panas tuang bancuhan kueh dan diikuti dengan lauk. tutup acuan.
kueh akan mudah dikeluarkan dari acuan sekiranya ia telah masak.
Bahan untuk lauk:
1 mangkuk daging rusa di cincang halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji kentang (sederhana) dipotong dadu kecil - jika suka boleh tukar dengan karot
1 sudu besar rempah kari daging
garam
air
minyak untuk menumis
cara membuat:
1. panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2. masukkan rempah kari, tumis hingga naik bau.
3. masukkan daging rusa dan ubi kentang, gaul hingga sebati dan biarkan sehingga air daging kering.
4. masukkan air ~ anggaran 3 cawan, diikuti dengan garam.
5. masak sehingga daging dan ubi kentang empuk. angkat
'suka duka pentas dunia'
Pageviews
Memaparkan catatan dengan label Kueh Cara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kueh Cara. Papar semua catatan
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
Hadis Nabi
1Malaysia
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
manusia
1Dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
minuman
Cuti Umum
Kursus
Nasihat Kehidupan
UiTM
Buku
Jiran Tetangga
Surah
Fesyen
Google
Pendidikan
Top Komentator
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Hadis
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Zakat
Cerpen/Novel
Hari Pekerja
Hiburan
Kelab Suami Isteri
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
wallpaper
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Iftar
Pageviews
Pengurusan Acara
Top entri
Trafik Organik
CopyPaste
Emosi
Global
Hadis Palsu
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kesihatan Mental
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
catatann