FOLLOWER

15 September 2016

Kenapa baca blog?

Kenapa baca blog?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa baca blog? Kerana zaman sekarang blog dan buku atau majalah sudah seiring.  Lebih-lebih lagi dengan telefon pintar yang sentiasa melekat di tangan.  Seperti juga akak YB yang dulunya menulis blog untuk suka-suka, tak sangka pula boleh ada peminat ... ewahhh ada ke?  Ada kan? Ramai juga yang minat dengan blog YB ni rupanya.  Ada juga yang rajin tinggalkan pesan dan tidak kurang juga sekadar singgah baca.  Mungkin juga sukar untuk meninggalkan komentar.

Okey... akak semakin lari topik pula. Sikit lagi nak sembang sikit.  Pengaruh blogger juga memainkan peranan mengapa blog itu menjadi pilihan dan sentiasa mendapat kunjungan ramai.  Lihat saja blogger otai seperti Denaihati, Emas Putih dan Ben Ashaari.  Tidak kurang juga blogger yang disebut sebagai blogger jutawan sedikit masa dulu iaitu Red Mummy.  Kebanyakan blog otai ini menjadi contoh dan teladan kepada blogger baru.


Header Blog YangBaik 2015


Kenapa baca blog?


1.  Untuk membuat pembelian.  Terdapat blog yang menjual secara atas talian.  Banyak weh, akak tidak pula dapat senaraikan satu persatu tetapi blog-blog yang membuat jualan atas talian ini memang banyak, cari saja guna khidmat googgle atau yahoo.... semuanya ada di hujung jari.

Semakin ramai antara kita yang suka membeli secara online dengan kemudahan perbankan atas talian yang semakin mudah serta disokong khidmat penghantaran seperti Pos Malaysia.  Dua entiti ini sentiasa menaiktaraf perkhidmatan yang diberikan seiring dengan kehendak semasa.

2.  Untuk mendapat maklumat terkini.  Walla, blog juga dah seperti 'newspaper' atau buletin utama.  Kadang-kadang maklumat yang disebarkan di blog itu lebih cepat dan mudah diperolehi.  Tidak perlu menunggu esok atau malam nanti.  

Dengan itu, adalah penting untuk rakan blogger sentiasa menulis perkara yang benar untuk dibaca. Bukan sekadar berita peribadi tetapi  berita umum untuk pengetahuan dan maklumat orang ramai.


Bahan rujukan


Begitulah antara sebab mengapa blog kini mendapat tempat sebagai bahan rujukan.  Dari masa ke semasa blog sentiasa menyiarkan maklumat dan berita terkini sama ada maklumat dalam perniagaan, hiburan, isu semasa atau isu antarabangsa.  

Semoga sedikit sebanyak bahan yang dipaparkan dapat memberikan panduan kepada rakan blogger untuk menulis secara berhemah dan tidak semata-mata untuk mendapatkan nama atau mendapat perhatian tanpa menghirau sensitiviti semasa.

Sekian adanya.  Apa pula sebab korang baca blog akak YB nie... cuba kongsi sikit.  Boleh akak YB update kat mana patut. :D


Terima kasih baca entri ini, Kenapa baca blog?

6 ulasan:

  1. Salam.... Sekadar singgah sambil blogwalking di blog yg saya following google.

    Apapun..,, blog memainkan peranan yang penting dalam menyiarkan berita terkini dan semasa walaupun dah ada akhbar online.

    Blog banyak yang buat review tentang produk, mungkin untuk berada tempat di muka surat pertama di google carian.

    BalasPadam
  2. Wow... kupasan yang menarik. Terima kasih TSF

    BalasPadam
  3. Saya pun suka baca blog2 yg memberi info2 semasa. Kdg2 tu suka juga terjah blog resepi..hihi..

    BalasPadam
  4. SBB byk entry2 yg menambah ilmu ilmu am,tempat2 menarik,,isu semasa,:D

    BalasPadam
  5. Suka baca pengalaman orang especially yang jadikan blog tempat sebagai diari tak rasmi mereka.

    BalasPadam
  6. Aida masih blogging utk suka2 je.
    Bila ada masa. And blogwalking aida maintain tika ada masa.
    Dpt byk ilmu.
    Dpt byk kawan.
    Dpt tau brg2 baru di pasaran...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.