Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak diadakan bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas program pengajian yang ditawarkan oleh iNED di UiTM Cawangan Perak. Selain dari itu, pada hari ini juga bakal pelajar boleh mengemukakan permohonan secara terus di kaunter yang disediakan.
Orang ramai yang sedang bekerja dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi adalah dialu-alukan untuk hadir bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai pengajian secara e-PJJ, iaitu pengajian jarak jauh secara atas talian.
Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak |
Tarikh:
24 - 25 September 2016 (Sabtu dan Ahad)
Masa:
9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat:
Kaunter Hal Ehwal Akademik (HEA)
UiTM Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
Sesiapa yang ingin menyambung pengajian Diploma secara ePJJ dijemput hadir.
Sila bawa bersama sijil SPM.
Inilah masa yang sesuai bagi mendapatkan penjelasan mengenai kaedah dan cara pembelajaran sambilan dan jarak jauh. Pastinya anda akan berpuas hati dengan penjelasan yang bakal diberikan.
Sama-samalah kita menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
Terima kasih baca entri ini, Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak.
Info yang bagus ni yb..
BalasPadamterima kasih di atas perkongsian =)
BalasPadam