FOLLOWER

1 Mac 2016

Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana


Agak lewat juga YB keluarkan entri ini.  Sememangnya YB sudah menyimpan hasrat untuk mengeluarkan entri penghargaan ini kepada rakan blogger Mialiana ketika entri berkenaan dikeluarkan.  Namun sekarang baru berkesempatan.  Alhamdulillah, tidak disangka-sangka blog YangBaik termasuk dalam Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana.  Blog Mialiana.com merupakan antara blog yang menjadi kesukaan YB.  Ada masanya bila singgah tu YB tinggalkan komen dan ada masanya tak sempat tinggalkan komen kerana mungkin juga pada masa tu tiada idea nak komen apa.  Tetapi bila ada kelapangan YB akan jejaki semula dan tinggalkan komen.

Carta Pengkomen Tegar 2015

Seramai 20 blog telah tersenarai dalam carta pengkomen tegar 2015 di blog Mialiana.com.    Menariknya blog Yangbaik termasuk dalam senarai ke-20.  Kira dah hujung-hujung sangat tu.  Kiranya YB ni rakan blogger yang ke-20 paling rajin komen pada tahun 2015.  

Inilah capture yang diambil dari blog Mialina dalam entrinya bertajuk Carta Pengkomen Tegar 2015.  YB gunakan aplikasi Snipping Tool yang terdapat pada komputer.  Header blog pada tahun lepas dan awal tahun sebelum ditukar kepada header sekarang.

Terima kasih Mialiana dan terima kepada semua yang telah menyokong blog YangBaik.

Sekian.

Terima kasih juga kerana membaca entri Carta Pengkomen Tegar 2015 blog Mialiana

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum... YB,

    tahniah yer.. semoga sukses dan berjaya selalu buat YB..

    mselim3

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.