Pengikut Setia

29 Mac 2016

Mudah saja hendak menulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mudah saja hendak menulis



Mudah saja hendak menulis, apatah lagi tulis tajuk yang nampak macam berat sebelah.  Itulah antara hakikat yang akan kita dengar walaupun orang tidak bercakap terus kepada kita tentang apa yang kita tulis.  Kadang-kadang itu semua mainan perasaan kita kerana kita sering mendengar orang bercakap benda yang sama atas tulisan orang lain.  Bila kita menulis sendiri kita akan jangka orang lain juga akan mengata begitu.

Itulah hakikat kehidupan.  Kita lazimnya mendengar apa yang orang lain cerita mengenai orang lain. Jarang sangat kita mendengar orang lain bercerita terus kepada kita mengenai apa yang kita tulis atau kita buat.  Secara lazimnya kita mendengar dari orang lain bukan terus dari orang hendak mengata kita.

gambar hiasan

Kita kadang-kadang menjadi pemerhati untuk apa yang orang lain kata mengenai kita.  Kita tidak mampu menjawab balik apa yang kita dengar kerana kita tidak tahu dari mana puncanya.  Hatta untuk mengucapkan terima kasih juga tidak mampu kita ungkapkan.

Kepada siapa ungkapan terima kasih itu harus dilontarkan?  Sedangkan kita tidak pasti apakah benar dia yang ungkapkan.  Atau beranikah kita untuk bersemuka dengan orang itu untuk mendapatkan penjelasan.

Jelas kita sebenarnya lemah... suara kita tidak terungkap lantaran itu siapa yang mendengarnya. Hanya kita.


gambar hiasan

Melihat kepada alam ini betapalah indahnya ciptaan Tuhan.  Betapalah kita ini hanya berupaya mengubahnya dengan kudrat dan idea yang dilimpahkan kepada kita olehNya.


6 ulasan:

  1. Salam YB..Lya singgah sini lama betol tak singgah..YB pon dah lama tak berkunjung...menulis mmg mudah sapa2 pon blh menulis tapi nak menulis ikhlas dari hati tu yg ssh..

    BalasPadam
  2. kadang tu idea datang mencurah-curah..tapi masa menulis pula kurang...emmm

    BalasPadam
  3. Salam YB..Lya singgah sini lama betol tak singgah..YB pon dah lama tak berkunjung...menulis mmg mudah sapa2 pon blh menulis tapi nak menulis ikhlas dari hati tu yg ssh..

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang rasa susah juga nak menulis. Kadang senang akak.

    BalasPadam
  5. Menulis dari hati, itu yang saya kena belajar lagi.

    BalasPadam
  6. ya.

    mudah.

    nak tulis yang menarik tu yang tak mudah aje.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian