Pengikut Setia

06 Mac 2016

Antara malas atau takut nak layan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

 

Antara malas atau takut nak layan


Malam sudah lewat sangat, baru sempat nak update cerita yang sering bermain-main di minda.  Macam-macam, ada saja yang perlu diselesaikan sebelum entri ini berjaya dihasilkan.  Baru saja hendak menulis belum lagi diterbitkan.  Begitulah antara layanan perasaan mengenai entri ini.

Seingat YB, isu berkaitan dengan tajuk ini pernah dikeluarkan tetapi dengan tajuk atau versi yang berbeza.  Namun entri ini sebenarnya tidak lari kerana ia sering bermain di sekitar kehidupan.  Seringkali YB berhadapan dengan situasi yang agak rumit... pada mata kasar dan pemikiran yang lemah ini.  Beberapa kerja datang dalam satu masa dan perlu disiapkan segera.  Rasanya seperti tidak mampu difikirkan lagi kaedah atau proses yang bagaimana lagi harus dilakukan untuk menyiapkan tugasan itu dalanm satu masa.  Mungkin juga kelemahan YB kerana tidak bijak dalam mengagih tugas kepada staf, tetapi bagaimana pula kita hendak mengagihkan kepda staf andainya kerja itu memangnya tugas hakiki kita. 

"Hanya padaMu Ya Allah tempatku meluahkan segala yang terbuku di hati.  Semoga kesempitan ini segera berlalu dan berakhir dengan penuh hikmah"


Corak bulat.  Sekadar hiasan
 Hidup ini penuh dengan misteri.  Ianya menjadi misteri apabila kita menjadi tempat rujukan pada satu masa dan tempat yang kita tidak pernah sangka sama sekali.  Ada ketika kita ini seolah menjadi orang tengah pada hal yang kita tidak pernah jangka. 

Kadang-kadang terfikir juga, mengapa dia tidak menguruskan sendiri perkara itu sedangkan dia berkuasa untuk melakukannya.  Kita yang tidak mahir dan tidak tahu apa-apa jadi orang perantara. Ini memang betul-betul malas nak layan. 

Tetapi kita terpaksa layan juga kerana suatu hari kita pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Memang sukar difahami apa kaitannya antara entri yang ditulis ini dengan tajuknya.  Ini adalah kerana tajuk sudah ada, rangka cerita juga sudah ada tetapi tersimpan satu naluri untuk merahsiakan hal ini walaupun hati ini sebenarnya memberontak hendak bercerita.  Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi itu rekod peribadi.

Hidup ini menjadi semakin misteri apabila kita hendak merahsiakan sesuatu isu.

Sekian.


Terima kasih kerana sudi melayan entri Antara malas atau takut nak layan.

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian