FOLLOWER

15 Jun 2013

Aksi comel dalam tangisan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kali ini bersempena dengan hari Sabtu yang sunyi sepi dalam blog ni, aye nak berkongsi gambar dan cerita mengenai wajah dan potret baby berusia 29 bulan (baby ker?) ketika menangis.  Bukan kes deraan fizikal atau mental terhadap baby berkenaan tetapi lebih kepada deraan mental kepada ibunya... oh tidak!!!



Tanpa disedari hanya tiba-tiba baby ini menangis teresak-esak.  Situasi ini berlaku ketika di dalam kereta menunggu ayahnya shopping.  Kenapa umi dan baby tak ikut?  Sendiri fikir dan jawab sendiri.


Tangisannya tidaklah kuat tetapi sekadar teresak-esak.


Oleh kerana kebingungan apabila soalan tidak berjawab, maka reaksi ini memberikan idea kepada uminya yang merupakan seorang blogger picisan untuk memuat turun aksinya.





Akhirnya baby itu berhenti menangis sendiri.  Dan, persoalan mengapa menangis masih tidak berjawab... atau jawapan itu tidak difahami oleh umi?



Entahlah....

2 ulasan:

  1. alala, cutenya.. kalau budak menangis, tetap kelihatan cute.. dia nak sesuatu kot tu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang lah dengan sengaja umi pura2 buat tak faham, kalau tidak habis 1 kedai dia round... huhuhuhu

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.