Pageviews

03 Disember 2023

Posting Pertama Tahun 2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah sekian lama, lebih dari setahun blog ini bersawang. Ada la sesekali singgah jengok sekejap.  Sesekali tukar latarbelakang.  Kejadian ini berlaku mungkin atau pasti juga kerana telah akaun media sosial lain yang lebih aktif... bermula dengan instagram dan terkini tiktok.  Agak sibuk juga bila ada banyak akaun media sosial, dah hilang fokus nak ke mana satu.



Tidak keterlaluan jika dikatakan kekurangan idea nak berkarya tetapi tamak dengan membuka akaun yang banyak.  Tetapi tidak dinafikan juga kesibukan tugas hakiki di pejabat dan juga urusan keluarga turut menyumbang kepada kemalasan mengemaskini akaun media sosial.

Apabila terlalu lama meninggalkan blog ini bersawang, maka ramai juga rakan blogger yang semakin tidak dikenali.  Menghidupkan semula blog ini seolahnya memulakan blog baru.  Sementelahan masih banyak 'benda-benda' dalam blog yang saya masih ketinggalan.

Terima kasih atas kesudian singgah blog ini.  Semoga ada kekuatan untuk terus berkatya.


.


01 Ogos 2022

PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Alhamdulillah, hari ini Isnin 1 Ogos 2022 bersamaan 3 Muharram 1444.

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Cinta pada dunia
Dunia akan pergi

Cinta pada manusia
Manusia akan mati

Cinta pada Allah
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Semoga kebaikan senantiasa mengiringi setiap langkah dan kehidupan kita.


31 Julai 2022

BULAN MUHARRAM BULAN YANG ISTIMEWA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bulan Muharram bulan yang istimewa



Empat kemuliaan bulan Muharram yang harus kita ambil tahu, dan sekurang-kurangnya ambil kisah.

1. Termasuk Empat Bulan Haram (suci)




Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak 12 bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut..” (QS. At-Taubah: 36)

Justeru, jelas menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang serta sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar.


2. Bulan Muharram dinamakan Syahrullah (Bulan Allah)



Dari Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda,
“Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim)

Keterangan:
As-Suyuthi mengatakan, Sementara dulu, orang jahiliyah menyebut bulan Muharram ini dengan nama Shafar Awwal. Kemudian ketika Islam datang, Allah ganti nama bulan ini dengan Al-Muharram, sehingga nama bulan ini Allah sandarkan kepada dirinya (Syahrullah). (Syarh Suyuthi ‘Ala shahih Muslim, 3:252)


3. Kemuliaan Hari 'Asyura 10 Muharram



Dari Ibnu Abbas r.a, beliau menceritakan, ketika Nabi tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura’. Beliau bertanya, “Hari apa ini?” Mereka menjawab, “Hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, sehingga Musa-pun berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukur kepada Allah. Akhirnya Nabi bersabda, “Kami (kaum muslimin) lebih layak menghormati Musa dari pada kalian.” kemudian Nabi memerintahkan para sahabat berpuasa. (HR Bukhari)


4. Para ulama menyatakan bulan Muharram adalah bulan paling mulia setelah Ramadhan



Hasan Al-Bashri mengatakan:
"Tidak ada bulan dalam setahun, setelah bulan Ramadhan, yang lebih mulia di sisi Allah dari pada bulan Muharram. Dulu bulan ini dinamakan Syahrullah Al-Asham (bulan Allah yang sunyi), kerana sangat mulianya bulan ini. (Lathaiful Ma’arif, Hal. 34)


Sumber:  #quotephotovideo #nasihatkehidupan