Pageviews

12 September 2021

Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)


Sudah masuk ke bulan September 2021.  Sebelum ni setiap bulan terima laporan  Prestasi Carian Blog (performance on Google Search) tapi tak tergerak pula nak buat posting.  Sebabnya rasa tak berapa penting nak post prestasi yang tak berapa cantik.  Hanya sekarang baru terfikir kalau kita tak post macam mana kita nak ingat prestasi blog ... so ini laporan prestasi yang pertama bagi blog Zarida Ishak.




Prestasi Carian Ogos (August performance on Google Search).  Dapatan carian sepanjang bulan Ogos pastinya tidak berapa memuaskan kerana tiada posting baru yang diwujudkan di blog ini.  Langsung tiada penulisan di blog walapun telah beberapa kali mencuba.  Disebabkan tiadanya entri terbaru menyebabkan blog ini tidak berapa nak muncul dalam enjin carian google.  Baik... kita perkemaskan entri dan posting pada bulan berikutnya.



Content Achievement (Pencapaian kandungan).    Nampaknya maksud badan ikhtisas masih mendapat perhatian, begitu juga dengan posting berkaitan jus delima Gulsan dan zikir pada hari Sabtu.  Maksud badan ikhtisas telahpun diketahui. Begitu pun, jus delima Gulsan telah lama tidak diamalkan kerana pernah terputus bekalan tidak berapa lama dulu lalu digantikan dengan supplement lain.  Zikir hari Sabtu In Shaa Allah sentiasa diamalkan pada setiap hari Sabtu.



Top performing pages (Halaman berprestasi tinggi).   Agak menarik, solat sunat istikharah mendapat klik yang tertinggi.  Bertepatan dengan kehidupan harian, dalam mencari keputusan yang terbaik adalah melalui istikharah.  Koleksi ucapan hari Jumaat mendapat klik kedua tertinggi mungkin disebabkan banyak gambar dan jalan ceritanya yang tersendiri.  Pun begitu posting zikir hari Sabtu tidaklah mempunyai jalan cerita yang panjang namun masih menyumbang kepada prestasi halaman yang ke3 terbaik.


Petikan prestasi seterusnya dilihat banyak berkaitan rapat antara satu sama lain.



 


Demikian serba sedikit catatan berhubungn prestasi blog Zarida Ishak pada bulan Ogos 2021.  Akak masih lagi mencari jalan untuk meningkatkan rank dan prestasi blog ini.  Perlu banyak ilmu dan pengisian entri yang bermanfaat dan bernilai.

Terima kasih.








10 September 2021

Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

 
Setiap kali tibanya hari Jumaat kita akan sentiasa diingatkan untuk melakukan beberapa perkara Sunat terutama membaca surah al-Kahfi.  Rupanya ada banyak sebab dan manfaatnya kepada kita.  Jadi tidak salah untuk kita jadikan amalan.  Semoga mendapat pahala dan keberkatan di dunia dan di akhirat.

Berikut adalah antara sebab kenapa kita sentiasa diingatkan untuk membaca surah al-Kahfi.




Berikut adalah antara petikan dan perkongsian dari Telegram Nasihat Kehidupan.

  1. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa :  Nabi ﷺ bersabda:  “Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal” (HR. Muslim no. 809).
  2. Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi” (HR. Muslim no. 2937)
  3. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR. Ahmad 6: 446).

Dan di antara waktu yang baik untuk membaca surah Al Kahfi adalah pada hari Jumaat. 
 
  1. Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:  “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah” (HR. Ad Darimi 2: 546).
  2. Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ  bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat” (HR. Al Baihaqi)

Sekian adanya.  Semoga bermanfaat.  Terima kasih.

07 September 2021

Mutiara kata hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mutiara kata hari ini



Satu-satunya perkara yang akan membuat kita tetap  senyum walaupun kita sedang bersedih adalah dengan mengetahui Allah sentiasa sayang kita.




Sepi bukan bererti hilang, diam bukan bererti lupa, jauh bukan bererti putus, kerana ada ikatan yang tak mungkin terputus iaitu persahabatan.


Setiap saat berharga setiap saat dikira.
Semoga bermanfaat.