Pageviews

12 Mei 2021

Wordless Wednesday | Hari Terakhir Ramadan 1442

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday |  Hari Terakhir Ramadan 1442





Ya Allah
Berkahilah kami di bulan Ramadan ini,
Ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibubapa kami,
dan umat Muslim semuanya,
dan pertemukanlah kami
pada Ramadan yang akan datang.

Aamiin ya Rabb




10 Mei 2021

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021



Meraikan sahabat blogger yang bakal menyambut birthday dan pertama kali juga menganjurkan Giveaway, SuriaAmanda.


1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021
1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Menarik giveway SA, ada bloglist, cabutan bertuah hadiah MISTERI.

Bersempena dengan birthday SA juga, akak terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Panjang umur dalam keberkatan, dikurniakan kebahagian dan kesejahteraan bersama keluarga tersayang dan selamat maju jaya dalam kerjaya.

Jom, rakan blogger sekelian klik banner di atas untuk terus ke link giveaway.  Kita support June's Birthday Girl.




08 Mei 2021

Malam 27 likur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Malam 27 likur



Malam ini malam 27 Ramadhan! Ya malam ini! Ramadhan kian menghampiri penghujungnya.  

Hanya tinggal beberapa malam untuk kita manfaatkan sepenuhnya.  Dalam kalangan ulama terdapat yang cenderung menetapkan malam ini iaitu malam ke 27 merupakan malam al-Qadr yang disebut dalam al-quran yang lebih baik daripada 1000 bulan.


Malam 27 likur


Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Umar RA yang bermaksud:

“Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27.”

Mengikut Abu Ka’ab katanya:

“Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul qadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatul qadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”.

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud:

“Bahawa Nabi ﷺ telah bersabda bahawa Lailatul qadar berlaku pada malam ke-27.”

Di samping itu, ramai juga yang berpendapat ia berubah dari tahun ke tahun pada malam-malam ganjil sepuluh Ramadan terakhir.

Apapun, malam 27 ini dianggap istimewa disebabkan riwayat-riwayat yang berkaitan.

Maka, pada hari ini marilah kita simpan tenaga dan berazam bersungguh-sungguh untuk beribadah pada malam nanti.

Beriktikaf, bersolat, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir.

Janganlah kita sia-sia peluang besar yang Allah beri ini.

Jangan kita bazirkan masa kita dengan melakukan urusan yang menjadikan kita tidak berpeluang beribadah pada malam nanti.

Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah jua.

Biarlah kita korbankan sedikit waktu tidur, demi menggapai ganjaran & keampunanNya.

Ramadhan kali ini rezeki untuk kita. Yang akan datang belum tentu jumpa.

Jangan lupa banyakkan doa:

"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni."

(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku)

Jom qiyam malam ni.

sumber:  quotephotovideo



Terima kasih.  Malam 27 likur