Pageviews

02 Januari 2021

Setiap kali engkau memberi maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Setiap kali engkau memberi maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun


"Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu. Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, engkau akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka.


Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita.

Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi, maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun!”

Syeikh Salih Awadh Al-Mughamisi, Imam Masjid Quba

Sumber: @quotephotovideo 

01 Januari 2021

Selamat Tahun Baru 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SELAMAT TAHUN BARU 2021


Pejam celik begitu cepat masa berlalu. Begitu juga dengan usia kita.  Terlalu pantas masa berlalu sehingga bahang 2020 masih lagi belum berakhir.

Walaupun zahirnya tahun berganti dan usia menambahkan angka namun hakikatnya kita sebenarnya semakin menghampiri kepada kematian.

Tiada siapa pun yg akan kekal.  Justeru itu, peringatan ini buat diri ini yang sering leka dengan urusan dunia... jangan sesekali membiarkan diri kita dibuai oleh angan-angan untuk mendapatkan kepuasan hidup dunia semata-mata.

Sesungguhnya angan-angan ingin mencapai kenikmatan dunia secara berlebihan hanyalah khayalan kosong yang menyebabkan kita lupa kepada kehidupan yang abadi di akhirat kelak.

Bahawa saat umur kita menjelang senja kemampuan kita turut terbatas apatah lagi nikmat sihat juga mulai berkurangan dan berbagai penyakit mula datang menjengah.



Selamat Tahun Baru 2021



TAHUN BERGANTI TAHUN TAPI UMUR SEMAKIN BERKURANGAN


Maka tanyakanlah kpd diri kita,  Setiap kali penggantian tahun, kehidupan kita bertambah baik atau sebaliknya? Semakin dekat kah kita dgn Pencipta atau semakin jauh?

BAHAWA SEBAGAIMANA TAHUN BERTAMBAH ANGKANYA BEGITU JUGALAH DENGAN USIA KITA.  KEMATIAN PASTI AKAN TIBA....DAN KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENGELAKKANNYA


RENUNG2KANLAH

INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

29 Disember 2020

Giveaway by Blog Tangan Gebu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway by Blog Tangan Gebu

Lagi sekali dapt peluang... akak join Giveaway by Blog Tangan Gebu.  

Giveaway by Blog Tangan Gebu

Best join giveaway ni, boleh dapat info baru dari pelbagai sudut pandangan blogger.  kerana pemikiran kita tak sama begitu juga pendapat kita juga tidak sama walaupun pada isu yang sama.    Dalam masa yang sama dapat berkenalan dengan blogger baru.

Jom join Giveaway by Blog Tangan Gebu.