Pageviews

18 September 2020

Semangat yang hilang terbang ke laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semangat yang hilang ke laut


Telah beberapa kali semangat itu hilang
Terbang hilang entah ke mana
Tiada semangat hendak menitipkan sepatah kata
apatah lagi berbaris-baris ayat

Sesekali terasa tenggelam di dasar laut
Karam terhempas dilambung badai

Dipaksakan juga 
Menitipkan apa yang terpendam
Tetapi hilang bersama metafora

Seolah ada hati yang hendak dijaga
Sedangkan sendiri tidak terjaga

Semangat yang hilang terbang ke laut
Laut dalam laut lepas laut merah

Percubaan mengutip semula semangat yang hilang

05 September 2020

Sedikit nasihat untuk hidup kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa.

Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud).

Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran.

Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya.

Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar.

Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah).

Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah"
 
Ya Allah. Rahmat-Mu sentiasa mengatasi kemurkaan-Mu. Rahmatilah kami.. Aamiin

Jom Muhasabah Diri

04 September 2020

Hidup bukan sekadar berfikiran positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup bukan sekadar berfikiran positif.





Hidup bukan sekadar berfikiran positif,
tetapi menerima semuanya dengan penuh kesedaran.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang sabar.
Kita diuji untuk jadi orang yang sabar,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang bersyukur.
Kita diuji untuk jadi orang bersyukur,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi hamba yang beriman.
Kita diuji untuk jadi hamba beriman,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu ke ke syurga.
Kita diuji untuk jalan kesyurga,
hal yang kita sendiri juga minta.

Hakikat hidup setiap yang berlaku,
bila lihat dengan hati,
ketika itulah keberlimpahan fikiran akan hadir.

Allah pilih hijab kita dibuka.

Saat beban hidup terasa berat sekali amalkan zikir ini.

Rugi tidak diamalkan, ia antara amalan hidup Ustaz Dato' Ismail Kamus sepanjang hidup beliau.
.
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَّمْدُودًا

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak.
(Al Muddasir: 12)
*Baca waktu pagi 313 kali.


Salam Jumaat.  Hidup bukan sekadar berfikiran positif.

03 September 2020

Senarai Blog September Oktober dan November 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai Blog September Oktober dan November 2020




Maaf atas kelewatan mengeluarkan senarai nama pemenang blog list bagi  Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida. Ada beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.  Semoga rakan blogger selaku peserta segmen ini tidak patah hati.


Rakan Blogger


Semua rakan blogger yang menyertai segmen ini ditelakkan di dalam satu senarai yang diberi nama Blog List September Oktober November.

Senarai penuh peserta telah dikemaskini di SINI.

Kepada semua rakan blogger yang menyertai segmen pertama kali ini diucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga.  Semoga diberi kesempatan dan ruang untuk mengadakan segmen seperti ini pada masa akan datang.  Sebarang kekurangan dan kesilapan datangnya dari saya sendiri. Semua kekurangan yang ada akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Terima kasih semua atas sokongan.  Jom blogwalking ke senarai blog yang tersenarai.

Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan


Bulan September datang lagi dan pasti akan datang lagi dan lagi pada setiap tahun bila tiba masanya. Agak lewat saya buat posting untuk bulan ini, berikutan kekangan kesihatan dan juga pelbagai helah dunia.  Namun diharapkan kehadiran bulan September pada kali ini memberi nafas baru dan kekuatan serta kesejahteraan kepada kita semua.  Sudah hampir tujuh bulan kita berhadapan dengan musibah covid-19.  



Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan


Kenapa?  Bagi ahli pengamal Metafizik, mereka berpandangan demikian kerana September merupakan kemuncak dari angka 2 hingga 9.

Justeru, bagi ahli perniagaan, inilah masanya untuk merebut segala peluang yang datang.  Jangan dilepaskan.  Tapi ingat, jangan sampai tersalah pilih peluang.  Memandangkan scammer  juga banyak menawarkan peluang yang berasakan penipuan pada bulan ini.

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dalam mengharungi kehidupan dan seteruskan dikurniakan kecekalan dalam mendepani musibah yang tidak diundang,

25 Ogos 2020

Senarai Peserta Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai Peserta Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida


Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk update senarai peserta segmen.  Agak terlewat sikit saya senaraikan peserta Segmen. Link segmen ada di SINI.   Terima kasih kepada rakan blogger atas sokongan ke atas segmen ini.



Senarai Peserta Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida


  1. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  2. https://www.mialiana.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  3. https://ikashoid.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  4. https://zieyaweasley.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  5. https://sheilaarshad.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html?m=1
  6. https://pemudattbc.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  7. https://webayas.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  8. https://nurain-syahirah.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  9. http://www.syamimisaad.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  10. https://akusanglagenda99.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  11. http://zzzyy.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  12. https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  13. http://www.duniashida.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  14. https://www.shikinrazali.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  15. https://www.templateppt.eu.org/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  16. https://unprivatediarytyping.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  17. http://www.mamapipie.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  18. https://www.farhanajafri.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  19. https://www.rubiahkadir.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  20. https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  21. https://belogsjm.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  22. https://www.shimajelani.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog-salatulzarida.html
  23. https://kogoro-mauru.blogspot.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  24. https://www.tiarasaphire.com/2020/08/pencarian-bloglist-ini-dibuat-bagi.html 
  25. http://www.ombakbergigi.com/2020/08/segmen-bloglist-pertama-blog.html
Senarai dikemaskini pada 3 September 2020.

Terima kasih atas sokongan anda semua untuk entri ini.  Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2020.  Jom sertai beramai-ramai Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida


20 Ogos 2020

Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida


Segmen bloglist ini pertama kali saya anjurkan di blog SalatulZarida.  Segmen ini diadakan bagi mendapatkan seramai mungkin penyertaan rakan blogger seMalaysia dan seterusnya dimasukkan dalam bloglist.  Bloglist blog ini perlu diwujudkan semula kerana ia telah hilang semasa update template baru.  Agak lama juga blog ini ditinggalkan tanpa bloglist... terasa hambar.  Nak blogwalking pun dah semakin kedaung.




Pencarian bloglist ini dibuat bagi bulan September, Oktober dan November 2020 di blog salatulzarida.blogspot.com bermula pada 20 Ogos 2020 sehingga 30 Ogos 2020, tepat jam 6.00 petang.  Semua blogger Malaysia dijemput join.

Syarat-syaratnya



  1. Follow blog salatulzarida.blogspot.com, follow instagram salatulzarida 
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri SINI


Syarat yang mudah dan ringkas kan?

Beberapa blog yang bertuah akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist.  Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2020.

Terima kasih atas sokongan anda semua untuk entri ini.

Jom sertai beramai-ramai  Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida


19 Ogos 2020

Hari terakhir dalam tahun 1441 Hijrah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari terakhir dalam tahun 1441 Hijrah | Wordless Wednesday





Hari terakhir dalam tahun 1441 Hijrah | Wordless Wednesday

17 Ogos 2020

[Novel] Secangkir teh pengubat letih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Secangkir teh pengubat letih


[Novel] Secangkir teh pengubat letih 


Ketika ini sedang menikmati secawan teh pengubat sakit kepala.  Dari semalam kepala ini berpusing² seolah perahu nelayan dilambung ombak musim tengkujuh. 

Terbaca petikan buku ini...  Terus berkenan pula hendak dikongsikan bersama pembaca blog ini. 

Naah... Hayati bersama petikan buku ini, Secangkir teh pengubat letih.   

Buku Genre Travelog


Membaca buku-buku dalam genre travelog bukan saja membawa kita melayari erti kembara yang dilalui oleh penulisnya, tetapi dalam waktu yang sama mempelajari tentang budaya atau perbuatan masyarakat setempat.

Jika orang Malaysia banyak berkias dalam bahasanya, orang Turki pula berkias dalam perbuatannya.

Antaranya,

“Jika kita masuk ke rumah yang karpetnya diterbalikkan, makan janganlah dilama-lamakan duduknya kita di situ. Selesaikan mana yang patut, dan tuan rumah jangan disinggung.”

Itu tanda kedatangan yang tidak disukai.

“Dan... jika rombongan datang meminang, jawapan si perempuan yang empunya diri, dijawab dengan kopi.”

Jika kopinya pahit, tiada gula, tanda tidak setujulah.
Tapi jika kopinya manis, itu tanda setuju.

“Aduh, malangnya kalau si perempuan terlupa gula dengan tidak sengaja.”

Antara dialog yang ada dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada halaman 113.

Membaca buku begini, sedikit sebanyak membuat diri mengembara ke tanah asing. Negara yang tak pernah didatangi sebelum ini. Sedikit sebanyak menambah ilmu baru dan tersemat dalam kepala. Esok lusa ada rezeki, berkesempatan datang ke Turki, kiasan begini boleh jadi modal berbicara dengan penduduk setempat.

Indahnya apabila membaca. Apatah lagi ianya bahan bacaan yang sedap dibaca. Melayang rasa jiwa membaca setiap bait ayat yang ditulis bak mengembara dalam diam.

Naskhah hebat Ustaz Hasrizal dalam buku travelog tarbiah beliau memang wajib ada dalam rak buku anda semua.

Sudahkah anda miliki satu?

Berbeza agama dan latarbelakang


Sarah is a Muslim girl faced with challenges and obstacles to remain true to her religion. Whilst she endures hardship, she also found friendship and love.

Jonah is the 'modern day' Rome and enjoys the company of women but when he met Sarah, his whole world changed.

Both are from different background and religion but yet their path kept crossing. Is it fate or just coincidence?


Untuk tempahan dan pertanyaan



Telegram : @qausar.thebooknivore 📚




#rindubaupohontin #secangkirtehpengubatletih #dihamparanshamrock #dihamparanshamrockkuserunamamu #bukujt #hasrizalabduljamil #hasrizaljamil #hasrizal #ustazhasrizal #malaysiamembaca

12 Ogos 2020

Victoria's Secret Combo Merdeka 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Victoria's Secret Combo Merdeka 2020



















Victoria's Secret Combo Merdeka 2020 | Wordless Wednesday
.