Pageviews

17 Ogos 2020

[Novel] Secangkir teh pengubat letih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Secangkir teh pengubat letih


[Novel] Secangkir teh pengubat letih 


Ketika ini sedang menikmati secawan teh pengubat sakit kepala.  Dari semalam kepala ini berpusing² seolah perahu nelayan dilambung ombak musim tengkujuh. 

Terbaca petikan buku ini...  Terus berkenan pula hendak dikongsikan bersama pembaca blog ini. 

Naah... Hayati bersama petikan buku ini, Secangkir teh pengubat letih.   

Buku Genre Travelog


Membaca buku-buku dalam genre travelog bukan saja membawa kita melayari erti kembara yang dilalui oleh penulisnya, tetapi dalam waktu yang sama mempelajari tentang budaya atau perbuatan masyarakat setempat.

Jika orang Malaysia banyak berkias dalam bahasanya, orang Turki pula berkias dalam perbuatannya.

Antaranya,

“Jika kita masuk ke rumah yang karpetnya diterbalikkan, makan janganlah dilama-lamakan duduknya kita di situ. Selesaikan mana yang patut, dan tuan rumah jangan disinggung.”

Itu tanda kedatangan yang tidak disukai.

“Dan... jika rombongan datang meminang, jawapan si perempuan yang empunya diri, dijawab dengan kopi.”

Jika kopinya pahit, tiada gula, tanda tidak setujulah.
Tapi jika kopinya manis, itu tanda setuju.

“Aduh, malangnya kalau si perempuan terlupa gula dengan tidak sengaja.”

Antara dialog yang ada dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada halaman 113.

Membaca buku begini, sedikit sebanyak membuat diri mengembara ke tanah asing. Negara yang tak pernah didatangi sebelum ini. Sedikit sebanyak menambah ilmu baru dan tersemat dalam kepala. Esok lusa ada rezeki, berkesempatan datang ke Turki, kiasan begini boleh jadi modal berbicara dengan penduduk setempat.

Indahnya apabila membaca. Apatah lagi ianya bahan bacaan yang sedap dibaca. Melayang rasa jiwa membaca setiap bait ayat yang ditulis bak mengembara dalam diam.

Naskhah hebat Ustaz Hasrizal dalam buku travelog tarbiah beliau memang wajib ada dalam rak buku anda semua.

Sudahkah anda miliki satu?

Berbeza agama dan latarbelakang


Sarah is a Muslim girl faced with challenges and obstacles to remain true to her religion. Whilst she endures hardship, she also found friendship and love.

Jonah is the 'modern day' Rome and enjoys the company of women but when he met Sarah, his whole world changed.

Both are from different background and religion but yet their path kept crossing. Is it fate or just coincidence?


Untuk tempahan dan pertanyaan



Telegram : @qausar.thebooknivore 📚




#rindubaupohontin #secangkirtehpengubatletih #dihamparanshamrock #dihamparanshamrockkuserunamamu #bukujt #hasrizalabduljamil #hasrizaljamil #hasrizal #ustazhasrizal #malaysiamembaca

12 Ogos 2020

Victoria's Secret Combo Merdeka 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Victoria's Secret Combo Merdeka 2020



















Victoria's Secret Combo Merdeka 2020 | Wordless Wednesday
.

11 Ogos 2020

Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari


Entri segmen pertama bagi sempena template baru.  Bila dah template baru, kena panjang banyak sikit pengisiannya... seperti yang dinasihatkan oleh sifu.  Kalau ikut kita nak tempek banner dan letak link saja, senang kerja.  Nampak sangat sibuk ke malas?

Eh... kita ni nak cerita pasal Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari.  Segmeni ini dianjurkan oleh rakan blogger Nadia Jamhari.  Rakan blogger ini meraikan followernya... jadi kita pun diraikan sama. Terima kasih juga kepadan rakan blogger Mialiana kerana kongsi entri segmen.



Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari


Sebab saya join segmen ini

1.  Kerana meraikan rakan blogger, mengembirakan rakan blogger bagi menambahkan senarai peserta
2.  Kerana saya suka join segmen, selain dari buat entri baru segmen juga dapat bagi idea buat entri blog.
3.  Kerana dapat berkenalan dengan blogger baru dan mengekalkan persahabatan dengan blogger yang telah lama kenal.
4.  Kerana segmen ini dapat menambah trafik dari rakan blogger yang menyertai segmen ini.
5. Kerana segmen ini menawarkan bodymist 250ml jenama victoria secret dan bloglist


Jom klik banner di atas dan kita raikan bersama Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari.


.