Pageviews

10 Jun 2020

Wordless Wednesday #1 : Victoria's Secret Bombshell Perfume

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #1 :  Victoria's Secret Bombshell Perfume

Victoria's secret Bombshell
Victoria's Secret Bombshell Perfume


💗

09 Jun 2020

Monolog: Bertemu dengan sesuatu yang tidak diundang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bertemu dengan sesuatu yang tidak diundang


Bertemu dengan sesuatu yang tidak diundang itulah yang dinamakan TAKDIR.  Amat jarang atau mungkin tidak pernah kita merancang untuk berjumpa dengan sesuatu yang tak dijangka itu

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita sesuatu yang tidak diundang member apa yang tidak dirancang.  Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.


Gambar hiasan:  koleksi peribadi


Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan.  Menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiah kemanisan dalam kegembiraan.

Menyemai benih keakraban serta memberi  peluang menilai erti siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.

Itulah TAKDIR. Seringkali menjadikan kita insan yang istimewa dan perlu bersedia dengan segala kemungkinnan.

💦

Peluang memasuki program Pra Diploma UiTM masih dibuka kepada kategori B40 dan bukan B40

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peluang memasuki program Pra Diploma UiTM masih dibuka kepada kategori B40 dan bukan B40


Meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sekurang-kurangnya Diploma, adalah hasrat semua orang bukan sahaja ibu bapa yang ingin melihatnya anaknya berjaya malahan juga hasrat UiTM sendiri untuk melihat anak bangsa maju dalam bidang yang diminati.  

Justeru, UiTM telah mewujudkan 2 program Pra Diploma bagi membantu hasrat anak bangsa yang hendak meneruskan pengajian di UiTM.  Program yang dimaksudkan adalah Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan.


Cara Memohon Pra Diploma UiTM


Bagi calon-calon yang ingin memohon, borang permohonan boleh dimuat turun di https://pppt.uitm.edu.my/muat-turun dan seterusnya ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan di dalam infografik di bawah.


Cara Memohon Pra Diploma UiTM
Cara Memohon Pra Diploma UiTM

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pra Pendidikan Tinggi, sila lawati laman sesawang PPT di https://pppt.uitm.edu.my/ dan ikuti kami di Facebook Page https://www.facebook.com/pptuitm/


Kategori B40 dan bukan B40


Adalah dimaklumkan, permohonan untuk mengikuti program Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan telah dibuka kepada semua golongan samada mereka dari kategori B40 ataupun bukan B40.

Sila rujuk infografik dibawah yang menunjukkan Laluan Kemasukan ke Program Pra Diploma. Muat turun borang permohonan di https://pppt.uitm.edu.my/muat-turun dan seterusnya ikuti langkah-langkah yang dinyatakan seperti d laman i https://pppt.uitm.edu.my/program/cara-memohon

Laluan kemasukan Pra Diploma
Laluan kemasukan Pra Diploma


Sila lawati laman sesawang PPT di 
di Facebook Page https://www.facebook.com/pptuitm/  
untuk maklumat terkini mengenai Program Pra Pendidikan Tinggi.


Selamat maju jaya.

.