Pageviews

27 November 2017

Sis Gee First Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sis Gee First Giveaway


Teruja betul dengan semangat rakan blogger kita seorang ni.  Walaupun blognya baru berusia 3 bulan tetapi rajin dan bersungguh-sungguh nak adakan giveaway.  Semoga semangat ini berterusan dan dapat menghasilkan penulisan yang bermanfaat buat semua pembaca. 

Tidak semua blogger yang mampu atau bersemangat nak anjurkan giveaway... termasuk penulis blog ini.  Baru sekali dua buat giveaway atau segmen lepas tu... senyap sunyi 😉  

Jadi, tanpa melengahkan masa mari kita lihat ada apa dengan Sis Gee First Giveaway.

Sis Gee First Giveaway

Sis Gee First Giveaway

HADIAH-HADIAH :

1 x hadiah utama : 

1 Planner 2018 yang comel
1 fridge magnet 
1 keychain
Dimasukkan dalam bloglist



2 x hadiah ke dua
1 Fridge Magnet Penyu
1 Keychain 
Dimasukkan dalam bloglist

10 x blogger bertuah
Dimasukkan dalam bloglist Blog Sis Gee

TARIKH GIVEAWAY :  24 November 2017 - 12 Disember 2017

Okey... untuk menyertai giveaway ini sila klik pada banner di atas bukan pada planner 2018 ekk.


💬Jom ramai-ramai kita berikan sokongan padu kepada rakan blogger kita, Sis Gee First Giveaway

Terima kasih.

Semuanya sama ada 24 jam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semuanya sama ada 24 jam


Selamat pagi semua.  Seperti tajuk di atas, setiap dari kita semuanya sama saja ada 24 jam sehari semalam.  Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan akal kita dalam membahagikan 24 jam itu kepada jam-jam yang tertentu kepada ibadah tertentu.


24 jam

24 Jam


Waktu yang Tuhan berikan kepada setiap manusia itu sama.  Sama-sama 24 jam

Tetapi dengan waktu 24 jam itu, ada orang dapat mengurus negara dan ada pula orang yang mengurus hidupnya sendiri pun tidak mampu.

Itu semua pilihan.  Ingin menjalani hidup seperti apa kita ke depan.

~  Hikmah ~

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri.

@quotephotovideo ⏱⏱⏱


Terima kasih sudi singgah baca entri ini, Semuanya sama ada 24 jam.
szi💬

25 November 2017

Kita ada terlalu banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita ada terlalu banyak





Kita ada terlalu banyak kemahuan
Sedangkan bukan semua yang kita perlukan

Kita ada terlalu banyak soalan
Sedangkan bukan semua perlukan jawapan

Kita ada terlalu banyak kebimbangan
Sedangkan bukan semua yang perlu difikirkan

Kita ada terlalu banyak kekecewaan
Sedangkan kita lupa Allah sentiasa memberi KEBAIKAN

(Ibnu Mussal)


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Kita ada terlalu banyak
szi 💝💝