Pageviews

23 November 2017

KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER


Jenuh akak fikirkan tajuk yang sesuai untuk buat entri ni.  Kononnya nak cari kelainan sebab tak nak menunjukkan sangat apa yang dimaksudkan.  Akak tahu mungkin ada yang kurang selesa atau pelik dengan tajuk yang diberikan.  Tetapi untuk memberikan kelainan kita kena berani... sikit jer.  Sebab ingat juga pesan Encik Suami, kalau nak buat kelainan janganlah nampak sangat lainnya, nanti nampak pelik pulak.  

Korang rasa tajuk ni pelik tak?  Biasa-biasa je kan?  Ok

Sebenarnya nak diceritakan blogh akak telah terpilih sebagai pemenang bagi GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER.  Entri Giveaway di SINI.



Senarai pemenang


Keputusan pemenang ada di SINI.  Blog SZ di No. 7, Peserta no. 58.  Apalah agaknya buku yang terpilih itu?  

Tahniah juga kepada semua rakan blogger yang sama-sama turut terpilih sebagai pemenang.  Juga terima kasih tidak terhingga kepada penganjur GA juga owner blog ASTRAVELER iaitu sis Julia Tarmidi.


Terima kasih juga kepada awak semua yang sudi singgah baca entri ini, KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER




Pagi Khamis Nan Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pagi Khamis Nan Indah



Selamat pagi kepada semua yang singgah di blog ini.  Hari ini pagi Khamis yang indah.  Segalanya berjalan lancar.  Alhamdulillah.

Dan, diberitakan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan keluar pada hari ini. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada adik-adik atau lebih tepat anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Kepada yang lainnya, keputusan hari ini bukanlah penamat kepada segala usaha anda.... kerana kejayaan itu bukan untuk hari ini sahaja, masih banyak masa dan peluang untuk mencipta dan mencapai kejayaan, yang penting usaha dan usaha tanpa kenal jemu.



Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Syukur itu menjadikan kita bahagia...

@quotephotovideo 🐝🐝🐝


Terima kasih atas perhatian anda untuk entri ini, Pagi Khamis Nan Indah.
szi😍

22 November 2017

Belajar Bersabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar Bersabar




Aku belajar untuk bersabar atas segala persoalan yang sedang ku hadapi, kerana aku percaya, kesabaran itu akan membawaku pada sesuatu yang lebih baik.


Terima kasih kerana sudi Belajar bersabar 😊