Pageviews

06 November 2017

SPM Fever Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SPM Fever Giveaway


Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada adik-adik semua.  Semoga dikurniakan kesabaran dan kemudahan serta kefahaman dalam menjawab peperiksaan SPM.

Jom selusuri apa kata penaja...




Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang

Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang

Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang

Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang

Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang

Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang

Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang

Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang

Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:


1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:
* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)
* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:
* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:
* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz *
Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML :

8. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu.
SPM... satu pengalaman yang menarik bagi pelajar sekolah menengah.  Ada yang kata SPM tu Sijil Peminangan Malaysia. Lantaran itu ada dikalangan rakan-rakan sekolah, selepas saja SPM terus bertunang.  Ha... kan dah jadi doa.  Eh, kebetulan je tu dah jodoh deme cepatkan.  Cabaran SPM dulu tidak sama dengan SPM sekarang, agaknya lah sebab dulu-dulu sekitar tahun 90an, pengunaan gadjet bukanlah satu isu yang popular. Nak cerita pengalaman SZ masa SPM dulu tiada pula yang pelik sebab duduk di asrama, jadi isu lewat datang exam memang tak adalah. Nak meniru masa exam takder kot, tapi yang popular masa tu ada geng sebelah buat dadu dari pemadam.  Dadu ni yang bestnya ada jawapan.  Pilih saja nak A, B C, D, E, F... kan banyak pilihan. Lain-lain tak berapa ingat pulak, sebab ingatan dah tak berapa kuat... tak berapa ingat lain-lain kejadian masa ambil SPM dulu.  

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!



Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.

Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.


Terima kasih atas sokongan semua untuk entri ini, SPM Fever Giveaway.

SEKIAN. TERIMA KASIH.



Susun Atur Sioca: Planner Sioca 2018 GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susun Atur Sioca: Planner Sioca 2018 GIVEAWAY


Setelah sekian lama tidak menyertai giveaway, kali ini SZ berbesar hati sangat sebab dapat peluang keemasan ini untuk sertai giveaway Planner 2018 bertemakan Cantik dan MURAH..!!



Susun Atur Sioca: Planner Sioca 2018 GIVEAWAY

Susun Atur Sioca: Planner Sioca 2018 GIVEAWAY


Klik banner di atas untuk sertai giveaway.

Untuk rekod, berikut adalah serba sedikit mengenai penganjur blog.  Blog Sususn Atur Sioca rupanya dah lama SZ follow dan blognya dah ada dalam Bloglisted.  Tak berapa pasti SZ follow blog ini dulu atas dasar apa.  Tetapi yang pasti blog ini kepunyaan rakan blogger Fizah.  Blog yang memaparkan tips-tips susun atur dan cara mengemas dengan betul. Banyak tips berserta gambar menarik bagaimana nak mengemas dan hasilnya.  Mengemas perlu rajin dan dimulakan dengan perkara yang kecil tetapi berterusan.

SZ memang salute dengan hobi mengemas.  Bukan kerana SZ tidak pandai mengemas tetapi sebab SZ selalu tewas bab-bab mengemas maklumlah dengan anak-anak yang sedang membesar... tak terkawal dibuatnya.

Demikian serba ringkas mengenai blog Susun Atur Sioca.

Jom kita support ramai giveaway ini... nak tahu hadiahnya jangan lupa klik banner di atas atau klik saja di sini....  Susun Atur Sioca: Planner Sioca 2018 GIVEAWAY


Terima kasih atas sokongan awak semua.

Berusaha menjadi lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berusaha menjadi lebih baik


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Setiap hari kita berusaha menjadi lebih baik. Tidak banyak yang dapat kita ubah untuk menjadi lebih baik kerana kita kurang berusaha.... tetapi kita tetap mahu menjadi lebih baik dari semalam.  Okeylah... asalkan ada usaha, biarpun sedikit tetapi ada.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya untuk terus menjadi lebih baik.

Winter at Lofoten.  Kredit gambar kepada @eventyr!


Apapun usaha kita, Semoga Allah memberi kita semangat besar yang tak pernah padam.
Semangat dalam menjalani kehidupan dengan ikhlas.
Semangat menghadapi ujian dengan sabar.
Semangat bertahan pada kebenaran.
Semangat dalam berlumba-lumba berbuat kebaikan.
Dan semangat dalam memperbaiki diri.
Hari ini hadir setelah hari semalam.
Dan hari semalam tak akan pernah kembali.
Sedetik yang berlalu tak akan pernah kita temui lagi.
Sebab waktu hanya milik Allah.
Kita tak dapat menarik mundur ataupun maju.
Yang dapat kita lakukan adalah memperbaiki diri.
Dan berupaya untuk menjadi lebih baik.
Menjadi lebih baik adalah sebuah keinginan setiap kita.
Tentu tidak ada orang yang ingin menjadi lebih buruk.
Menjadi lebih baik secara integratif itulah yang semestinya.
Walau faktanya tak mudah untuk menjadi lebih baik.




Wahai JIWA2 yang TENANG
SENYUM....💕 😃


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Berusaha menjadi lebih baik.
szi 💕

Every New Day

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Every New Day


Very good morning my dear follower's.  Happy day forward.




Every new day is anothe chance to change your life.


Thanks for reading this small message, Every new day.
szi 💖

05 November 2017

Selamat pagi di hujung minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat pagi di hujung minggu


Hujung minggu hari yang paling dinantikan.  Hari untuk beristirehat dan bersedia untuk hari esok. Semoga selamatlah hari minggu ini.




Ya Allah
Jauhkanlah kami dari sifat riak ujub dan takabbur, tatkala kami menumpang dibumiMu, berlangitkan kekuasaannMu, bernafas dengan izinMu, serta berezeki dengan limpah kurniaMu.
Ya Allah
Sesungguhnya tiada dan dan kuasa melainkan dariMu jua.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Selamat pagi hujung minggu.



04 November 2017

Mentari Terbit Pagi Bersama Sinar Keimanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mentari Terbit Pagi Bersama Sinar Keimanan


Setiap mentari terbit.  Semoga Allah memperbarui Iman kita semua.





YA ALLAH.!!
Kami Memohon kapada Mu
Ya Allah.

Berilah Kami.
Iman yang sempurna,
Ilmu yang bermanfaat,
Rezeki yang halal dan
Amalan yang diterima

Kredit kepada @quotephotovideo 🌞🌞🌞


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Mentari Terbit Pagi Bersama Sinar Keimanan
szi 💝

03 November 2017

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Penghulu Segala Hari


Hari Jumaat datang lagi dan akan terus hadir selagi adanya hayat kita di muka bumi ini.  In shaa Allah, Jumaat membawa keberkatan buat kita semua.




Salam Jumaat!!
Penghulu Segala Hari.
Moga dipermudahkan urusan kita semua... 😊


szi💚💚💚

01 November 2017

Hamba Yang Paling Mulia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hamba Yang Paling Mulia



Hamba Yang Paling Mulia
Hamba Yang Paling Mulia

Rasulullah S.A.W bersabda:  Sesungguhnya hamba Allah yang paling mulia pada hari kiamat adalah "al-hammaaduun" (Orang yang paling banyak mengucapkan hamdallah)".  

Syukur Alhamdulillah.  Semoga kita termasuk dalam golong orang yang paling mulia.


Terima kasih kerana membaca entri ini, Hamba Yang Paling Mulia
szi💚💚💚

Tanda-tanda kesengsaraan yang sering diabaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanda-tanda kesengsaraan yang sering diabaikan


Adakah kerana kita sering lupa atau kerana tidak tahu?  Walaupun adakalanya kita rasakan hidup ini sengsara sangat, tetapi kita tidak sedar tanda-tanda untuk kita sengsara itu sebenarnya telah ada.

Jadi dengan penuh semangat untuk menghalang kesengsaraan itu... jom kita benteras tanda-tanda itu.

Tanda Kesengsaraan

Tanda Kesengsaraan



💥 TANDA KESENGSARAAN 💥


Imam Malik bin Dinar رحمة الله تعالى berkata : 

“Ada empat tanda kesengsaraan:

  1. ❤️Hati yang keras, 
  2. 👀mata yang tidak pernah menangis (kerana Allah), 
  3. 😞panjang angan-angan
  4. 🌏dan tamak terhadap dunia. ” 

[ Hilyatul Auliya’: 4/212 ]

Sumber:  @quotephotovideo


Terima kasih kerana membaca entri ini, Tanda-tanda kesengsaraan yang sering diabaikan.
szi💓

Selamat Datang November 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat Datang November 2017



Tetiba pula nak ucap selamat datang kepada November.  Hari ini, hari ke 12 SAFAR 1438 bersamaan 1 November 2017.  Hari ke 305 dari 365 hari setahun.  Lebih kurang 60 hari lagi untuk sampai ke tahun baru 2018.

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR 😊

Cepat sungguh masa berlalu.


November

“Hidup di dunia ini singkat, maka jangan menghabiskan kehidupan di dunia ini untuk perkara yang akan habis di dunia ini.  Pergunakan masa yang singkat ini, yang sedikit ini, untuk mendapatkan kehidupan yang tiada batasan, kenikmatan yang tiada penghujung. Jika susah di dunia sikit tidak mengapa, nanti senang di syurga kekal selamanya.  Inilah neraca timbangan mukminin dan mukminat.”  (Sayyidil Al-Habib Ali Zaenal Abiddin Bin Abu Bakar Al-Hamid)

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan tinggalkan komen entri ini, Selamat Datang November 2017.

szi 💝