Pageviews

01 Oktober 2017

Amalan Sunat pada Hari Asyura

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Amalan Sunat pada Hari Asyura

Alhamdulillah hari ini hari pertama bulan Oktober 2017. Berkebetulan pula hari ini merupakan hari ke-10 pada bulan Muharram 1439. Juga dikenali dengan Hari Asyura.

Jom kita tengok apakah amalan Sunat yang boleh dilakukan pada hari ini. Jika tidak semua pasti ada satu atau dua yang kita buat.



Antara amalan yang digalakkan pada Hari Asyura untuk kita amalkan termasuklah:

* Melakukan sembahyang sunat
* Berpuasa sunat
* Menghubungkan silaturrahim
* Bersedekah
* Membersihkan diri (mandi sunat)
* Memakai celak (bagi lelaki)
* Menziarahi orang-orang alim
* Menziarahi orang-orang sakit
* Menyapu kepala anak-anak yatim
* Meluaskan makanan kepada ahli keluarga
* Memotong kuku
* Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru ibn al-As RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura, maka seolah-olah dia berpuasa setahun dan sesiapa yang bersedekah pada Hari Asyura, seolah-olah dia bersedekah selama setahun."

Selain berpuasa pada Hari Asyura, umat Islam juga digalakkan juga berpuasa sehari sebelum hari Asyura iaitu hari Tasu'a (hari kesembilan).

Bahkan kita juga digalakkan berpuasa 3 hari iaitu pada Hari Asyura, sehari sebelum Asyura dan selepasnya sebagaimana yang dinaskan oleh Imam Syafi'e RA di dalam kitab al-Umm dan al-Imla.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Berpuasalah kamu pada Hari Asyura dan hendaklah kamu membezakannya dengan orang Yahudi, berpuasalah kamu sebelumnya (Hari Asyura) sehari dan selepasnya sehari."

Malah Allah SWT juga memberi ganjaran yang amat besar bagi orang yang memperluaskan makanan ke atas ahli keluarganya pada Hari Asyura.

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Jabir RA, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meluaskan makanan ke atas diri dan keluarganya pada Hari Asyura, maka diperluaskan oleh Allah rezekinya sepanjang tahun tersebut."

Petikan dari kitab Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura yang dikeluarkan oleh Dato' Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Selamat beramal pada Hari Asyura. Moga sedikit amal kita mendapat pandangan dan rahmat Allah hendaknya. Aminnn...

@quotephotovideo 👍👍👍

posted from Bloggeroid

30 September 2017

Renungan tentang solat kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Renungan tentang solat kita

Sekali lagi saya berkongsi catatan dari pembacaan di channel Telegram.




🌼Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakan nya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

🌼Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu...Allahuakbar.

🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah...Allahuakbar.

🌼Anggaplah solat itu sebagai masa terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dengan Allah SWT...Allahuakbar.

🌼Bayangkan ketika *"Azan berkumandang,"* Allah melambai-lambai kepadamu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya ...Allahuakbar.

🌼Bayangkan ketika kau *"Takbir,"* Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu...Allahuakbar

🌼Bayangkanlah ketika *"Rukuk,"* Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya...Allahuakbar

🌼Bayangkan ketika *"Sujud,"* Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...Allahuakbar

🌼Bayangkan ketika kau *"Duduk di antara 2 sujud,"* Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusik mu."...Allahuakbar

🌼Bayangkan ketika kau memberi *"Salam"*, Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih... Subhanallah.

🌼Masya Allah.. sungguh nikmat solat yang kita lakukan.

Allahumma, saksikanlah......

Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yang sering terleka dek urusan dunia yang sentiasa menghambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya😊


Sumber: @quotephotovideo 🕌🕌🕌

posted from Bloggeroid

Semoga kita selalu bersyukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Semoga kita selalu bersyukur




Semoga kita selalu BERSYUKUR apa yang kita miliki

Dan jangan pernah berhenti utk terus BERJUANG dalam hidup

Hidup adalah Perjuangan untuk HIDUP yang lebih TINGGI Disisi-NYA

Sumber @quotephotovideo 🍃🍃🍃

Terima kasih

posted from Bloggeroid