Pageviews

25 September 2017

9 Catatan Popular Minggu Lepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


9 Catatan Popular Minggu Lepas


Sudah lama SZ tidak bercerita mengenai perkembangan blog tersayang ni.  Semuanya bila mood dah kedaung, cari mood nak blogging pun tak berapa nak jadi.  So, ambil kesempatan pula hari ini untuk bercerita sedikit mengenai entri yang menjadi pilihan ramai sepanjang minggu lepas.  Biarlah dikatakan entri syok sendiri tetapi setiap entri itu ada nilainya tersendiri.


Catatan Popular Minggu Lepas

Catatan Popular Minggu Lepas



Berikut adalah link bagi 9 catatan yang menjadi pilihan pembaca blog ini sepanjang minggu lepas, 18 hingga 24 September 2017.
  1. Siapa lagi yang hendak disalahkan19 Sep 2017
  2. Cara membahagiakan hati sendiri19 Sep 2017
  3. Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi, 19 Sep 2017
  4. Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung21 Jan 2016
  5. MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU29 Ogo 2014
  6. Gulsan Nar Eksisi | Jus delima dari Turki12 Jun 2013
  7. Benda yang kita risau18 Sep 2017
  8. Selamat menyambut hari Isnin, 18 Sep 2017 
  9. TANDA RUMAH AKAN DIROMPAK?21 Jul 2010

Ada cerita yang tersendiri dalam setiap episod.  Antaranya berkaitan hati dan perasaan penulis dan juga berkaitan dengan pengalaman dan perkongsian.

Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, 9 Catatan Popular Minggu Lepas.

Selamat pagi kepada semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat pagi kepada semua


Hari Isnin datang lagi...



Ya Allah, 
Berilah khabar gembira di pagi ini.
Permudahkanlah segala urusan kami.
Bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buat kami
dan jadikanlah pagi ini pagi yang penuh dengan ketenangan.

Aamiin.

Terima kasih dan Selamat pagi kepada semua.
szi💟

19 September 2017

Siapa lagi yang hendak disalahkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa lagi yang hendak disalahkan


Sudah menjadi lumrah alam
Bukan sahaja awak atau mereka tetapi saya juga terpaut sama
Siapa lagi yang hendak kita salahkan bila terjadinya kesilapan
Bila semuanya seperti tidak kerana
Hanya kerana cuai mendengar arahan
Atau kurang ambil peduli akan perakuan
Atau seribu lagi alasan
Rekalah bermacam-macam alasan
Semuanya akan berpatah kembali kepada kita.

Siapa lagi yang hendak disalahkan bila orang lain yang sebaya denganmu mampu menggapai awan
Sedangkan dirimu masih lagi bertongkat dagu

Tiada siapa peduli apa yang kau alami
Tiada siapa ambil kesah apa yang bakal kau hadapi
Tiada siapa peduli

Lalu ... apa pula tindakanmu
Adakah semata-mata menuju kesalahan itu kepada sang lain
Sang lain lebih berkudrat dari mu?
Sanggupkah?
Tidakkan
Hanya yang mampu kau bertikam lidah dari belakang
Bersuara di depan kau memang tidak mampu
Kerana kau bukan sesiapa
Sesekali kau yang rasa sendiri
Apa itu pencacai
Apa itu balaci

Jadi... bersiap sedia dalam apa jua situasi
Bersedia mental dan fizikal
Biarpun sekarang badan sudah lesu
Mindapun sudah mula bercelaru


Cukuplah...

Berdoalah
Moga kau dikurniakan kesihatan yang baik
kesihatan mental dan fizikal yang teguh
Kekuatan bersuara bukan kerana menentang tetapi kerana kebenaran

Semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi
Semoga tanggungjawab yang kau pikul itu bukanlah beban
Semoga dimudahkan urusan insan disekelilingmu

Terima kasih.