Pageviews

10 Ogos 2017

Syukur masih diberi kesempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Syukur masih diberi kesempatan




Alhamdulillah
Syukur kepada Allah
Kita masih bernyawa
dan masih diberi kesempatan
untuk meneruskan kehidupan

Semoga kehidupan kita hari ini leboh baik dari semalam.


Syukur masih diberi kesempatan
szi💝


Esok kau gembira

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Esok kau gembira


Kesedihan itu tidak lama
Kegembiraan itu juga jarang sekali lama
Namun tiada alasan untuk kita terus hidup
Semoga hidup kita ini sentiasa dikelilingi kegembiraan




Kalau hari ini kau sedih, sabar
Kalau hari ini kau terluka, tenanglah
Hari ini kau menangis.  Tak mengapa
Mungkin esok kau akan gembira


Terima kasih, Esok kau gembira

szi 😊

09 Ogos 2017

REVLON Giftbags Up For Grabs!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



REVLON Giftbags Up For Grabs!


Beberapa hari lepas dapat email ini dari team Nuffnang.  
Terkejut juga sebab dah lama tak aktif blogging.  
Ingatkan Nuffnang sudah lupakan SZ.  
Belum lagi rupanya... terima kasih Nuffnang.

Diringkaskan cerita email ini yang diterima ini menceritakan mengenai
giveway yang dibuat oleh REVLON.  Siapa tak kenal REVLON? 
Tak kisahlah tak kenalpun tetapi akak pernah guna barangan REVLON
Giveaway Revlon ini menyediakan 15 set hadiah 
mengandungi item-item terpilih dari REVLON.
Hadiahnya memang menarik dan sungguh menarik perhatian SZ.
Revlon ColorSilk.  Sumber

Di atas adalah antara gambaran hadiah yang ditawarkan oleh REVLON

Korang ingat boleh macam tu REVLON nak bagi hadiah?  
Kenalah buat kerja sikit.

Bab kerja ni bukan akan tak boleh buat
Tetapi ada kekangan besar yang menyebabkan akak tak dapat laksanakannya.

Nak tau apa kerjanya? Tak perlu kot.
Cukuplah akak kata akak tak dapat buat task tu.
Jangan pulak akak kena denda sebab akak takder terikat secara langsung dengan 
agenda ini... huhuhu

Jadi untuk menjaga hati Nuffnang yang telah baik hati menawarkan email ini,
maka akak pun buatlah entri ini sebagai penghargaan atas ingatannya.

Tak dapat banyak sikit pun jadilah tempiasnya.

So akak pun terlepaslah peluang keemasan untuk menang 
hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh REVLON.

Terima kasih Nuffnang dan REVLON.  Lain kali akak cuba lagi ehh.


Tidak mengapa terlepas peluang REVLON Giftbags Up For Grabs! 
mana tau ada projek besar lagi lepas ni... kan?


szi 😉