Pageviews

21 Julai 2017

Setelah seminggu menyambung nyawa blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah seminggu menyambung nyawa blog


Setelah seminggu menyambung semula nyawa blog ini, baru nampak hasilnya.  Biarpun tidak banyak yang dapat dibanggakan tetapi kehadiran insan-insan istimewa yang meninggalkan jejak bertulis sedikit sebanyak dapat menaikkan semula semangat untuk menulis.



Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan tetapi entah dari mana hendak memulainya.
Bagaimana hendak memulakan sebuah bicara kiranya terlalu lama diam membisu.
Apa pula penerimaan pembaca ke atas tulisan yang caca marba ini, yang sememangnya dari dulu tidak mengikut perenggan dan aturcara.

Biar apapun hasilnya.  Kekuatan semangat untuk menulis semula itu turut menuntut kesabaran dan kekuatan dalaman.  Kekuatan melawan nafsu yang malas dan juga pembahagian masa.

Semoga dengan kembalinya semula blog ini dengan penjenamaan baru dapat memberikan manfaat buat semua.

Terima kasih.



szi.😍

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my


Tudung preloved halfmoon pula menjadi taruhan untuk giveaway kali ini.  Sesiapa yang menjadi peminat tegar tudung halfmoon tidak patut melepaskan peluang keemasan ini.


Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my.

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my


Klik banner di atas untuk turut serta dalam giveaway ini.


Jom kita meramaikan Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my

szi.💕

JUMAAT terakhir dibulan Syawal 1438H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H.  Hari ke-27 Syawal. 


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Selamat menempuh hari yang baru dalam kehidupan kita didunia ini. Teruslah berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan amal-amal soleh. Semoga Allah swt memudahkan kita semua...


JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H

JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H


CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT


🌸 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;
      اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
      وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم

🌸 Membaca Surah Al-Kahfi

🌸 Mandi sunat hari Jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat Jumaat

🌸 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari Jumaat

🌸 Memperbanyakkan membaca Al-Quran

🌸 Memperbanyakkan amalan bersedekah khususnya sebelum solat

🌸 Memperbanyakkan amalan sunat

🌸 Memotong kuku kaki dan tangan

🌸 Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar

🌸 Memakai pakaian sunnah, iaitu berpakaian putih

🌸 Memakai wangi-wangian

🌸 Hadir awal ke masjid


Sesungguhnya hari JUMAAT adalah Penghulu Segala Hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat.

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami...


 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

Inspirasi dari @quotephotovideo 💖💖💖

szi.😊