Pageviews

17 Oktober 2016

SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO



Jom ambil semula mood berblogging.  Banyakkan entri hari ini dengan entri segmen yang mudah dah ringkas.  Kali ini YB join SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO.  Segmen ni nampaknya menarik dan mudah sangat.

Nak tahu?  

Jom klik banner di bawah.

SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO
SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Segmen berlangsung mulai 17 hingga 30 Oktober 2016.

Jom kumpul semula semangat berblogging.  Kita meriahkan segmen anjuran Wani, boleh tambah follower dan trafik blog juga.


Terima kasih baca entri ini, SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO


Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak


Ha! apa kes, tetiba pula nak rebut novel dari Cik Akak nieh.  Sebenarnya akak YB bukanlah tersentap dengan blog tetapi mood blogging kedaung ... tak payah cerita lah kenapa.  Tentu korang perasan kan, semenjak dua menjak ni blog YangBaik dah jarang dikemaskini.  Biasalah kan blogger picisan cap ayam.

Novel Suri Hati Mr. Pilot

Novel Suri Hati Mr. Pilot



Eh, tetiba pula buat cerita sendiri.  Sebenarnya akak YB nak cerita hari ini, dah tengahari baru sempat buka blog.  Terserempak pula dengan blog Cik Akak Comei.  Cik Akak sedang mengadakan segmen atau giveaway di blognya.  Apa lagi bila tengok adak novel Suri Hati Mr. Pilot, cepat-cepat mood menulis blog datang.

Jadi, ini adalah entri akak YB untuk giveaway "Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak".

Kenapa aku nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot


Banyak sebab kenapa YB nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot.  Antaranya:
1.  Sudah lama tidak beli novel, terutama novel bertemakan percintaan. :P
2.  Minat sangat dengan lakonan akak Neelofa.  
3.  Nak tambah koleksi novel.
4.  Nak tahu lebih cepat apa kesudahan cerita ini dan boleh buat perbandingan sama atau tidak dengan drama kat tv (ASTRO).  Kalau tak sama kat mana, dan kalau sama kat mana. 
5.  Ada juga hadiah dari Cik Akak untuk akak YB :P

Maaf lah akak YB tak pandai nak buat ayat menggoda seperti yang Cik Akak nak.  Akak YB buat ayat biasa-biasa saja.  Mudah-mudahan dengan ayat-ayat biasa ada lah rezeki akak YB rebut Novel Suri Hari Mr. Pilot.


Peluang merebut Novel Suri Hati Mr. Pilot berlangsung 14 Oktober 2016 hingga 19 Oktober 2016 sahaja.  Penyertaan tamat jam 12.00 malam - 19.10.2016.

Korang, masih ada masa lagi untuk sama-sama berebut novel cinta yang sedang hangat.  

Klik banner di atas untuk info seterusnya.


13 Oktober 2016

Terasa hendak berlari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terasa hendak berlari


Terasa hendak berlari
Bukan mengejar pelangi
Tetapi berlari untuk berhenti
Berhenti dari segala pencuri
Pencuri waktu senggang
Seakan tidak mengerti betapa peritnya kaki
berjalan, melompat, duduk bangun berjalan kembali
tanpa henti



Terasa hendak berlari 
Jauh dari kota batu
Jauh dari manusia batu
Jauh dari waktu batu

Terasa hendak berlari
Namun kakiku tersadung batu
Telah lelah rasa kaki
menahan sakitnya tersadung batu

Terasa hendak berlari bukan seribu batu
Juga bukan seribu langkah

Berlari bukan kerana mengalah
Tetapi mencari ruang Istikharah
Apakah harus berlari atau berhenti mengarah
Setelah jenuh menerima arahan dari segala arah